Lepas balik kerja petang kelmarin, aku terus pergi pasar malam dekat dengan rumah. Dah lama rasanya aku tak jejak kaki dekat pasar malam tau! Masa pregnant aku tak boleh hidu bau asap dan bau makanan, mulalah nak muntah kalau terbau. Jadi pasar malam tempat yang paling aku elak nak pergi. HAHA
Selepas 3 bulan bersalin, inilah saat aku tunggu. Aku suka pergi pasar malam sebab makanan dah la berlambak, pilih je nak apa. Dan yang penting murah! Kalau pandai lagi dapat makanan sedap. Tak ke bahagia begitu. So tadi pusing-pusing terperasan satu gerai jual ayam pedas. Ohhh of courselah nak cuba! Mereka jual set ayam pedas dan ayam cheese yang harga RM6 per box. Adalah 4-5 ketul ayam. Tapi aku tamak! Aku ambil big set, ayam pedas+ayam cheese berharga RM12 per box. Yang aku puas hati depa tak kedekut ayam, sos dan cheese. Salutan sos dan cheese dekat ayam baik punya. Bagi aku memang puas hati sangat. Berbaloi dengan harga.
Dah membebel panjang pun tak guna. Selamat menjamu mata. KAH!
Astaghfirullahalazim.. why now..? I'm reading this post at 4:23am terus rasa lapar.
ReplyDeleteopsss haha sorry dear! :P
DeleteWow sedapnya.. mama suka yg spicy Dan cheezy
ReplyDeletesedapnya! ni makan sorang je. kalau kongsi xcukup.hihi
ReplyDelete