Hantaran Majlis Bertunang | miss fluffy


Thursday, 22 August 2019

Hantaran Majlis Bertunang

Jumaat lepas sepupu aku bertunang. Punyalah fikir nak bagi apa la untuk hantaran dia nanti. Kira macam balas hantaran la sebab masa aku bertunang dulu dia bagi hantaran jugak.

Aku pulak last minit baru teringat majlis bertunang dia. Kalau nak tempah kek memang tak sempat la nak siap kan. Tetiba teringat kawan office aku ada buat agar-agar bercorak. Kira macam-macam bentuk dan perisa dia boleh buat. Terus la tanya dan yeayy dia boleh buat walaupun esoknya aku nak.

Design yang aku pilih berbentuk love gitew. 1st step menuju ikatan cinta. Alaaaa sweet sangat ayat. Kahkahkah.

 
Hasilnya... OK nice, cute sangat. Kawan aku ni pakai buah-buah je macam laici or buah naga. Harga cuma RM35 je. Agar-agar ni senang je nak buat sebenarnya tapi renyah. Sebab kau kena sejukkan layer by layer. Tu yang leceh, time consuming lagi. Jadi pemalas macam aku order je cukup. HAHA.


Apa pun, selamat bertunang dear. Countdown nak tunggu tarikh nikah pulak. Tak lambat, bulan 12 tu kejap je. Apa pun dugaan yang datang sila tempuhi dengan tenang dan sabar♥

p/s: Teringat majlis bertunang aku dulu². HAHA

3 comments:

Komen dari anda sangat berharga. Terima kasih atas kesudian anda memberikan respon dan pandangan❤️