Rindu si Buncit | miss fluffy


Thursday, 7 June 2012

Rindu si Buncit

Assalamualaikum.


Sekarang aku tengah cuti semester. Alhamdullilah, semester depan merupakan semester terakhir aku. Pray all the best for it. Makin bertambahlah FYP, assignment, test dan quiz bagai kan. Sob sob. Heee.


Yaaa, cuti maka kosonglah rumah sewa aku tuh. Tapi aku rindu pulak si buncit kat rumah tu.
Ala kalau korang nak tau, Buncit ni haiwan peliharaan tidak rasmi aku kat rumah sewa nun. Hahaha;p
Selalu kalau buka je pintu rumah mesti mengiau mintak frieskist. Kira dia nih pelanggan tetap frieskist sekilo 4 hengget aku beli tu la.


Dan aku memang obses gila dengan kucing ni. *mata bersinar
Bukan gila yang tak pakai baju seluar tuh, ni gila sebab minat, suka dan sayang teruk kat kucing. Bhahaha;)
So, in this entry nak show off la kat korang si Buncit comeyyy bergaya ala-ala perut boroi.




"look at me, I've SEXY EYE!!kekeke>.<"




Sebelum ni Buncit ada kittens. Tapi semua hilang. Ada orang buang maybe. Kejam, pisahkan ibu dengan anak. Ingat binatang tak sedih ke ha? Grrrrr *Emo lak minah ni.


FYI, Buncit ni buta sebelah mata. Tapi don't worry, tetap sexy dan cute!!^^ Hahaha
*Perempuan gila kucing dah mengarut-.-


Yeahh, aku memang suka kucing. Rasulullah pun suka kucing kan. Mungkin aku takde kucing lima belas ratus ekor kucing di rumah tapi ada 1 tempat baik punya aku selalu kasi makan kucing terbiar kat situ. Ada la sorang pakcik tolong bagi makan jugak. *Baiknyeee Kadang-kadang aku pernah nampak sorang auty India kasi mereka makan ikan mentah. *Sangat baik^^ Start dari situ la aku pun teringin juga kasi mereka makan. Hehehe
Seriously, kadang-kadang rasa macam nak buka rumah untuk perlindungan kucing satu hari nanti. Haha.
Okeyy la, nanti aku kenalkan lagi menatang obsesi aku next entry. Ada lagi. Hehe.


p/s: Pelik dengan orang yang benci kucing;p 

2 comments:

  1. moga impian nk bukak rumah perlindungan kucing tu tercapai :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.harap-harap murah rezeki kelak boley la tunaikan impian tuh.hehe:D

      Delete

Komen buat anda lebih hemsen dan cantik seperti Action Kamen dan Misae. Jadi, sila tinggalkan komen anda.