Jangan bertangguh kerja tau! | miss fluffy


Saturday, 9 June 2012

Jangan bertangguh kerja tau!

Assalamualaikum.


2 minggu cuti sekolah dah nak habis kan? Haha padan muka budak sekolah. *kejam aku
Gurau adik-adik. Mulakan sesi persekolah dengan ceria tau!! Padahal aku dulu kalau cuti 2 minggu aku akan tambah extra lagi seminggu. Okey, itu tipu. Aku rajin je pergi sekolah, tapi dalam kelas time cikgu mengajar, otak aku ada kat New Zealand. Tengah usya lembu makan rumput. *shit Apa aku membebel.


Actually, idea entry terhasil disebabkan cousin aku. Cuti dah berabad, esok lusa dah nak sekolah, hari ni baru tergesa-gesa, tertonggeng, kalut malut nak buat homework. Berdekad cuti kau buat hape?! Nak marah tapi kesian pun hado. Homework bagai sebanyak duit syiling yang penuh dalam tabung khinzir. Banyak kan?*sopan ayat aku Haishh memegang title student UPSR sangat bahagia. Adikku pulak rilex macam berjemur di bawah matahari ditepi pantai. Hidup bahagia kerja sekolah semua belum terusik. Hadoiyainye pun. Malam ni baru nak menggelabah biawak tenuk dan sebagainya.


Bertangguh kerja memang menyusahkan. Usually benda camni memang selalu jadi kat aku:


Expactation: Aku boleh handle/buat kerja alst minit dengan perfect. 
Reality: Last day before submit, demam, tak cukup masa, task susah membawa kehidupan yang derita selepasnya.


Termasuk aku, student yang berkarisma memang selalu bertangguh kerja. Assignment 2 jam lagi nak hantar baru nak start buat. Presentation 1 jam lagi baru nak siapkan. Tapi, Alhamdulillah aku berjaya juga buat. Tapi hasil selalu tak berapa awesome lah. Last minute punya kerja. Hahaha. Mana hensem kalau buat assignment cepat-cepat!! Hehehe.


So, jangan bertangguh kerja ye guys. Buat kerja laju-laju. Baru berkualiti, mantap bergaya hasilnya. Terbaikk^^ *Boboi Boy!!-.-


p/s: Semester depan FYP baik punyerrr, harap aku sangat rajin semester depan. Wehooo>,<


Mr. Popper Penguin says "Don't delay your work guys. Do it ASAP!!"
Sibuk je penguin ni, dia takpe la tak pergi sekolah. Heee 

6 comments:

  1. mawa pn suka last mint .. hehe. sb last mint otak berfungsi utk siap kn kerja or stdy 200%.. hehehe..lst mint stdy for final jugak >_<'

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kita geng. okeylah kalau otak berfungsi 200%, kalau mcm saya. keras depan laptop agaknye cari idea. haha:p

      Delete
  2. tapi kan awak, last minutes punya kerja always the best . . masa tu la idea datang mencurah-curah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tuh tapi kdg2 sy kantoi gak. haha bila otak dh cramp benda sng pun jd pyh nk fikir. sbb last minit. hihi;p

      Delete
  3. kerja yang dibuat tak bertangguh lagi awesomw dari kerja yang di buat last minute~~~

    ni dr experience sendiri okay..hehe~ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes..itu mmg xdpt dinafikan..kalau prepared awal, hasilnye memang awesome>,<

      Delete

Komen buat anda lebih hemsen dan cantik seperti Action Kamen dan Misae. Jadi, sila tinggalkan komen anda.