Mana perginya kasih-sayang manusia? | miss fluffy


Friday, 8 June 2012

Mana perginya kasih-sayang manusia?

Assalamualaikum.


Lately kalau buka tv, newspaper, internet mesti banyak kes bunuh. Tak kira la kat Malaysia ke, Brazil ke, Somalia ke semua sama saja. Bunuh, mati, tikam, maut!! Honestly, kadang-kadang aku memang rasa tak tenteram lansung. Sentiasa kena alert. Believe me, bukan aku sorang je rasa orang lain pun mesti rasa benda yang sama kan. Kes bunuh kerat-kerat ni dah macam penyakit/virus yang boleh berjangkit-jangkit pulak kan? Aduhai, dunia sekarang.


Bukan apa, terdetik nak tulis tajuk entry ni sebab dalam minggu ni aku banyak jugak tengok news yang scary sangat ni. Aduhainye punnn *geleng-geleng kepala
Suami tibai bini, emak korek biji mata anak, isteri tembak dan kerat suami, penggal kepala isteri. Errr phewww~ Dah macam tak sanggup nak taip lagi. Kejam semuanya.


Aku macam tertanya-tanya jugak, apa sebabnya jadi macam ni ye? Sebab stress cuaca panas sangat ke? Ke sebab banyak hutang? Masalah keluarga? Pinjam Ahlong ke? Main-main sihir la? Haishh macam-macam spekulasi lah derrr. Fuhh. Dugaan hidup sungguh. Manusia yang Allah ciptakan penuh dengan kasih-sayang jadi sekejam-kejamnya. Lebih teruk dari binatang.


Takkan ada binatang dikalangan manusia tapi akan ada manusia dikalangan binatang. 


Sangat betul sekali kan? Mak aku ada pesan, sehebat mana pun kita, sebesar mana pun masalah kita, sepayah mana pun dugaan/ujian kita, selagi kita ingatkan Allah selagi itu kita mampu bertahan. Haha tapi aku ni nasihat tu lah yang tak pernah nak take serious. Dah jadi masalah baru nak insapp. Kalau sentiasa mendekatiNya, ingatkanNya for sure kita takkan terbabas dari landasan yang sebetulnya kan. 
Sobs:(


Pendapat aku la kan, apa yang aku pernah baca pembangunan pesat, kemajuan ni pun faktor juga penyumbang keganasan. Haha memandai je aku kan bagi pendapat bagai. Biarr. Yela, logik juga kan? Manusia dah hilang tolerances, respect each others. Semua hebat bagakk rasa nak picit je. Err-,- *over


Stress duit tak cukup laki bini asyik gaduh, hutang rumah ada 34 tahun lagi (macam cerita Shin Chan), hutang melebihi pendapatan, taraf hidup tinggi!! *sroooootttt semputtt:p


So, kadang-kadang terfikir apa yang membuatkan seseorang itu bertindak luar batasan. Apa yang membutakan mata dan hatinya. Bunuh? Sudah lali mendengarnya setiap hari!




kalau The Avengers betol ada aman je dunia. Haa *berangan aku
credit: Google


Encik Captain hensem ni ada pun dah hokeyyy^^ *berangan terok!!
credit: Google


p/s: Lock pintu rumah dengan padlock besar, jangan keluar sorang. Kalau nak lagi selamat kawen cepat? Syokknye^^ Hehehe *gatai

10 comments:

  1. done follow kamu :)

    kekapasberceloteh.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks follow, will visit you blog too^^

      Delete
  2. haha..setuju yg last skali (saya gatai gak ke?? huhu :P)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha bukan gatai la dear..berkasih-sayang..erkk?boley cmtuh? Hehehe

      Delete
  3. tu la dunia semakin kejam kan..klu ade avengers best gak..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan?manusia yg bt dunia ni penuh dgn kekejaman..huhu
      senangkan, kalu kena rompak pggl je avengers.:P

      Delete
  4. hhahaha ske tengok hulk yg kne curik sluaq tu. captain amerika pon nmpak cute jgk.haha. ak pantg tgk benda2 kiut nih....ak follow hang sbb ak tharu sbb ko sudi follow ak ikhlas hhaah. ya :)

    http://encikcopypaste.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. la ptut la post ko semua cute je. ske benda cute rupanya. btw, thanks follow aku blik bro;)

      Delete
  5. kalau ikutkan hari2 ada kes bunuh :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tuh..fobia smp kdg2 org jalan kat belakang pun rs xselamat. fikir bkn2.

      Delete

Komen buat anda lebih hemsen dan cantik seperti Action Kamen dan Misae. Jadi, sila tinggalkan komen anda.