Trip: Kelantan #1 | miss fluffy


Thursday, 28 June 2012

Trip: Kelantan #1

Assalamualaikum.


Anybody miss me? Hahaha *bajet retiss semua orang nak rindu. Rasa macam lama tak buka blog *padahal baru berapa hari je. Kekeke>,< Actually, semenjak 3 hari lepas aku pergi jalan makan angin kat Kelantan. Memang 1st time la aku pergi sana. Hahaha rasa macam kesian pulak. Well, pergi tengok negeri orang sambil jalan-jalan sekali sekala plus aku pulak tengah bercuti kan. Tapi tu ah, geng makan angin aku tak dapat ikut. Kalau ada beliau rasanya boleh putus urat kentut kau! Hehe by the way, my sister & her friends yang bawa aku jalan-jalan petang aku sampai Kelantan. Siap sewa kereta kau, nak sambut princess ni. Err-,-


Aku sampai dari Sg. Petani ke Kubang Kerian around 6pm. So, tempat first jadi tempat jalan kami adalah Food Village dekat Pengkalan Chepa.


Food village. *Abaikan muka gemuk ini. Grrrr!!

Dinner kami adalah Chim Chum. Aku pun tak tau apa tuh maksud Chim Chum tapi yang aku tau ia adalah steamboat yang macam kat Johnny's tuh. Hehehe. Tapi yang best adalah hidangan ala buffet yang membolehkan kita ambil makanan yang kita nak tanpa limit!! No limit hokeyy kau nak makan sampai meletup pun. Dengan harga RM19.90 satu kepala makan la banyak mana kau nak. Aku? Makan segalanya laksam, ayam, hotdog, buah-buahan, kerang, udang, gajah. Oh, gajah tu tipu. Heee;p Tapi ada syaratnya, segala yang diambil perlu makan sampai habis kalau tak charge lain akan dikenakan. Dalam erti kata lain "Jangan membazir kerana membazir amalan syaitonnnn." Hahaha:)
Aku hidangkan Chim Chum kepada kalian. *sila jangan jatuhkan air liur anda.











Hambik semua gambar tengah melantak. Giler kau seminit pun aku tak berenti makan. Pheww~

Oh yah, they're my tourist guide. Hahaha;p


Lepas melantak makan bagai, tempat seterusnya adalah Wakaf Che Yeh. Selepas pusing-pusing pusat bandar Kota Bharu sebab sesat & blur tak tau jalan, akhirnya sampai jugak atas usaha seorang brother hensem kat stesen minyak. Beliau yang bawa kami sampai kat sana sebab beliau pun nak pergi sana. Harharhar. Pape pun thanks brother hensem. *Phuiii puji ada makna;p Hahaha. Sampai je sana akhirnya baru aku tahu Wakaf Che Yeh ni macam Downtown Cheras tu la. Hahaha hoyeahh apa lagi. Time to shopping tau!! Harus beli tapi sebabkan percutian bajet aku pun kena lah bajet dalam berbelanja. *Tu pun ada short duit jugak-,- So, apa yang aku beli? Cuma jersi harga RM10 2 pasang dan skrit harga RM19 sepasang. Agaga sungguh tak mengagumkan. Tudung? Mungkin harga standard tapi aku tak beli. Boley lari bajet kalau beli. Kahkahkah:D


Abaikan muka kusam teruk tuh. =,=




Lepas tu kami pun balik lah sebab semua dah barai, nak muntah, pening sebab penat. Haha sebabkan aku menumpang di hostel USM Kubang Kerian, so jimatlah duit hotel. Hahaha. Tu lah namanya percutian bajet. *Konon~ 
Hokey lah aku cerita sampai sini dulu. Ntah esok lusa tulat aku sambung lagi mengomel. Aku tau korang tertunggu-tunggu. Cisss!!*Perasan terokkk!!


p/s: Pesanan aku, kalau nak travel pergi dengan kawan/saper saja yang suka travel. Baru enjoy. Kalau pergi dengan orang yang banyak songeh, confirm bengang!! Hahaha menyesal lagi tambah. Hewhewhew~

21 comments:

  1. hanya mampu mengalirkan air liurr mlihat makann2 itu smue...slurppp air liuqq disedut kembali...wawawa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kasihan..sabar ye, nk tolong pos pun tak tau alamat. haha;p
      recommended place utk pergi makan!!^^

      Delete
  2. tak ajak Pooonnn (^_^) kat sabah bila nak datang :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe alolo..sabah?err tgu keje nt sy dtg keh..awk jd tourist guide..boley?hihi;p

      Delete
  3. tu yg bestnye makan tanpa limit..selagi boleh mkn..mkn jer...tak menahan tgk mknan tu..sedap2 semuanye..^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tu lah pasal..sy bedal je semua as long perut boley masuk lagi..haha pastu boroi..;p

      Delete
  4. waa,.best! honest mula2 dulu, not having good persepsion ttg kelantan..tp bila dh praktikal kt sna untuk 4 bulan,wallawey masyuk..seronok giler.dh la best part2 shopping,pastu masyarakat mesra,bab makan murah,enjoy giler, and of coz suka ronda2 rantau panjang carik jeans,haha... anyway, tempat stimboat tu mmg kena kosongkan perut sebelum pegi,even tak makn nasik,tp sebab xde limit nk amik gedabak mana pun,burrp!! serius kenyang,haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tu lah org ckp tak kenal maka tak cinta..heee;p wow nmpknya awk lg akan shopping kt sana tuh;p oh, rantau pnjg je xpergi lg..next time maybe..bab makan?i agree 100% apa yg awk ckp..mmg kena kosongkan perut utk serbu mknan yg melambak tu..hihi^^

      Delete
  5. tu dia..lapar tengok makanan..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi that means nt kalau awk pergi kelantan tmpt makan ni msti pergi!!wahaha;)

      Delete
  6. wahhhh.. bestnye! hehe.. rm19.90 sorg? macam murah je.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bg saya murah & berbaloi-baloi!!heee^^

      Delete
  7. Seronoknya tengok you all makan steamboat tuu. hehe =D

    http://thenurulee.blogspot.com/2012/06/dinosaur-eggs.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. sgt seronok..you must try dear bila you dtg sini:)

      Delete
  8. wah.. sye suke.. sye suke stimboat.. tpi mhal la 19.90.. kt cni 10iggt jer..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun ske steamboat!!;p
      wah lgi murah RM10 je!!bestnyer klau cmtuh..:)

      Delete
  9. bestnya bertrips2.
    bila lah nk dpt lg T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best pun..nt boley dpt lg..hee:D

      Delete

Komen buat anda lebih hemsen dan cantik seperti Action Kamen dan Misae. Jadi, sila tinggalkan komen anda.