Showing posts with label jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan. Show all posts

Monday, 12 November 2012

Makan angin~ Burrppp

Assalamualaikum.

Weekends aku baru-baru ni dipenuhi dengan jalan-jalan makan angin punya aktiviti. *Ayat apakah?
Ya, tenangkan otak yang bercelaru tapi bukan kerana split personality ye. Kerana life sebagai student yang owesomeee!! Hehe mana nak dapat? Pasni busy dengan keja pulak, ye dok?

So, encik cinta *ehemm telah bawa aku pergi taiping. Konon nak tunjuk hometown beliau kat aku. Haha takpe aku ikut je. Lepas makan kenduri kawan beliau, kami pun bergegas ke pekan Taiping. First place yang dituju. Muzium Taiping. *mata berair masuk habuk

Jarang ye orang dating kat muzium. Haha tapi aku punya rare sikit. Okey lah tuh. Dapat jugak tenangkan otak dari tengok kejadian luar jangkaan kat bandar. First time woo datang sini. Layankan je:) Maka, sesi tangkap gambaq pun berlansung lah. Yelah, nak datang lagi pasni possibilitynya mungkin sedikit ye. Hehe. 

Ada la beberapa gambaq yang aku ambik. Nak ambik semua memang tak mampu.








Sikit jelah tunjuk gambar. Random je, nak tunjuk yang details ada gambaq aku pulak. Muntah kang hampa tengok. Haha. Kan. Pas muzium, pergi jenjalan kat Taman Tasik Taiping. Ni lagi satu tempat yang super cantik. Serious aku cakap. Tenang sangat tempatnya yang hijau mata memandang. Sesuai untuk ambil wedding photo kat situ. Plus ramai gila babass newly wed couples tengah hambik gambaq kat sana. *Aku pun berangan~ -.- 
Maklumlah sekarang musim hujan. Err, eh musim cuti sekolah. 

Then, pergi jalan pekan Taiping yang classic & vintage. Huhu first time pergi memang jakun sikit aku. *lalala~

Btw, tenang kepala otak dah surut. Back to normal & prepare myself for final exam next week. Yes, my last final exam for my degree. Sobs, sedih pulak. Haha. K bai.

Thursday, 28 June 2012

Trip: Kelantan #1

Assalamualaikum.


Anybody miss me? Hahaha *bajet retiss semua orang nak rindu. Rasa macam lama tak buka blog *padahal baru berapa hari je. Kekeke>,< Actually, semenjak 3 hari lepas aku pergi jalan makan angin kat Kelantan. Memang 1st time la aku pergi sana. Hahaha rasa macam kesian pulak. Well, pergi tengok negeri orang sambil jalan-jalan sekali sekala plus aku pulak tengah bercuti kan. Tapi tu ah, geng makan angin aku tak dapat ikut. Kalau ada beliau rasanya boleh putus urat kentut kau! Hehe by the way, my sister & her friends yang bawa aku jalan-jalan petang aku sampai Kelantan. Siap sewa kereta kau, nak sambut princess ni. Err-,-


Aku sampai dari Sg. Petani ke Kubang Kerian around 6pm. So, tempat first jadi tempat jalan kami adalah Food Village dekat Pengkalan Chepa.


Food village. *Abaikan muka gemuk ini. Grrrr!!

Dinner kami adalah Chim Chum. Aku pun tak tau apa tuh maksud Chim Chum tapi yang aku tau ia adalah steamboat yang macam kat Johnny's tuh. Hehehe. Tapi yang best adalah hidangan ala buffet yang membolehkan kita ambil makanan yang kita nak tanpa limit!! No limit hokeyy kau nak makan sampai meletup pun. Dengan harga RM19.90 satu kepala makan la banyak mana kau nak. Aku? Makan segalanya laksam, ayam, hotdog, buah-buahan, kerang, udang, gajah. Oh, gajah tu tipu. Heee;p Tapi ada syaratnya, segala yang diambil perlu makan sampai habis kalau tak charge lain akan dikenakan. Dalam erti kata lain "Jangan membazir kerana membazir amalan syaitonnnn." Hahaha:)
Aku hidangkan Chim Chum kepada kalian. *sila jangan jatuhkan air liur anda.











Hambik semua gambar tengah melantak. Giler kau seminit pun aku tak berenti makan. Pheww~

Oh yah, they're my tourist guide. Hahaha;p


Lepas melantak makan bagai, tempat seterusnya adalah Wakaf Che Yeh. Selepas pusing-pusing pusat bandar Kota Bharu sebab sesat & blur tak tau jalan, akhirnya sampai jugak atas usaha seorang brother hensem kat stesen minyak. Beliau yang bawa kami sampai kat sana sebab beliau pun nak pergi sana. Harharhar. Pape pun thanks brother hensem. *Phuiii puji ada makna;p Hahaha. Sampai je sana akhirnya baru aku tahu Wakaf Che Yeh ni macam Downtown Cheras tu la. Hahaha hoyeahh apa lagi. Time to shopping tau!! Harus beli tapi sebabkan percutian bajet aku pun kena lah bajet dalam berbelanja. *Tu pun ada short duit jugak-,- So, apa yang aku beli? Cuma jersi harga RM10 2 pasang dan skrit harga RM19 sepasang. Agaga sungguh tak mengagumkan. Tudung? Mungkin harga standard tapi aku tak beli. Boley lari bajet kalau beli. Kahkahkah:D


Abaikan muka kusam teruk tuh. =,=




Lepas tu kami pun balik lah sebab semua dah barai, nak muntah, pening sebab penat. Haha sebabkan aku menumpang di hostel USM Kubang Kerian, so jimatlah duit hotel. Hahaha. Tu lah namanya percutian bajet. *Konon~ 
Hokey lah aku cerita sampai sini dulu. Ntah esok lusa tulat aku sambung lagi mengomel. Aku tau korang tertunggu-tunggu. Cisss!!*Perasan terokkk!!


p/s: Pesanan aku, kalau nak travel pergi dengan kawan/saper saja yang suka travel. Baru enjoy. Kalau pergi dengan orang yang banyak songeh, confirm bengang!! Hahaha menyesal lagi tambah. Hewhewhew~