Showing posts with label adab. Show all posts
Showing posts with label adab. Show all posts

Monday, 20 May 2013

Manners

Assalamualaikum.

Well sebut pasal adab atau omputihnya "manners" rasa semua orang dalam dunia ni tau. Tapi bila takdak adab secara automatiknya boleh tukar jadi kurang ajar atau omputihnya "rude". So rude mehhh!

Kisah petang tadi dekat market. Ya² market tempat crowded dengan manusia. Nak beli ikan la, sayuq la, kucing la. Ehh haha tak lawak-_- Kalau pergeseran atau mana² perlanggaran tubuh berlaku aku assume itu normal. Yela, dah kalau tanak terlanggar or tergeser sila shopping ikan sayur di Pavilion. Kurang la potensi nak langgar² ni. Actually aku tak kisah pun kalau pergi tempat crowded macam tu kita terlanggar. Just say SORRY and done. Simple right?

Tapi bila petang tadi ada la perempuan langgar aku. And maybe my fault too because I didn't notice her at my back. Then as usually sorry tu memang akan keluar dari mulut aku. Part yang aku hangin bila perempuan tu looking at me dengan sinis gila pastu jeling maut punya. Perghh menyirap. Is she deaf? Aku rasa macam aku cakap sorry bukan maki. I say sorry what! Tapi lain pulak yang aku dapat. Dengan muka sombong dah boleh beli ikan di market rasa macam datin² la takleh langgar? Nampak macam small matter je kan. Apa hal la aku nk kecoh sangat tapi bila difikir balik memang geram. 

Disini bukan aku nak membebel apa cuma aku terfikir. Memang zaman makin canggih tapi orang lansung tak canggih. Perangai memang di takuk lama. Yela bila seseorang berikan kita buah yang baik jangan la pulak kita balas dengan tahi yang busuk. Nampak? Apa salahnya turunkan ego atau sifat sombong tu sikit. Tak rugi apa² kan. But well, untuk menyejukkan hati aku ini aku just anggap orang ni tak cerdik. Sebab kalau orang yang cerdik dia punya adap tu memang tahap tinggi punya. Orang² tak cerdik je kurang sikit adab ni. Kan? Kahkahkah. 

Mulalah pemikiran hitam aku mengarut menghasut² fikir benda tak berfaedah ni. Hukhuk-_-

Sunday, 7 April 2013

Don't be selfish~

Assalamualaikum.

Happy weekend!! Tapi esok dah Monday Blues~ Muahaha 

Straight to the point lah. Tadi keluar cari barang sikit. So gunalah pengangkutan awan. Naik bus~ Haha Apa kena mengena selfish dengan guna pengangkutan awam? Okey mai sini aku nak terangkan rakyat Malaysia sekalian. 

Aku bukan nak mengata cuma nak nasihat je. Tolong ingatkan sikit-sikit. Kita ni naik public transportation kan? Jadi semua kena share bersama-sama. Jangan buat macam harta sendirian berhad. Kalau hang nak buat harta sendiri sila apply loan beli bus sendiri. 

Bila naik public transportation ni jangan conquer tempat duduk dengan letak barang-barang peribadi kita. Oh hang shopping sakan pastu naik bus hang main letak je semua barang hang kat tempat duduk sebelah. Letak helmet la, beg la, kaki la *maaf kaki tu over plak~ Bagi lah tempat tu orang lain duduk dari letak barang hang tuh. Aku tak kesah kalau tak dapat duduk, tapi kalau ada nenek kat sebelah hang tapi hang buat taktau ja memang aku rasa macam nak sekeh. Grrr~

Lagi satu, prihatin la. Ada warga emas ke, pregnant women ke, OKU ke bagilah dorang duduk. Kita yang sempurna ni mampu lagi kot nak berdiri. Bukannya luruh isi kulit ni kalau berdiri pun kan? Hehe.

Ada lagi!! Dalam public transportation jangan gatai nak merokok! Pantang betul aku orang merokok dalam aircond ni. Darah naik cepat je. Kalau bau ketiak, bau mulut aku boleh tahan lagi lepas balik kerja or balik shopping tapi bau asap rokok tu aku tak boleh tahan. Kalau dah kemaruk sangat nak smoking sila telan sekali dengan asap. *Nasihat ini untuk yang suka smoking dalam public transportation je tau, yang merokok selain tempat yang dinyatakan aku takmau amik tau. Muahah~

Pesanan ikhlas dari seorang rakyat Malaysia~


Aku bercakap ni bukan main hentam je. Ni jadi depan mata aku tadi. Baru TADI okey! Tu yang aku cakap, jangan selfish!! Benda kalau dah namanya awam memang kena guna bersama-sama. Jangan nak ikut sedap rasa kita je. Sharing is caring. Takmau sharing p pindah duk dalam gua. Sekian, k.bai~

#Lagi satu bukan apa tapi tadi ramai sangat foreigner sampai aku rasakan yang aku pulak duduk kat negara diorang. Serious, rasa macam aku plak foreigner-_-