Apa nak jadi? | miss fluffy


Monday, 13 May 2013

Apa nak jadi?

Assalamualaikum.

Zaman sekarang ni teknologi makin canggih tapi aku rasa manusia pulak makin tak canggih. Tak canggih dari segi bukan tak reti nak guna gadjet atau teknologi tapi tak canggih dari adab, perbuatan, perangai. Aku bukan main cakap je tapi ini dari apa yang aku tengok dan alami.

Aku bagi contoh mudah la. Facebook. Tujuan asal kita berfacebook ini apa? Bila difikir balik mula² kita sign up account Facebook ini untuk cari balik kawan² lama kita kan. Nak eratkan balik persahabatan yang lama terpisah. Tapi bila tengok Facebokk sekarang macam² yang jadi. Medan perang politik, keyboard warriors, jadi lama untuk mengaibkan orang, menyebarkan fitnah/berita palsu. Aku rasa semua orang nampak kot. Boleh nilai kot. Macam dah hilang tau sifat kasih-sayang tu. Manusia jadi makin biadap. Bercakap ikut rasa, luah suka hati dalam Facebook. No respect each others anymore. Sedih kan?

Bab gadjet lain pula. Smart phone. Cuba tengok dalam LRT ke, bas ke time balik keje. Kebanyakkan daripada kita leka. Leka dengan hand phone. Macam duduk dalam dunia lain. Takda dah zaman nak sembang² dengan kawan sebelah. Yes, aku pernah ada dalam situasi bila mana kita bercakap tapi masing² dengan hand phone masing². Rasa macam cakap dengan kayu lagi tak menyakitkan hati. Bila kita tegur kita pulak kena hentam. "Ala hang takda smart phone, boleh la cakap macam² kat kami. Jealous la tu". Oh serious WTF kenapa aku nak jealous. Kat sini bukan aku nak highlightkan aku jealous takda smartphone tapi hampa nampak tak apa yang aku rasa? Apa yang aku alami?

Senang cerita tengok dan nilai apa yang berlaku dalam kehidupan kita hari ini. Kadang² geleng kepala aku. Anak tak hormat mak bapak. Eh, dia ingat dia boleh hidup dengan sihat walafiat ke kalau mak bapak dia ni tak bela dia. Kurang ajar. Isu lain pulak. Gaduh sana, gaduh ini. Masing² dengan ego. Takmau mengalah. Konon kiasu sangat. Bila ditegur mulalah nak melenting. Hal agama tolak ketepi terus. Sebab tu hidup rasa kosong bila tak takut dengan Allah. Dengan hantu hang reti pulak melalak takut terketar².

No hard feelings okey. Just my two cents. Tak kata sapa². Jangan nak terasa sangat okey. Sekian.

16 comments:

  1. cik nor tak der smartphone..:)

    ReplyDelete
  2. tu la kan.. deno takde smart phone ni.. rasanya kalau canggih2 sgt tapi tak guna function dia kan, rasa mcm rugi pun ada.. hehe^^

    ReplyDelete
  3. agree..kat blog pun ada jugak dear...

    ReplyDelete
  4. Aku takda smartphone. Sampai skrg still guna yg cuma bleh call n msg je :D

    Tak nafikan la pa yg ko ckp tu betul. Ak cuma dpt simpulkan,ini smua poyo..eh,bukan2,hahaha. Ak nak ckp, ini semua kejutan budaya.

    Benda baru, including teknologi. Semua benda n perkara baru, memang bleh bagi effect pda manusia. Asal tak melampau sudah le.

    ReplyDelete
  5. lisa takde smartphone, boleh aje hidup :), orang kita sekarang ni semuanya ikut trend. Orang ada apa, smuanya nak ada. Facebook sekarang pun semakin tanak bukak, bosan.. hain

    ReplyDelete
  6. skrg bosan bile bkk fb... politik politik politik x abes2...

    ReplyDelete
  7. CJM masih guna hp zaman batu *fact* haha! mls nak pakai smartphone. tak reti...yes! pernah kena mcm yg MF alami..kita sibuk cerita dia sibuk dgn smartphonenya..grrr *menyampah! (._.)

    ReplyDelete
  8. Kalau keluar dgn kawan, kawan sibuk nak main hp jgk, boleh blah. grr

    ReplyDelete
  9. budak2 baru kenal teknologi, sbb tu jadi ketagih main smartphone.. yg sume ni jenis perasan hot stuff.. post skit dh ada like, comment

    ReplyDelete
  10. tujuan nak berpesbuk sbb nak buat kerja.. tapi ending dia sedih sikit2, kawan2 semua dah jauh menyimpang.. buat im group berasingan nak mengumpat kawan yg lain.. tu yg iha dok kat blog je skrg.. malas nak bersahabat ehh bersubahat..

    ReplyDelete
  11. org2 dulu pun takde smartphone bahagia je hidup..kan kan kan.. ckp pd diorang kebahagiaan hidup bukan terletak pada gadget tp pada amalan seseorang.. hehehe maaf mak pun nak naik emo sama bila baca entry ni

    ReplyDelete
  12. Dunia bersedia utk prubahan...tapi manusia blum semua yg mampu ke arah itu. Itu sbbnya jd mcm ni...

    Bkn krg pndai tapi krg brfikir utk gunakan ke arah yg lbh baik. Sbbnya, kalau nk buat jahat pun kena pandai jgk...kalau tak sure la kantoi nnt...

    ReplyDelete
  13. hehee bak kata pepatah "kera dapat bunga" camtu la halnya dgn generasi hari ini yg gunakan laman sosial.....

    ReplyDelete

Komen buat anda lebih hemsen dan cantik seperti Action Kamen dan Misae. Jadi, sila tinggalkan komen anda.