You're everything, Mak! | miss fluffy


Sunday, 12 May 2013

You're everything, Mak!

Assalamualaikum.

Hari ni straight to the point la aku cerita. Semua pasal mak. Hari ini hari mak-mak kan? Hihi tapi ni pasal mak aku bukan mak sapa².



Yang segak cun melecun bertudung purple tu lah mak aku. Hehe ni zaman aku muda mudi dulu. Yang mana aku hampa carilah. Kahkah yang pasti gambanq ni memang lejen. Seingat aku ni masa kami p melawat zoo taiping. Yeke idak? Err.

Senang cerita tanpa mak tiadalah aku. Sebab mak la aku sihat, sebab mak la aku boleh kenal ABC, sebab mak la aku tersenyum, sebab mak la aku pandai masak sekarang, sebab mak la aku pandai urus diri, sebab mak la aku tahu nak guna mesin basuh, sebab mak juga la aku pandai nak menilai baik & buruk. Banyak lagi  sebenarnya. Apa saja yang jadi dalam hidup aku adalah semua sebab mak aku. Awesome kan mak kita?

Aku rasa mak hampa pun macam tu jugak. Dia yang bagi kasih-sayang, sedia makan minum, ibu, guru & isteri. Memang superwoman la mak aku. Aku rasa Ultraman ke Batman pun rasa datang nak menuntut ilmu je dengan mak². Power sangat!

So, sempena Hari Ibu ni nak la aku katakan yang aku sayang sangat kat Puan Zainab Mat Saman! Sayang sangat!! Mihmih;3 Selama 24 tahun tanpa jemu melayan kerenah anakmu yang comel. Ouchh!>,<
She's everything to me! Tanpa beliau siapalah aku ni. Tskk.

Tengok NONA tadi sedia bila tengok mak² yang kena tinggal oleh anak² depa di rumah jagaan orang tua. Kesian. Sedih. Macam mana la tergamak depa buat kat insan yang jaga depa dari kecik sampai la depa boleh buat perangai buang mak! Macam nenek tu cakap la "Mak seorang boleh jaga anak 10 orang, tapi belum tentu anak 10 orang boleh jaga mak seorang". Betul kan?:'(

Kepada semua mak, ibu, mama, mommy, ummi atau tak kira la hampa panggil apa aku just nak wish Happy Mother's Day. Sayangilah mereka selagi mereka ada. Hargailah perngorbanan mereka. Syurga kita pun di bawah tapak kaki mereka. So apa lagi? Jangan jadi anak derhaka! Hehe.

Oh² tadi main google punyer doodle. Then, terhasillah kad Mother's Day ni!

Comel!>,<

7 comments:

  1. Selamat Hari Ibu, buat ibu-ibu di Malaysia.. hehe.. Tanpa mak, sapelah kitakan.. :)

    ReplyDelete
  2. tanpa ibu siapalah kita :D ibu tiada tandingannya, ehehe

    ReplyDelete
  3. Selamat hari Ibu buat para ibu kat dunia ni.....=D

    ReplyDelete
  4. sayangi mereka *mereka tu termasuk bapa sekali* selagi mereka masih ada. masih bernyawa. hargai mereka selagi boleh.

    ReplyDelete
  5. tanpa ibu siapala kita kan.. ^^

    ReplyDelete
  6. haha tula adik iha buat kad tu sama mcm akak.. iha punya bughuk ya rabbi xD
    apapun selamat hari ibu buat mak akak, kirim salam kat mak akak tau..
    mak kita mmg sejuta kali ganda lebih hebat dari superhero.. :)

    ReplyDelete
  7. Betul, ibu sorang boleh jaga anak 10 orang tp anak 10 org belum tentu dapat jaga ibu yg sorang.. tengok byk rancangan kt tv ttg kisah2 ibu kt rumah org2 tua rasa sebak je.. huhu

    ReplyDelete

Komen buat anda lebih hemsen dan cantik seperti Action Kamen dan Misae. Jadi, sila tinggalkan komen anda.