Showing posts with label nasihat. Show all posts
Showing posts with label nasihat. Show all posts

Saturday, 22 June 2013

Kena sedar diri.

Assalamualaikum.

Keperluan. Kehendak. 
Kadang² kehendak itu yang melebihi keperluan.
Sampai lupa diri. Untuk apa? Kepuasan diri? Menunjuk-nunjuk kah?
Akibatnya, bila dah melebihi bajet mulalah bising². Duit tak cukup. Merungut saja tau.
Salah siapa? Bila membeli tak ingat. Tak sedar diri. Ha, merana lah menanti.

Nasihat aku. Tak salah nak berbelanja.
Tengok lah bajet tu. 
Kalau ada lebih boleh la nak penuhi kehendak tu sekali sekala.
Tapi kalau dah rasa tak mampu. Beli lah ikut keperluan kita. Asalkan boleh guna, tak mendatangkan masalah apa salahnya. 
Barang tak branded? Itu tolak #2. Yang penting berkualiti.
Bukan mati pun pakai barang tak branded. 
Kadang² kena fikir untuk diri sendiri juga. 
Jangan ikut nafsu masa berbelanja.

Sebab itu aku kata "Kita kena sedar diri".

Monday, 15 April 2013

Nak tunjuk apa?

Ingat. Hidup ini macam putaran roda.
Kalau hari ni kau bermegah kat atas, ntah esok lusa kau tersungkur di bawah.

Buli. Lagak ngeri?
Kau nak tunjuk apa? Hebat pada siapa?
Kau tahu ada yang lebih hebat dari kau?
Hamparkan sejadah, sujud dan kau tahu jawapannya.

Nak tunjuk apa?
Cekap berlawan, hebat bersilat.
Nak jadi Hero Malaya. Biar kena caranya.
Jangan jadikan alasan bodoh sebagai tiket kau nak hentak orang.

Umur kau masih muda. 
Jangan jadikan ia sia-sia.
Masa tak mengundur.
Jangan jadikan dirimu terkubur.

Pesanan buat saudara saudari yang alpa. 
Perjalanan kau masih panjang. 
Jangan biar emosi dan nafsu jadi raja.
Kerana Pencipta berikan kau akal yang sempurna.

*Bajet sajak puisi-.-
Mime MF~  
meoww;3

Sebab banyak sangat makhluk Allah post video pasal buli, buli, buli kat Facebook. Plus, banyak kes yang tak sedap didengar lately. Dunia penuh pancaroba~ Ngee:P 

*Entry takde doodle

Sunday, 7 April 2013

Don't be selfish~

Assalamualaikum.

Happy weekend!! Tapi esok dah Monday Blues~ Muahaha 

Straight to the point lah. Tadi keluar cari barang sikit. So gunalah pengangkutan awan. Naik bus~ Haha Apa kena mengena selfish dengan guna pengangkutan awam? Okey mai sini aku nak terangkan rakyat Malaysia sekalian. 

Aku bukan nak mengata cuma nak nasihat je. Tolong ingatkan sikit-sikit. Kita ni naik public transportation kan? Jadi semua kena share bersama-sama. Jangan buat macam harta sendirian berhad. Kalau hang nak buat harta sendiri sila apply loan beli bus sendiri. 

Bila naik public transportation ni jangan conquer tempat duduk dengan letak barang-barang peribadi kita. Oh hang shopping sakan pastu naik bus hang main letak je semua barang hang kat tempat duduk sebelah. Letak helmet la, beg la, kaki la *maaf kaki tu over plak~ Bagi lah tempat tu orang lain duduk dari letak barang hang tuh. Aku tak kesah kalau tak dapat duduk, tapi kalau ada nenek kat sebelah hang tapi hang buat taktau ja memang aku rasa macam nak sekeh. Grrr~

Lagi satu, prihatin la. Ada warga emas ke, pregnant women ke, OKU ke bagilah dorang duduk. Kita yang sempurna ni mampu lagi kot nak berdiri. Bukannya luruh isi kulit ni kalau berdiri pun kan? Hehe.

Ada lagi!! Dalam public transportation jangan gatai nak merokok! Pantang betul aku orang merokok dalam aircond ni. Darah naik cepat je. Kalau bau ketiak, bau mulut aku boleh tahan lagi lepas balik kerja or balik shopping tapi bau asap rokok tu aku tak boleh tahan. Kalau dah kemaruk sangat nak smoking sila telan sekali dengan asap. *Nasihat ini untuk yang suka smoking dalam public transportation je tau, yang merokok selain tempat yang dinyatakan aku takmau amik tau. Muahah~

Pesanan ikhlas dari seorang rakyat Malaysia~


Aku bercakap ni bukan main hentam je. Ni jadi depan mata aku tadi. Baru TADI okey! Tu yang aku cakap, jangan selfish!! Benda kalau dah namanya awam memang kena guna bersama-sama. Jangan nak ikut sedap rasa kita je. Sharing is caring. Takmau sharing p pindah duk dalam gua. Sekian, k.bai~

#Lagi satu bukan apa tapi tadi ramai sangat foreigner sampai aku rasakan yang aku pulak duduk kat negara diorang. Serious, rasa macam aku plak foreigner-_-