Nak tunjuk apa? | miss fluffy


Monday, 15 April 2013

Nak tunjuk apa?

Ingat. Hidup ini macam putaran roda.
Kalau hari ni kau bermegah kat atas, ntah esok lusa kau tersungkur di bawah.

Buli. Lagak ngeri?
Kau nak tunjuk apa? Hebat pada siapa?
Kau tahu ada yang lebih hebat dari kau?
Hamparkan sejadah, sujud dan kau tahu jawapannya.

Nak tunjuk apa?
Cekap berlawan, hebat bersilat.
Nak jadi Hero Malaya. Biar kena caranya.
Jangan jadikan alasan bodoh sebagai tiket kau nak hentak orang.

Umur kau masih muda. 
Jangan jadikan ia sia-sia.
Masa tak mengundur.
Jangan jadikan dirimu terkubur.

Pesanan buat saudara saudari yang alpa. 
Perjalanan kau masih panjang. 
Jangan biar emosi dan nafsu jadi raja.
Kerana Pencipta berikan kau akal yang sempurna.

*Bajet sajak puisi-.-
Mime MF~  
meoww;3

Sebab banyak sangat makhluk Allah post video pasal buli, buli, buli kat Facebook. Plus, banyak kes yang tak sedap didengar lately. Dunia penuh pancaroba~ Ngee:P 

*Entry takde doodle

19 comments:

  1. tu bru cikit yg xpost n amik video.. kesian yg kena buli..

    ReplyDelete
  2. sajak yang bagus.. kes buli dan masalah sosial yang lain semakin menjadi2 sekarang ni.. :(

    ReplyDelete
  3. Kesian tengok budak yang kena buli tu...hmmm...

    ReplyDelete
  4. tudiaaaa akak kiter dah bersajak, wahaha xD zaman sekarang ni macam2, alahai

    ReplyDelete
  5. budak2 baru nak beso kot. macam2 benda nak cuba sampai nak tunjuk hebat pun tak kena tempat

    ReplyDelete
  6. akak memang hebat lar bersajak :D

    ReplyDelete
  7. bdk2 zaman skrg ni makin lama makin ganas

    ReplyDelete
  8. Wooowww...dari hati trus ke medula oblongata, cuba mencari saluran me otak melalui serebrum dan serebelum...bum...bum...bum...

    Terhasilnya sajak melauinya... impressive idea... tp yg ni tuju kat sapa? Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi...medula oblogata?haha lama tak dgr...jauh perjalanan~
      #err tuju kat sapa2 yang berhajat membuli, sedang membuli atau baru sudah membuli...ngeee~

      Delete
    2. Hehehe...meskipun cat lover ni dikatakan bersifat penyayang, tak semestinya tiada rasa geram, betul tak? Apapun beware for those yg ada niat nk buli MF ni...hehe...take care MF.

      Delete
    3. dari kucing boleh tukar jadi rimau ye dok??haha

      Delete
    4. fuhhh sampai ke medula oblongata, lama dah tak nampak perkataan ni.. haha..
      *menyampuk* :P

      Delete
    5. hehe tau xpa...mmg dh lama tak dgr perkataan tu..

      Delete
  9. sekarang tak sama mcm zaman kita sekolah dulu kan.. syukur lah lahir lebih awal.. zaman skrg ni terlampau scary.. huhu

    ReplyDelete
  10. "cekap berlawan, hebat bersilat"

    sekarang diorang tak pakai silat.. diorg main tomoi.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha okey fine..pasni kena tukar ayat~ haha:P

      Delete
  11. Nak tunjuk hebat...
    Padahal ilmu didada pun belum tentu cukup....

    ReplyDelete
  12. Biasa la, masa sekolah kita tak perasan yg kita masih 'budak' lg.. tu yg nak tunjuk hero sangat..
    #diam2 ubi berisi, dalam diam kak MF pandai buat puisi.. ahaks~

    ReplyDelete
  13. nak tunjuk kuat la tuh? tak..nak tunjuk hero? budak2 skrg ni, bila tak puas hati terus buat keputusan sendiri....tak difikirnya dulu apa kesannya...sian mak bapak tanggung malu...

    ReplyDelete

Komen buat anda lebih hemsen dan cantik seperti Action Kamen dan Misae. Jadi, sila tinggalkan komen anda.