Showing posts with label sekolah. Show all posts
Showing posts with label sekolah. Show all posts

Sunday, 19 May 2013

Serangga dan sekolah.

Assalamualaikum.

Dulu masa tingkatan 1-3 aku disekolahkan di sebuah sekolah dekat dengan kaki bukit. Tapi aku lebih suka cakap sekolah aku atas bukit. Sebab kena hiking ringan² sebelum sampai sekolah-_- Nak mudahkan imaginasi hampa anggap je keliling sekolah dan hostel aku ni hutan. Dan aku duduk hostel since tingkatan 1. *Hampa nampak betapa berdikarinya aku.


Bukan nak cakap apa tapi hostel aku ni banyak betul serangga. Setakat lebah, semut, rama² saiz kecik² tu kira normal la kan. Tapi yang special aku rasa pasal hostel aku ni adalah serangga tu extra saiz. Gabak punya. Memang rare la bagi aku. Yelah, mana la aku pernah jumpa serangga obesiti kat rumah. Kat hostel aku je ada. Huhu.


Serangga extra saiz yang buat aku gerun sangat dan selalu la merayap² dalam hostel untuk takutkan insan yang lemah macam aku ni banyak.

1. Lebah obes


Apsal aku panggil lebah obes? Sebab lebah² yang terbang dalam bilik study mahupun dalam dorm sangat la gemuk². Serious! Aku terpikir gak camna la si obes lebah ni boleh terbang? Tak berat ke? Err-_- *Abaikan
Tapi sekali mereka terbang aku rasa macam nak menyorok je dalam selimut pastu terus krohhh kroohh. Takut weh! Sekali dia hinggap pastu dia cocok dengan sengat dia tu mau bengkak badan aku. Actually aku penah la kena sengat lebah tapi lebah kecik² je. Itu pun sampai bengkak kaki aku meh. Grrrr.

2. Riang-riang


Aku taktau la kat tempat korang panggil apa menatang ni. Tapi yang pasti tempat aku depa panggil riang². Tengok macam lalat je aku lukis. Dia lebih kurang macam belalang tapi besar. Pastu dia akan keluarkan bunyi "Rettt..rettt..rettt" *Jangan baca dalam hati. Bunyi sekali. Menatang ni sumpah aku geli. Aku pernah menangis sebab menatang ni hinggap kat tudung aku masa study malam. Siap bunyi lagi. Ada sekali tu aku menyorok bawah meja. Cilakak betul. Sampai sekarang aku trauma. 

3. Lipan


Aku rasa semua orang tau kot menatang ni. Lipan. Kalau taktau jom aku bawak pergi zoo. Kita buat lawatan sambil belajar. Apa yang lejen sangat pasai lipan ni kat asrama aku adalah ada sekor lipan ni dia suka buat jamban budak perempuan sebagai port dia lepak. Aku syak lipan jantan la ni. Ada sekali tu aku nak masuk jamban, aku dah check baik punya lipan tu ada ke tak. Tengok clear je masuk la. Sekali rasa ada benda berjalan kat kaki seluar. Apa lagi aku punya menggelupur kalah ayam yang kena sembelih habaq hang. Jatuh la lipan jantan tak guna tuh dari seluar aku. Nasib baik dia tak kokak ha. Kalau tak, eiii taktau la nasib aku. Lepas kejadian aku dah tak pernah masuk jamban tu lagi. 

4. Kupu-kupu


Kupu². Takda apa pun yang special cuma kupu² yang terbesar pernah aku jumpa kat kawasan hostel adalah sebesar tapak tangan aku. Besar sikit kot. Tu la yang besar aku pernah tengok selain kupu² di zoo negara. Tapi masa kau jumpa tu beliau dah arwah. Arwah memang cantik sayapnya. Cantiklah walaupun kebanyakkan kupu² punya sayap warna koko. Takdelah segorjes rama². Huhu.

Sepanjang aku belajar kat sekolah tu yang tu lah serangga ajaib yang selalu aku jumpa. Kira dah jumpa selalu takde lah ajaib mana pun. Tapi yang pasti depa ni semua besaq². Macam aku katakan tadi, serangga obes. Biasalah bila keliling sekolah adalah hutan. Normal kot. Kot la. Huhu Tapi bila depa terbang ja atas kepala aku memang bersepah aku menyorok. Geli!!!



Monday, 24 December 2012

Pandai tapi kalau tak usaha.....................

Assalamualaikum.

Sejuk betul hari ni. Hujan dari pagi lagi. Hehe sedap tidoq ni:p
Tetiba rindu masa study. Sebelum ni sibuk sangat nak abiskan study, tapi bila dah abis ni rindu pulak saat tuh. Last minutes assignment, test, quiz. Woahh~ start tahun depan mulalah dunia kerja aku.  Even praktikal je tapi aku anggap tu sebagai langkah pertama permulaan masuk alam pekerjaan. Pheww~

Alhamdulillah, syukur Allah berikan rezeki aku sampai tahap sekarang. Yang aku lansung tak expect akan sampai tahap ni. Dulu ingat lepas SPM terus keje ke tapi dapat la sambung study. Berkat doa parents aku juga. Teringat masa sekolah, aku bukanlah bijak pandai pun. Usaha pun takdelah bertungkus lumus macam orang lain. Result periksa pun tak lah gempak. Semuanya biasa saja. And I remember one of my classmates said to me "Hang ni nasib baik je dapat lompat masuk kelas elok. Hang bukan pandai pun. Nasib baik ja tuh". Sentap masa tuh but yes! Thanks to her. Mungkin sebab kata-kata dia aku berada di tempat aku sekarang. And her? I don't know mana kebijaksanaan dia sekarang.

Dia pandai but like people say kalau pandai tapi tak berusaha memang tak kemana. Sama la macam pisau yang tajam kalau tak diasah tumpul jugak. Don't we expect kawan yang "tak bijak" dulu akan "tak bijak" sampai bila-bila. Don't judge people and kena ingat Allah takkan ubah nasib kita kalau kita sendiri tak berusaha untuk berubah. Dulu aku mungkin bodoh tapi InsyaAllah sekarang aku berusaha untuk tambah ilmu. Banyak aku tengok kawan-kawan aku yang low profile dulu sekarang dah berjaya. It's inspire me to become like them!

Bukan nak bangga diri or berlagak dengan diri aku sekarang. Cuma terkenang cakap orang. Really wish to meet her one day. Just to show that I'm not stupid like she said. Kalau berusaha sapa-sapa pun boleh berjaya and I want to prove that she wrong at all!! Apa pun doakan aku supaya boleh tempuh dunia baru ni. Lebih mencabar! Hehe~


#Nak masuk tahun baru. 2013!! New resolution?