Pantai Murni Waterfront, Yan | miss fluffy


Sunday, 4 February 2018

Pantai Murni Waterfront, Yan


Ini cerita 2 minggu lepas. Isnin lepas merupakan cuti ganti Hari Keputeraan Sultan Kedah. So apalagi jalan² la. Tak pergi mana pun cuma nak cari tempat untuk riadah yang boleh rileks, FREE dan tak ramai orang. 

Maka pilihannya adalah Pantai Murni, Yan. Dekat je dengan rumah aku lebih kurang 20-30 minit je. Dulu masa single selalu juga datang petang². Aku suka pantai. Aku suka dengar bunyi ombak dengan angin pantai. Ya ampun tenang sangat rasa. Boleh jugak tengok gelagat orang. HAHA


Pantai Murni sekarang dah ada pembaharuan. Nama pun dah bertukar jadi Pantai Murni Waterfront. Laluan jambatan atas air dibuat menghala ke tengah laut. Aku tak pasti jarak laluan tu tapi pada anggaran aku lebih kurang 200 meter? 300 meter? Entah ;P



Tapi yang pasti kalau di waktu petang, kau akan disajikan dengan permandangan matahari terbenam dan sebelah lagi permandangan Gunung Jerai. MasyaAllah, cantik sangat♥ Dengan kepulan awan yang menutup sebahagian Gunung Jerai membuatkan kau merasa betapa kerdilnya diri atas muka bumi ini.




  





So bila dah ada tengah laut ni, apalagi jangan lupa selfie pulak. Boleh nampak sekumpulan ikan kecil tengah selamatkan diri dari dimakan ikan yang lebih besar. Bila air surut, boleh nampak banyak ketam² kecil dan siput cengkerang. Ikan belacak juga dilihat melepak sana sini. HAHA




Banyak kemudahan lain juga disediakan seperti taman permainan kanak-kanak, laluan pejalan kaki yang luas, kedai makan. Bolehlah kau cuba rojak buah dan ais kacang bila mai ke Pantai Murni. 

♥ps: Hilang segala stress bila hadap semua keindahan ini.

2 comments:

  1. Kedah memang negeri yang cantik. Insha Allah kalau ke Yan akan singgah pantai ni. Thanks share

    ReplyDelete
  2. Lama dah tak lepak tepi pantai... haaaa.. indahnya haha >_<

    ReplyDelete

Komen dari anda sangat berharga. Terima kasih atas kesudian anda memberikan respon dan pandangan❤️