Showing posts with label realiti kehidupan. Show all posts
Showing posts with label realiti kehidupan. Show all posts

Thursday, 14 January 2016

Masa kau akan tiba juga


Dalam hidup ni kita kena beringat. Setiap perbuatan ada balasan. Setiap percakapan ada kesan. Tak kisah lah baik atau buruk.  Kalau hari ini kita seronok buli kawan, kita suka aniaya orang. Tak mustahil satu hari nanti benda yang sama akan terjadi pada kita, takpun pada anak² kita, keturunan kita.

Roda kehidupan sentiasa berputar. Jangan terlalu mendabik dada bila diatas kerana nanti kita jugak akan tersungkur dibawah. Jangan asyik mendongak le langit sampai lupa menunduk melihat rumput di bumi. Kalau kita rasa dia kita bagus, bijak kenapa tidak berkongsi rasa yang sama dengan orang lain? Kenapa perlu hina, maki bila ada yang lemah meminta pertolongan dari kita?

Segala kenikmatan yang kita kecapi sekarang tidak kekal lama. Allah itu ada. Bila² masa saja Dia boleh tarik balik kenikmatan itu. Guna sebaik-baiknya ke arah yang benar. Adalah satu kerugian bila kenikmatan itu disia-siakan.

Just remember one thing, what goes around comes around. 
Hari ni kamu bersorak bertepuk kerana berjaya singkirkan seseorang.
Nanti benda yang sama akan berlaku pada kamu.

p/s: Dah beberapa kali entry seperti ini ditulis. Takpe, Allah ada. Dia sentiasa melindungi hambaNya yang teraniaya. Moga kawan² aku bersabar

Monday, 2 June 2014

Apa nak jadi.......................?


Dalam seminggu macam-macam berita gempar yang kita dengar. Dera anak, kelar budak, rogol, bunuh etc. Takut, ngeri! Rasa tak selamat bila keluar. Ibu bapa yang ada anak-anak kecil pun mesti rasa insecure nak bawak anak-anak keluar. Manusia sekarang makin ganas. Makin menjadi-jadi buat perkara yang tak terjangkau dek akal. Sanggup dera anak sampai mati, kelar anak kecil yang taktahu apa-apa! Sumpah ngeri.

Kadang-kadang aku terfikir, makin maju negara kita ni makin canggih teknologi makain tinggi bangunan makin manusia tiada hati perut. Heartless sangat! Mungkin sebab kita tak jaga yang satu tu. Hubungan kita dengan Pencipta kita. Kalau kita jaga hubungan kita dengan Dia, mungkin semua ni boleh dikurangkan. 

Ntah. Makin hari makin kejam aku rasa berita keluar. Sampai kadang-kadang aku sendiri tak sanggup nak tengok. Tak sanggup nak baca.

Take care of yourself. Take care of your family. Bila rasa macam nak hilang pertimbangan, sila istighfar banyak-banyak. Ingat, kita ada agama. Ada Allah. Cari ketenangan melalui Dia, bukan cari kemusnahan.

Sebak:face29:

ps: Kejam sampai takut nak letak gambar apa-apa. Takut nak tengok.

Friday, 11 April 2014

Bukan masa senang


Bukan mahu menilai.
Sekadar luahan hati.
Insan-insan di sekeliling.
Bila susah, senyuman tak lekang.
Mulut ringan meminta dibantu.
Bila senang, mata bertentang mata
Kepala menoleh buat tak tahu.

Sekarang aku faham.
Mungkin aku tidak berhak menilai.
Tapi kau sendiri buat aku mahu menilai kau.

Dan sekarang aku juga tahu.
Kau bukan manusia
Yang mana ada masa aku susah.
Sebab kau manusia yang hanya muncul bila aku senang.

:)

Friday, 7 March 2014

Kau tahu pedih?

Jika hari ini kau melukai seseorang.
Melukai hati dan perasaannya.
Kau  ingatlah bahawa,
Suatu masa nanti,
Kau juga mungkin akan terluka.

Tiada apa yang lebih sakit.
Daripada ditipu, ditinggalkan.
Oleh yang tersayang.

Dan aku percaya.
Mungkin sekarang kau sedang merasa sakit itu.
Sakit ditinggalkan.
Sakit ditipu.
Atau sakit menunggu.
Dari insan yang kau sayang.

Pedihkan, sayang?:)

Please don't cry

//Cinta adalah perasaan yang terindah tapi kadang-kala boleh jadi luka yang berdarah. Sakit, pedih lamanya.

Friday, 28 February 2014

Andai ku mampu.......


Sayu.
Wanita itu hanya mampu memandang dari jauh.
Curi-curi melihat.
Namun tak pernah bertentang mata.
Bersua muka.
Ikutkan hati,
Dia mahu genggam tangan kecil itu.
Usap kepala si kecil.
Penuh dengan kasih sayang.

Tapi semuanya hanya khayalan dia.
Wanita itu tahu dia tak boleh buat begitu.
Dia tak punya hak ke atas "harta"nya.
Kerana itu perjanjiannya dengan mereka.

Dari jauh.
Dia hanya mampu berdoa.
Agar si kecil itu bahagia.
Selamanya.

Mother and child. 'Nuff said.
Source: We Heart It

p/s: Sedih pulak baca kisah hidup orang. Tskk:face29: