Dalam hidup ni kita kena beringat. Setiap perbuatan ada balasan. Setiap percakapan ada kesan. Tak kisah lah baik atau buruk. Kalau hari ini kita seronok buli kawan, kita suka aniaya orang. Tak mustahil satu hari nanti benda yang sama akan terjadi pada kita, takpun pada anak² kita, keturunan kita.
Roda kehidupan sentiasa berputar. Jangan terlalu mendabik dada bila diatas kerana nanti kita jugak akan tersungkur dibawah. Jangan asyik mendongak le langit sampai lupa menunduk melihat rumput di bumi. Kalau kita rasa dia kita bagus, bijak kenapa tidak berkongsi rasa yang sama dengan orang lain? Kenapa perlu hina, maki bila ada yang lemah meminta pertolongan dari kita?
Segala kenikmatan yang kita kecapi sekarang tidak kekal lama. Allah itu ada. Bila² masa saja Dia boleh tarik balik kenikmatan itu. Guna sebaik-baiknya ke arah yang benar. Adalah satu kerugian bila kenikmatan itu disia-siakan.
Just remember one thing, what goes around comes around.
Hari ni kamu bersorak bertepuk kerana berjaya singkirkan seseorang.
Nanti benda yang sama akan berlaku pada kamu.
☺
p/s: Dah beberapa kali entry seperti ini ditulis. Takpe, Allah ada. Dia sentiasa melindungi hambaNya yang teraniaya. Moga kawan² aku bersabar♥