Showing posts with label opinion. Show all posts
Showing posts with label opinion. Show all posts

Monday, 2 June 2014

Apa nak jadi.......................?


Dalam seminggu macam-macam berita gempar yang kita dengar. Dera anak, kelar budak, rogol, bunuh etc. Takut, ngeri! Rasa tak selamat bila keluar. Ibu bapa yang ada anak-anak kecil pun mesti rasa insecure nak bawak anak-anak keluar. Manusia sekarang makin ganas. Makin menjadi-jadi buat perkara yang tak terjangkau dek akal. Sanggup dera anak sampai mati, kelar anak kecil yang taktahu apa-apa! Sumpah ngeri.

Kadang-kadang aku terfikir, makin maju negara kita ni makin canggih teknologi makain tinggi bangunan makin manusia tiada hati perut. Heartless sangat! Mungkin sebab kita tak jaga yang satu tu. Hubungan kita dengan Pencipta kita. Kalau kita jaga hubungan kita dengan Dia, mungkin semua ni boleh dikurangkan. 

Ntah. Makin hari makin kejam aku rasa berita keluar. Sampai kadang-kadang aku sendiri tak sanggup nak tengok. Tak sanggup nak baca.

Take care of yourself. Take care of your family. Bila rasa macam nak hilang pertimbangan, sila istighfar banyak-banyak. Ingat, kita ada agama. Ada Allah. Cari ketenangan melalui Dia, bukan cari kemusnahan.

Sebak:face29:

ps: Kejam sampai takut nak letak gambar apa-apa. Takut nak tengok.

Thursday, 15 May 2014

Agama sebagai ALASAN!!


Haluuuu lama aihh tak update. Blog terbiar macam takda tuan je kan. Mihmih:)

Ok masuk part serious. Sangat serious. 

Katakanlah korang nak buat something then ajak la kengkawan. Tak kisah la ajak keluar ke, ajak sembang ke, ajak buat business ke, ajak buat benda baik la. Benda jahat jangan ajak orang ye. Nak buat jahat buat sorang-sorang. Then kawan tu bagi alasan. 1001 alasan macam-macam. Ada kuliah agama la, nak buat solat tahajud la, macam-macam lah berkaitan agama ni. Sakit hati tak? Bukan kita kata dia nak tunjuk pandai la or tunjuk alim la tapi if dia taknak just cakap taknak. SIMPLE. Tak payah nak guna agama sebagai alasan untuk kau mengelak. 

Jujurnya aku memang menyampah bila ada hamba Allah jadikan agama sebagai alasan. Kau cakap je kau taknak, kau busy. Senang. Kalau betul ada kuliah agama ke takpe, bagus sangat! Tapi kalau kau menipu guna agama, bagus ke? Fikir baik-baik, Islam tu mudah, Islam tu suci. So jangan kita ni cemarkan kesucian Islam sebab kita tak nak berterus terang. Sebab kita nak lari dari sesuatu. Salah kau tau?

So jangan menipu! Jangan jadikan agama sebagai alasan untuk kau menipu! DOSA der!!! Hehe.

Sekian bebelan setahun sekali:face4: 


Tuesday, 4 February 2014

What goes around comes around~~


Karma. Mesti pernah dengar kan? Pada aku apa yang kita buat atas muka bumi ni semua ada pembalasan. Kalau buat baik dapat balasan baik tapi kalau buat jahat semestinya dapat pembalasan yang setimpal juga kan.

Contoh mudah lagi easy bertambah simple la aku bagi. Hari ini hang duk kutuk anak orang kata jahat la, hawaq la, pemalas la, menyusahkan orang la. Tunggu. Kalau esok lusa tak jadi kat kita mungkin masa hadapan nanti akan jadi kat adik kita, anak kita, nenek kita. Ha tengok. Mana kita tau kan? Bukannya kita ni fortune teller boleh nak tilik nasib kita baik ke tak. So, jaga lidah. Sebab tu dalam Islam lidah ni kena jaga. Banyak bad effects boleh jadi kalau tak jaga lidah.

Lagi, kita ni manusia. Semua tak lari dari buat silap. Aku pun!! Tapi yang aku hairan, ada sesetengah orang ni mereka suka sangat cari salah orang lain. Pantang silap, siap la cerita dijaja. Pantang salah nampak saja salah orang. Actually aku pernah berada dalam situasi macam ni. Orang asyik cari salah kita & takmau terima lansung pendapat kita. Pada dia, semua yang dia buat BETUL!! Orang lain buat semua SALAH!! Ohmaiii~ Serious aku takleh tahan dengan manusia macam ni. Tension dibuatnya. Huhu. So, aku buat keputusan untuk biarkan dia dengan dunianya yang benar belaka. Muahaha!!:face6:
Ya Allah, jauhkan lah sifat macam ni dari aku. Amin
Kalau asyik cari salah orang bila masa kita nak perbetul diri sendiri? Last orang pulak nampak kita yang salah. Ha, situasi macam ni lah yang orang dok cakap karma tu. Apa yang kita kata/buat jadi balik atas batang hidung kita. See?

Hidup macam putaran roda. Kalau hari ini kita bermegah sebab duduk diatas jangan lupa nanti kita akan duduk dibawah pulak. Renung-renungkan!! *Peringatan untuk aku jugak yang selalu leka dan lalai~:face40:

Friday, 20 December 2013

Pilih

Pilihan.

Bila diberi 2 pilihan atau lebih untuk membuat 
keputusan, mungkin sukar bagi kita.
Tambah pula keputusan yang dipilih bagai ditelan 
mati emak, diluah mati bapak.
Menggerutu otak berfikir. Serba salah.

Tapi pilihan HARUS dilakukan!
Dalam hidup ni, kita memang sentiasa harus memilih.
Menentukan perjalanan hidup kita.

Pilih kau mahu yang mana.
Mahu jadi jahat atau baik?
Nak hitam atau putih?
Siang atau malam?
Iman atau nafsu?
Tak kira la apa pilihan kau.
Pilih baik-baik.
Sebab konklusinya dari pilihan kau.

Tak bermakna pilih hitam selamanya hitam.
Dan tak bermakna pilih baik kekal baik.
Memang kau yang merancang.
Segala plot dan jalan cerita semua atas pilihan kau, 
tapi kena ingat Dia yang menentukannya.
Macam-macam kemungkinan yang boleh berlaku.
Yang kita sendiri tak terjangka.

Jadi,
Apa pilihan kau?

Source: Google

Saturday, 7 December 2013

Halal


Halal. Apa yang aku faham tentang dari segi permakanan. Bagi aku halal sesuatu makanan tu adalah tidak mengandungi bahan² yang haram seperti babi, arak dll. Dan datang dari sumber yang halal. Lain² adalah cara penyembelihan mestilah mengikut cara² penyembelihan Islam macam ayam, lembu dll.

Kenapa aku buat entry pasal ni? Macam sedia maklum aku dah bekerja dan colleague aku kebanyakkannya bukan beragama Islam. So, kadang-kadang dorang akan bawa makanan untuk share dengan kawan² office lain. Mereka juga ambil kisah pasal halal haram tapi bagi aku ada benda yang perlu kita jelaskan kepada dorang ni. Contohnya, kadang-kadang macam dorang ajak pergi lunch. Dorang cakap takpe kedai tu tak serve pork or liquor. Tapi ada sesetengah dorang tak faham kita juga ada cara penyembelihan mengikut Islam. So tak bermakna tak serve pork, makanan yang lain tu halal. Kita kena kaji jugak. Sebaiknya-baiknya menolak dengan cara elok. InsyaAllah bila kita terangkan mereka akan faham.

Ada kes lain pulak bila mereka pulang dari overseas. Banyak la bawak balik buah tangan kan. So, kadang² bawak balik makanan. Mereka selalu akan agihkan la makanan tu untuk bagi semua rasa. Tapi biasalah hati ni kadang² rasa was-was kan halal ke tak. Bila dah was² ni baik kita jangan makan. Betul tak? Bahagian kita tu takpe lah boleh bagi kat kawan² yang lain. Takda masalah.

Islam itu indah kan? Dari sekecil² sampai sebesar² perkara semua dah ada panduan. Terletak atas diri kita nak ikut atau tak. Yela bila bab makanan ni semua kita tau makanan tu akan jadi darah daging kita. So, memang wajib la kita tau sumber makanan kita tu halal ke haram kan? Bila masuk alam pekerjaan buat aku banyak berfikir.Yela, mungkin faktor perubahan environment tu. Dulu masa student lain. Sekarang dah bekerja lain pulak. 

Source: Google
p/s: Sebut pasal makanan, dah lama teringin nak makan ni!! T_T