Halal | miss fluffy


Saturday, 7 December 2013

Halal


Halal. Apa yang aku faham tentang dari segi permakanan. Bagi aku halal sesuatu makanan tu adalah tidak mengandungi bahan² yang haram seperti babi, arak dll. Dan datang dari sumber yang halal. Lain² adalah cara penyembelihan mestilah mengikut cara² penyembelihan Islam macam ayam, lembu dll.

Kenapa aku buat entry pasal ni? Macam sedia maklum aku dah bekerja dan colleague aku kebanyakkannya bukan beragama Islam. So, kadang-kadang dorang akan bawa makanan untuk share dengan kawan² office lain. Mereka juga ambil kisah pasal halal haram tapi bagi aku ada benda yang perlu kita jelaskan kepada dorang ni. Contohnya, kadang-kadang macam dorang ajak pergi lunch. Dorang cakap takpe kedai tu tak serve pork or liquor. Tapi ada sesetengah dorang tak faham kita juga ada cara penyembelihan mengikut Islam. So tak bermakna tak serve pork, makanan yang lain tu halal. Kita kena kaji jugak. Sebaiknya-baiknya menolak dengan cara elok. InsyaAllah bila kita terangkan mereka akan faham.

Ada kes lain pulak bila mereka pulang dari overseas. Banyak la bawak balik buah tangan kan. So, kadang² bawak balik makanan. Mereka selalu akan agihkan la makanan tu untuk bagi semua rasa. Tapi biasalah hati ni kadang² rasa was-was kan halal ke tak. Bila dah was² ni baik kita jangan makan. Betul tak? Bahagian kita tu takpe lah boleh bagi kat kawan² yang lain. Takda masalah.

Islam itu indah kan? Dari sekecil² sampai sebesar² perkara semua dah ada panduan. Terletak atas diri kita nak ikut atau tak. Yela bila bab makanan ni semua kita tau makanan tu akan jadi darah daging kita. So, memang wajib la kita tau sumber makanan kita tu halal ke haram kan? Bila masuk alam pekerjaan buat aku banyak berfikir.Yela, mungkin faktor perubahan environment tu. Dulu masa student lain. Sekarang dah bekerja lain pulak. 

Source: Google
p/s: Sebut pasal makanan, dah lama teringin nak makan ni!! T_T

8 comments:

  1. Dulu masa keja mmg ada kwn yg bkn islam pnh ajak mkn kari yg mak dia masak..tolak dengan sopan santun le..huhu..oooohhh piza..sya pun mau.. :D

    ReplyDelete
  2. betul tu.. kalau kita terangkan elok-elok pasti mereka akan faham kenapa kita tak boleh makan..

    ReplyDelete
  3. Kalau ada yang kerja kat oversea tu, most of the time dah macam vegetarian pun ada. Maklum ajela, nak dapatkan daging yang halal, bukan senang kat negara yang Muslim jadi minoriti ni.

    ReplyDelete
  4. bila dah ragu2, a.k.a shubhah, lagi la tak boleh kan.. :)
    kawan2 non-muslim zie pun, kalo dy nk bg mknn, dorang akan bg coklat... sebab dorg takut kalo kita was2..

    ReplyDelete
  5. btul tu.. hr tu member cina bawak balik chocolate drpd Poland.. tgk ingredient terang2 tulis Pork Gelatin.. so sy tolak cara baik and member tu plak yg emosi sbb rasa bersalah yg amat.. tiap2 hari dok mintak maaf...

    ReplyDelete
  6. ye.btul..lu was2 xperlu makan..
    ala xmkn pon xpe mknan dorng tu..kite nye mkanan lagi sedap dan pstinye halal dimakan..hehe

    ReplyDelete
  7. betul tu... kalau kita was2, baik dijauhkan... itu lah cabaran duduk dalam environment yang lain agama...

    ReplyDelete

Komen buat anda lebih hemsen dan cantik seperti Action Kamen dan Misae. Jadi, sila tinggalkan komen anda.