Seriau~ | miss fluffy


Tuesday, 3 December 2013

Seriau~


Pagi ni free sikit kat office. Tak banyak kerja lagi. Curi-curi masa sikit nak update blog. Kuikui. 
Gatai tangan nak menaip ni sebab tetiba teringat pagi semalam. Time nak pergi office. Ada accident. Alahai aku siap nampak lagi seorang lelaki *tak sure la umur dalam lingkungan berapa tapi rasanya muda lagi. Terbaring tengah jalan. Tengok tak bergerak pun. Taktau la pengsan ke apa tapi remuk teruk motor dia. Taktau berlanggar dengan apa sebab tak nampak pun kereta tersadai jahanam tepi jalan. Mungkin kecuaian dia atau ada masalah lain. Wallahu'alam.

Lepas tengok je accident tu terus insaf takmau bawak laju. Haha *insaf sekejap je-_- Ishh seriau la sangat tengok kemalangan macam tu. Minta dijauhkan la sebarang kecelakaan. Pagi-pagi kan semua rushing nak pergi kerja. Bawak laju tak ingat la. Ya Allah. Minta simpang la dijauhkan. Tak sanggup! Huhu.

So, mohon berhati-hati dijalan raya. Orang kata malang ni tak berbau. Mana-mana pun boleh jadi. Sebelum naik motor ke kereta ke baca la doa apa yang patut. Bismillah banyak-banyak minta Allah lindung. InsyaAllah. 


Kemalangan beskal-_-'
(Sumber: 9gag)

22 comments:

  1. malang tak berbau dik...mohon dijauhkan la yerk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sgt..mintak dijuahkan la...

      Delete
  2. minx dielakkan la dari sume tuhh

    ReplyDelete
  3. nasib baik kene langgar beskal tu... kalau kete... hmm.. menakutkan.. moga2 kita dilindungi oleh Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kena langgar dgn kereta memang tak tau la nak jd apa...huhu

      Delete
  4. kena berhati-hati walau di mana pun berada..

    ReplyDelete
  5. seriau dengan penunggang motosikal yang sukahati bawa motor pancung kat depan kereta dengan niat nak mencilok.. tak tahu apa jadi kalau kereta tak sempat brek..

    ReplyDelete
  6. kadang2 kalau kita dah berhati2 pun,kemalangan sebab kesilapan orang lain..kena doa banyak2 la sebelum memandu.. :')

    ReplyDelete
  7. alamak..sian uncle tuuu..hehehe..nak beriadah pun kena hentam

    ReplyDelete
  8. mintak jauh lah dr musibah.. btw.. follow sini..

    ReplyDelete
  9. jatuh basikal tuh pun dah seriau...

    ReplyDelete
  10. sonoknyerr kene langgar tuuu.,uHUuuu

    ReplyDelete
  11. Even sometimes kita berhati-hati kat atas jalan raya pun tetap ada risiko kan . Nauzubillah . Harap kita bkn salah seorg mangsa kat jalan raya atau kt mana-2 ja lah .

    ReplyDelete
  12. tak sure nak simpati atau nak ketawa eksiden basikal tu huhu.. tp still bahaya kalau ada kereta langgar @_@ MF hati2 eh drive. Bf kite dah sound "sayang kereta, sayang tangan, sayang kaki, sayang badan, sayang mata, sayang hidung, etc.. bawak slow2" -_-

    ReplyDelete
  13. Kesiannya dia..malang mmg x berbau..semoga kita dijauhkan

    ReplyDelete
  14. sungguh malang tak berbau kan... kadang-kadang sebab kecuaian orang lain.. tapi yang lain pun jadi mangsa...

    ReplyDelete
  15. seriau laa jugak baca entry akak...hehe

    ReplyDelete
  16. kadang-kadang kita berhati-hati tapi orang lain.....?

    ReplyDelete

Komen buat anda lebih hemsen dan cantik seperti Action Kamen dan Misae. Jadi, sila tinggalkan komen anda.