Showing posts with label cuaca kering. Show all posts
Showing posts with label cuaca kering. Show all posts

Saturday, 1 March 2014

Agen penyejuk.


Tak payah nak story banyak² sebab kita tau sekarang musim panas. Jadi mari aku perkenalkan agen penyejuk badan yang kerap kali diperlukan oleh aku dan jugak manusia lain atas muka bumi ni. Kehkeh.



Air. 
Paling banyak di gunakan dalam kehidupan sseharian. Tapi banyak jugak di catu pada musim panas kini. Huhu nak buat macam mana. Air semakin berkurangan sebab terjadinya proses peenyejatan yang banyak. 


Ais.
Ini jugak antara agen penyejuk yang penting bagi aku. Memang tak elok sangat nak minum minuman berais tapi aku tak tahan tengok lelehan 'peluh' di luar cawan bila taruk ais dalam air. Segar je rasa bila minum.
Antara agen penyejuk yang paling laku di kedai masa kini. Berebut-rebut nak beli.


Kipas.
Barang elektrik ini jugak penting bila melepak di bilik, di ruang tamu, dapur dan merata ceruk rumah. Berguna sangat sebab ia mengeluarkan angin secara perlahan, sederhana dan laju. Selalu putaran laju la jadi pilihan. Hehe.

Itu saja agen penyejuk yang femes saat ini. Apa lagi agen penyejuk yang hampa guna?

Monday, 17 February 2014

Bomba Busy~


Lately banyak sangat aku nampak kereta bomba lalu. Kadang² tu sampai 2-3 kali lalu sehari. Sebabnya banyak kebarakan berlaku. Yela, musim panas rumput² semua kering la. Cepat terbakar even kita baling putung rokok dalam semak. Bahaya sangat. So kena beringatlah. Api ni kecil² memang jadi kawan tapi bila dah besar jadi lawan.

Kalau tengok berita kat TV pun mesti ada cerita pasal kes kebarakan. Tragis tau dak bila hal² berkaitan kebakaran berlaku. Kesian kat mangsa. Hilang tempat berteduh. Hilang harta benda. Hilang orang tersayang. Sedih...

Kena pantau anak² kecil kalau depa main dengan main. Tambah² keadaan kering macam sekarang. Lagi 1 kena jadi bertanggungjawab. Jangan lepas merokok buang putung rokok kat tempat yang mudah terbakar. Kalau nak buang jugak sila padamkan api dulu. Beringat² sebelum kena. Ok?!!:face69:

So bulan ni tengok anggota bomba busy sebab banyak kes. Chaiyok²:face42:
Kalau takdak depa taklah macam mana. 





"Rumah terbakar panggil bomba.
Bomba datang berlumba-lumba."

p/s: Tetiba lagu ni terlintas dalam kepala ni. Aishh.