Penghargaan | miss fluffy
Penghargaan
Kecewa, marah, geram.
Kita buat sesuatu.
Buat sehabis baik.
Paling kita rasakan "perfect".
Terkadang masih belum cukup sempurna dimata mereka.
Ada sahaja yang tak kena.
Ada sahaja nak mengata.
Sedarkah mereka bila berkata?
Fikirkah mereka sebelum bicara?
Aku tak minta untuk dilambung tinggi.
Malah tak minta dijulang hebat sekali.
Aku cuma minta kau hargai.
Bukan banyak. Sedikit sahaja.
Penat belum habis.
Peluh masih menitis.
Tapi bicara kau lansung tak manis.
Hargai apa yang seseorang buat untuk kau.
Dia tak minta apa-apa.
Cuma secebis "appreciation" sahaja.
kenapa ni? sabor ye.. ceria2 selalu :)
ReplyDeletesokong sgt! biasalah manusia kan. cx pon sdg menghadapi perkara yg sama. susahlah nk ckp kan? ssh nk puaskan hati semua pihak. hurm.
ReplyDelete