Resepi: Agar-agar Oreo | miss fluffy


Thursday, 3 July 2014

Resepi: Agar-agar Oreo


Cerita basi sebenarnya. Haha tapi gigih nak up entry jugak. Sehari sebelum 1 Ramadhan, aku gigih cari bahan nak buat agar-agar oreo! Konon nak melampiaskan nafsu makan la. Takut mengidam di siang hari -_-

First time try buat. Google bagai, bahan dah cari, cara penyediaan pun dah khatam. So aku jadikan 1 blog ni sebagai sumber rujukan. Malangnya aku tak ingat blog mana satu. Tskk! Minta maaf la. Tapi trimas banyak-banyak kasi resepi ni. Sedap sangat!

Mari aku kongsikan dengan korang bahan-bahannya.
1. Agar-agar
2. Air secukupnya
3. Gula secawan
3. Oreo
4. Milo
5. Susu cair

Cara penyediaan:
1. Masak agar-agar bersama air tadi. Macam aku sukat ikut suka hati je sebab aku guna agar-agar tali. Bergantung pada banyak mana agar-agar korang guna. Kalau guna agar-agar paket ikut je arahan di belakang paket tu.

2. Dah cair agar-agar tu korang tambah gula. Kacau sampai gula tu larut. Suka manis? Tambah lagi gula ikut kesesuaian. Tapi bagi aku secawan dah cukup. Sebab nanti oreo tu pun manis.

3. Then masukkan susu cair. Aku pakai 1 tin terus. Baru sedap. Hehe. Kacau.

4. Lepaskan korang ambil 2-3 cawan agar-agar dicampur susu tadi masukkan dalam periuk berasingan. Letakkan di atas api yang perlahan. Campurkan 1 cawan milo. *Kena tengok-tengok & kacau. Takut agar-agar milo ni jadi keras dalam periuk.

5. Sambil tu sediakan bekas dan ambil secawan agar-agar milo tadi dan masukkan dalam bekas untuk lapisan pertama. Biar beku seketika. *Agak-agak la jangan beku sangat takut lapisan ke-2 tak melekat dengan lapisan 1.

6. Dah beku lapisan pertama? Ok tuang lapisan kedua iaitu agar-agar susu tadi. Tuang sampai habis. Time ni masukkan oreo dalam agar-agar susu tadi. Ikut suka la korang nak masukkan seketul-seketul oreo tu atau nak pecahkan dua. Dah puas hati campak oreo tadi, tunggu sampai beku. *Sambil tu jangan lupa agar-agar milo yang berbaki tadi ye!

7. Dah beku lapisan ke-2 boleh la korang masukkan agar-agar milo tadi sebagai lapisan penamat! Yeahh nak siap dah tu. Tunggu je lapisan last tu keras. Nak best lagi masukkan dalam peti ais. Lagi layan nak makan!

Sedap. Hehe puji air tangan sendiri. Haha sesuai sangat la bulan Ramadhan ni. Buat sebagai dessert! Wah!! Nak buat pun senang je cuma lecehnya kena tunggu agar-agar tu beku. Hehe.

Sorry gambar tak banyak. Tak sempat nak ambil! :132:

10 comments:

  1. SENANG TAK NAK POTONG AGAR2 TU NANTI??takut pecah2 la

    ReplyDelete
  2. amboi miss fluffy.. terliuq cx dibuatnya. tak baik tau, cx tgh puasa ni bersungguh-sungguh lagi tau XD

    ReplyDelete
  3. sdapnya...blh cuba nie..:)

    ReplyDelete
  4. yummy.wajib kena buat

    ReplyDelete
  5. salam. sedap pulak sy tengok ..terliur hahhaha ops puasa!

    nanti nak try..thanks share ya!

    ReplyDelete
  6. Memang nampak sedap MF...nanti sat nak try buat jugak la.. =D

    ReplyDelete
  7. boleh cuba nie.. buat menu cuci mulut tuk bukak pose..

    ReplyDelete
  8. macam nak try je nanti.. nak lebihkan biskut tu :)

    ReplyDelete

Komen dari anda sangat berharga. Terima kasih atas kesudian anda memberikan respon dan pandangan❤️