Happy weekend. Syiok noh cuti. Hari ini cuti lagi. Replacement sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah. Hehe lagi syiok boleh online gitu. Jadi dikesempatan yang ada ni kita blogwalking sampai lebam ok.
Hari ni ni up entry pasal 1 tempat kat Pekan Semeling, Kedah. Tapi sebelum itu aku ada cerita pasal ini dekat entry sini. Kalau nak tau pekan Semeling ni kecik je. Tapi tetiba saja rata-rata orang duk sebut pekan ni. Apa yang bestnya?
Rupanya ada street art dekat bangunan sekitar Pekan Semeling ni. Aku taktau lah siapa yang lukis tapi aku nak cakap mereka memang awesome! Kalau sebelum ni nak pergi street art yang terdekat dengan tempat aku adalah Penang. But now, dekat je. Bawak family makan angin santai petang-petang pun boleh. Kalau sebelum ni orang ramai sekadar lalu je tapi sekarang mungkin kita akan singgah untuk melihat lukisan ini.
Walaupun kawasan lukisan ini tak sebesar dan seluas Armenian Street, Penang tapi itu sudah cukup menghiburkan siapa-siapa saja yang melalui kawasan ini. Teruja kau tahu? Hehehe:D
Jadi dengan berbaju ala kimono baru lepas balik makan kenduri kami selamba ja bersuka ria selfie wefie di sini.
|
Tempat ni kira macam landmark la menunjukkan kita dah dalam kawasan Pekan Semeling. |
Korang boleh la park kereta korang di tepi-tepi jalan. Then jalan kaki je sebab lukisan-lukisan dinding jalanan di berada di lorong belakang deretan kedai.
|
Otomen pun hado..... |
|
Ingatkan aku je yang excited, tunang itew pun excited jugak. Hiksss;p |
|
Sebahagian dari lukisan yang terdapat di sini. Maaf, over selfie puloks. HAHA |
Ok lah, tu sebahagian dari lukisan yang aku tunjuk. Ada banyak lagi sebenarnya tapi cukup-cukup sudah. Cukup sampai di sini sajor. Huhu.
Lepas dah letih jalan, korang boleh la singgah makan-makan ke minum-minum ke. Banyak gerai di buka kat sini. Tengok nasi lemak la satay la macam-macam la. Ala, makanan ringan-ringan. Boleh layan...~~
OK, till meet again. HAHA.
cantinyaa art tu. seronok ah jalan jalan dengan tunang :P
ReplyDeletecomel-comel gambar...hehe.paling suka yang dengan doraemon tu. ;) pekan semeling ni kat daerah mana?anyway, selamat bercuti untuk oghang Kedah na..
ReplyDeletebestkan lukisan dinding nie..banyak inspirasi
ReplyDeleteeh comel lak yang runningman tu, memang best layan street art nie kan. kat tempat sy susah nak jumpa lak. :D
ReplyDeletecantik cantik lukisan kan..bertambah seronok nak bergambar dan berposing gitu
ReplyDeleteeh, semeling pun ada street art..? baru tau nih...
ReplyDeletedulu selalu pi masa otw nk pi rumah sedara kat merbok.. skrg dah jarang...
kalau jalan kat shah alam, belakang jakel pun ada street art.. cantik :D
ReplyDeletemcm kat Penang kan..
ReplyDeletemenariklah... nanti kalau balik kampung, nak singgah gak lah..
ReplyDelete