Sunday 21 July 2013

Semak perut~

Assalamualaikum.

Minggu ni buka blog pun kalut² je. Rasa macam banyak hal kena buat. Haha sibuk mengalahkan Menteri Pasola. Tambah² pulak dalam minggu ni dapat 2 interview kerja. *Alhamdulillah Tapi ku rasa sungguh gementar mengenangkan apa yang nak berlaku dalam interview tu nanti. Actually aku takdak lansung pengalaman masuk interview kerja. Ada pun sekali la. Masa lepas SPM dulu, interview nak masuk kolej apa ntah aku dah tak ingat. Lepas tu dah takdak interview² lagi dalam hidupku sampai lah saat ini. Baru la dapat rezeki nak masuk interview. *Banyak sungguh perkataan interview dalam entry ni-_-

So, agak serabut kusut la sikit kepala. Macam² dok fikir. Kahkah. Nampak sangat over nervous tau! Konon rasa macam butterfly in my stomach la. Hukhuk:P Apa pun doa²kan aku berjaya dan dipermudahkan urusan ini olehNya. Mana nak tau berkat bulan Ramadhan, InsyaAllah.

Lagi 1!! Korang share la sikit tips kat aku bagi yang dah ada pengalaman interview. Mana nak tau aku boleh pakai tip² korang. Hehe:)


p/s: Teringat sorang kawan dulu pernah cakap, kalau semak perut telan penyapu. Erkkk apa dia ingat macam semak dalam rumah ka ambik penyapu sapu. Huhu.

Thursday 18 July 2013

Demam minions~

Assalamualaikum.
















Comel tak? Haha siapa layan Despicable Me tau la menatang kuning ni. Tak layan pun tau lah sebab menatang ni tengah famous. Hehe comel sangat aku tengok. Dalam facebook pun ada sticker minions ni. Wakaka ku teruja.

Nak minions?







Too cute!!Arghhh!! Huhu over kan?:P

Saturday 13 July 2013

Sahur~

Assalamualaikum.

Tahun ni aku kira bertuah la dapat berpuasa dengan family. 6 tahun lepas aku hanya mampu berpuasa di perantauan. *Jauh dari kampung~ Sadis kan? Huhu tapi apa boleh buat, demi menjalankan tugas sebagai pelajar aku harus lah tempuhi semua ni. *Ayat cliche~

So, banyak la kenangan manis pahit bila berpuasa jauh dari family ni. Berpuasa dengan kawan² serumah merangkap kawan sekelas. Best juga. Awal² puasa rajin je masak. Masuk minggu ke-2 semua makanan main tunjuk dan bayar. Kahkah memang la semua jadi malas nak masak. *Semangat hangat² tahi ayam je-_-

Time sahur, puas jam loceng bunyi baru la sedar diri nak bangun bersahur. Kalau nak bangun sahur pukul 5 pagi, aku rasa pukul 4 pagi dah kena set alarm. Take time wooo nak bangun! Haha nampak kemalasan di situ kan?:P Ada sekali bila semangat nak bangun bersahur tapi bila dah bangun tengok jam mak aih!! Waktu sahur dah habis. Memang frust la masa tuh. Tapi sekarang bila dah dekat dengan family senang je. Ada mak tolong kejutkan anak dia yang susah bangun tidur ni. Wahaha>,< Rasa rindu pulak zaman study. Banyak kenangan best²!!



Oh ya! Aku baru buat Instagram *ketinggalan Marilah follow~ 

Instagram *klik je icon:)

Tuesday 9 July 2013

Ramadhan

Assalamualaikum.

Sedar tak sedar kita dah masuk bulan Ramadhan. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menyambut bulan yang dinanti² ini. Sama²lah kita berlumba² mengejar pahala yang berlipat ganda pada bulan ini. Jangan pula kita lupakan pada yang kurang berkemampuan.

Sedih kan? :(

Apa pun aku nak ucapkan Salam Ramadhan buat semua kawan². Maaf jika ada terkasar bahasa tersalah bicara atau terasa hati. Aku sememangnya manusia yang tak lari dari membuat kesilapan.


Friday 5 July 2013

Kebenaran atau kepura-puraan?

Assalamualaikum.

Manusia. Ada macam jenis perangai. 
Banyak ragam. Baik, jahat, buruk, teruk, mulia. Macam².
Memang lumrah manusia Allah ciptakan berbagai sifat.

Ada manusia memang baik. Ikhlas.
Tapi ada manusia yang bermuka².
Luarnya nampak baik. Dalamnya? Hanya dia dan Allah yang tahu.
Aku memang tak layak nak menilai tapi aku tak bodoh untuk mengetahui sesuatu perkara.
Melihat kejatuhan manusia lain bagaikan kemenangan baginya.
Bermuka² dengan manusia yang punya darjat. Punya harta.
Manusia yang tak punya apa²? Dipandangnya sebelah mata pun tidak.

Hati² dengan setiap gerak geri.
Kadang² melihatkan kesusahan kita, "mereka" ini gembira tak terkata.
Bukan nak menuduh, tapi itu realiti yang berlaku.

Ingat. Allah benci dengan manusia munafik.
Aku memang tak sempurna, tapi aku tak hipokrit.
Dan aku cuba jadi sempurna.
Jadi, kau memang tak punya hak nak menilai ketidaksempurnaan aku.

Thursday 4 July 2013

Mencari pembantu rumah?

Assalamualaikum.

Hampa ada masalah mencari pembantu rumah? Jangan risau aku boleh tolong hampa. 
Dengan menawarkan pembantu rumah yang serba boleh, comel dan perkhidmatan mengagumkan, pasti hampa tak sabar² nak mengupah pembantu rumah kami.

Telefon saja nombor berikut: 012-3456789

Contoh pembantu rumah syarikat kami~


p/s: Jangan marah haaa~ Haha

Tuesday 2 July 2013

Kisah Wordless Wednesday

Assalamualaikum.



Nasib baik tergerak hati nak tengok talipon........................





Warghhhhhh!! Baru aku sedar hari ini baru hari Selasa. Esok baru Rabu. Confident lebih je aku kan. Excited awal sehari dari orang lain. Ehemm nasib baik aku tak pergi Pekan Rabu. *Pekan Rabu adalah pasar pagi yang dibuka setiap hari Rabu. Bukan Pekan Rabu yang dekat Alor Setar tu. Harap maklum. Huhu~