Friday 26 April 2013

Salam Jumaat^^

Assalamualaikum. 

Dapat lagi bernafas di muka bumi ni. Alhamdulillah:)
Salam Jumaat semua! Moga dapat hari yang lebih baik dari sebelumnya. InsyaAllah.


Thursday 25 April 2013

Saja nak show off ヽ(^o^)ノ

Assalamualaikum.

Takde apa. Saja gatai garu-garu nak tunjuk ni~



Monday couple!!(Ɔ ˘⌣˘)♥(˘⌣˘ C)

Haha sebenarnya excited minggu lepas T-shirt Running Man yang aku order dah sampai. Ohsemm dunia~ Kbai. ( ˘˘з)♬♪

Tuesday 23 April 2013

Forgive:)

Assalamualaikum.

Source: Tumblr


Teringat ustazah tempat aku mengaji suka cakap ayat ni.

  "Maafkanlah semua orang dan mohon keampunan sebelum tidur.
 Tip untuk dapatkan hati yang lebih tenang"

Good nite!;)

Semuanya bukan milik kita~

Assalamualaikum.

Sedikit kata,

Bukan semua perkara yang kita berkehendak atau inginkan seharusnya kita miliki. Kerana perancangan Allah itu lebih sempurna. Dan sentiasa ingat semua yang kita miliki bukan hak mutlak kita. Ia hanya pinjaman. Pinjaman dari Pencipta. 

Tetiba rasa nak marah dan geram bila someone paksa kita untuk benda yang kita tak suka hanya semata-mata nak memenuhi kehendak dia. Sorry, I'm not your puppet. If you think you must fulfill all of your desire, just do by your own efforts. TQ.

Sunday 21 April 2013

Not GA Blue But Giveaway

Assalamualaikum.

Join GA by Encik Mohd Ridzwan. Cewah~ Nampak menarik je tu yang try. Jom la join ramai-ramai. KAsik meriah.

Syarat-syarat yang mudah, boleh tengok sini. Klik tau!!>,<


Amacam?:P

#2 Lagu & Doodle: Bella's Lullaby

Assalamualaikum.

Aku minat gilerr dengan cerita Twilight. Sangat minat okey. Hehe saper suka cerita ni? Angkat kaki!! Dari movie Twilight, New Moon, Eclipse sampai la Breaking Dawn part 1 & 2 memang aku layan~ Huishh cair tengok Robert Pattinson yang kacak tu. Muahaha pastu berangan-.-

Saper ingat dua picture ni dalam cerita yang mana?? Hehe~


So, ada background music aku tak ingat tapi aku rasa dalam Breaking Dawan part 2 kot music ni. Sedap dengar~ Boleh terlena. Serious cuba korang dengar. Merdu. Hehe ada bunyi piano sikit. Kira best la. One of my favorite music:) Doodle yang tak doodle sangat aku lukis untuk cerita favorite aku~


Bella's Lullaby

Thursday 18 April 2013

Baru ku tahu TT_TT

Assalamualaikum.

Sekarang aku dalam keadaan blur, stress, lost, bengong, pening. Alahai, macam-macam la. Haha kesian kan?-.-

Sebelum ni ada baca entry dari bloggers yang kata susah la, tak reti guna la template baru untuk edit blog. Gila berubah. Kena kat aku plak. Dah la aku ni buta bab nak mengedit ni sebelum ni hanya berpandukan tutorial dari bloggers jugak. Tapi bila dah berubah macam ni terus blurrr~ Taktau nak ubah celah mana lagi. Errr~


Kena la belajar nak guna yang baru ni. Wuhuuu~ TT__TT

Monday 15 April 2013

Nak tunjuk apa?

Ingat. Hidup ini macam putaran roda.
Kalau hari ni kau bermegah kat atas, ntah esok lusa kau tersungkur di bawah.

Buli. Lagak ngeri?
Kau nak tunjuk apa? Hebat pada siapa?
Kau tahu ada yang lebih hebat dari kau?
Hamparkan sejadah, sujud dan kau tahu jawapannya.

Nak tunjuk apa?
Cekap berlawan, hebat bersilat.
Nak jadi Hero Malaya. Biar kena caranya.
Jangan jadikan alasan bodoh sebagai tiket kau nak hentak orang.

Umur kau masih muda. 
Jangan jadikan ia sia-sia.
Masa tak mengundur.
Jangan jadikan dirimu terkubur.

Pesanan buat saudara saudari yang alpa. 
Perjalanan kau masih panjang. 
Jangan biar emosi dan nafsu jadi raja.
Kerana Pencipta berikan kau akal yang sempurna.

*Bajet sajak puisi-.-
Mime MF~  
meoww;3

Sebab banyak sangat makhluk Allah post video pasal buli, buli, buli kat Facebook. Plus, banyak kes yang tak sedap didengar lately. Dunia penuh pancaroba~ Ngee:P 

*Entry takde doodle

Sunday 14 April 2013

#1 Lagu & Doodle: Terukir di Bintang~

Assalamualaikum.

Lagu & doodle? Hehe sebenarnya idea ni datang masa tengah syok lukis doddle sambil dengar lagu. Why not aku hasilkan doodle yang ada kaitan sikit dengan lagu favorite aku kan? Faham? Err macam mana nak explain ntah. Huhu Kiranya apa saja lagu favorite aku yang aku selalu dengar aku akan hasilkan 1 doodle untuk lagu tersebut. Haha mungkin idea lagu & doodle ni dah lama tapi nak buat macam mana. Baru terlintas dalam kepala hotak ni. Hehe~


Lagu & Doodle untuk first time ni adalah Terukir di Bintang by Yuna! My favorite singer^^



Terukir di bintang - Yuna

Wednesday 10 April 2013

fast is cepat segmen 1.0 by dysha sahhir

Assalamualaikum.



" fast is cepat segmen 1.0"
berlansung selama dua hari 
9-11 april 2013
jam 12 am 

teaser untuk mini GA dysha nanti.

syarat-syarat

  • tepek banner  ini entry anda dan backlink ke entry ini.
  • tajuk entry "fast is cepat segmen 1.0"
  • follow blog dysha
  • letak link blog dysha dalam bloglist anda [supaya anda alert dengan pengumuman dan tak ada yang kecewa lambat tuntut hadiah)
  • like FB page 
  • klik sini sini dan sini  

hadiah dan pemilihan pemenang.
  • cash Rm10 = 1 pemenang [ top referrel ]
  • 1 notebook ecogreen = 1 pemenang [random ]
  • 2 button badge =2 pemenang [random ]
  • 5 sticker = 5 pemenang [random ]
  • 2 bamboo bookmark = 2 pemenang  [random]

total 11 pemenang

#21 Wordless Wednesday

Assalamualaikum.



Source: Facebook

Mother~

Sunday 7 April 2013

Don't be selfish~

Assalamualaikum.

Happy weekend!! Tapi esok dah Monday Blues~ Muahaha 

Straight to the point lah. Tadi keluar cari barang sikit. So gunalah pengangkutan awan. Naik bus~ Haha Apa kena mengena selfish dengan guna pengangkutan awam? Okey mai sini aku nak terangkan rakyat Malaysia sekalian. 

Aku bukan nak mengata cuma nak nasihat je. Tolong ingatkan sikit-sikit. Kita ni naik public transportation kan? Jadi semua kena share bersama-sama. Jangan buat macam harta sendirian berhad. Kalau hang nak buat harta sendiri sila apply loan beli bus sendiri. 

Bila naik public transportation ni jangan conquer tempat duduk dengan letak barang-barang peribadi kita. Oh hang shopping sakan pastu naik bus hang main letak je semua barang hang kat tempat duduk sebelah. Letak helmet la, beg la, kaki la *maaf kaki tu over plak~ Bagi lah tempat tu orang lain duduk dari letak barang hang tuh. Aku tak kesah kalau tak dapat duduk, tapi kalau ada nenek kat sebelah hang tapi hang buat taktau ja memang aku rasa macam nak sekeh. Grrr~

Lagi satu, prihatin la. Ada warga emas ke, pregnant women ke, OKU ke bagilah dorang duduk. Kita yang sempurna ni mampu lagi kot nak berdiri. Bukannya luruh isi kulit ni kalau berdiri pun kan? Hehe.

Ada lagi!! Dalam public transportation jangan gatai nak merokok! Pantang betul aku orang merokok dalam aircond ni. Darah naik cepat je. Kalau bau ketiak, bau mulut aku boleh tahan lagi lepas balik kerja or balik shopping tapi bau asap rokok tu aku tak boleh tahan. Kalau dah kemaruk sangat nak smoking sila telan sekali dengan asap. *Nasihat ini untuk yang suka smoking dalam public transportation je tau, yang merokok selain tempat yang dinyatakan aku takmau amik tau. Muahah~

Pesanan ikhlas dari seorang rakyat Malaysia~


Aku bercakap ni bukan main hentam je. Ni jadi depan mata aku tadi. Baru TADI okey! Tu yang aku cakap, jangan selfish!! Benda kalau dah namanya awam memang kena guna bersama-sama. Jangan nak ikut sedap rasa kita je. Sharing is caring. Takmau sharing p pindah duk dalam gua. Sekian, k.bai~

#Lagi satu bukan apa tapi tadi ramai sangat foreigner sampai aku rasakan yang aku pulak duduk kat negara diorang. Serious, rasa macam aku plak foreigner-_-

Wednesday 3 April 2013

Mak~

Assalamualaikum.

Actually kan hari ni adalah hari lahir mak kesayangan aku. Dan mak aku jugak berkongsi tarikh lahir yang sama dengan mak best friend *she like my own mother aku serta kakak angkat aku sejak sekolah lagi. Ha, 3 orang sekali~ Mereka adalah orang yang banyak beri sokongan pada aku especially my mother la kan.

So, aku doakan semoga Allah panjangkan umur mereka, diberikan rezeki, dirahmati dan berada dalam lindungan Allah dari segala kesakitan, bencana atau kesusahan lain. Amin. 


Love them much!! <3



#20 Wordless Wednesday

Assalamualaikum.


Be happy, stay happy, always happy :))

Tuesday 2 April 2013

Lip Tint Obus~ *Promote lagikkk

Assalamualaikum.

Ha kali ni perempuan ni datang promote lagi. Jangan marah haaaa~ Hehe. Kali ni nak promote Lip Tint Obus.  Kalau saper minat citer Korea kan tengok bibir artis dorang comel je. Merah tak merah je kan? Ha kalau nak dapatkan bibir cute macam tuh boleh lah try apply Lip Tint Obus ni kat bibir comel korang tuh! Dengan 12 pilihan warna yang semestinya awesome!! Patut cuba. Lagi satu even kita lepas makan pun color Lip Tint ni masih lagi kekal kat bibir kita tau! Best dak? Jangan la tunggu lagi! Mari la tengok-tengok kat page FB aku.

Meh like reramai disamping tu boleh la usha-usha product yang aku jual. Tengok pun takpe. Muehehe~

FB page: Pretty House

Nak tengok Lip Tint Obus? Boleh tengok sini !!!


#Thanks sebab tolong support business kecilan aku ni. Tskk:')

Monday 1 April 2013

Perempuan ini datang promote~

Assalamualaikum.

Baca tajuk bebaik. Perempuan mana? Cinderella? Snow White? Repunzel? Haha semua tak. Perempuan tuh adalah aku. =.= Kbai. Hoi!! Jangan pergi lagi. Aku gurau. Haha~

Ni sebenarnya aku ada la buat business kecil-kecilan. Business produk kecantikan je. Hihuu~ Baru nak start. So kena la advertise kencang punya. Jadi marilah reramai menghulurkan "LIKE" hampa pada page aku ni. Tskk~ *Pasai pa sedih plak ni?



Jom ah like. Kalau ada yang berkenan PM kat Facebook. 

Juga boleh email:

Dalam minggu ni, special price offers!! Tengok tau nanti
Buat masa sekarang yang terlaris adalah Shiseidoo Mask & Lip Tint Obus. Terlaris kat page aku jela. Ngeee~ Takpe2 aku cuba!!
 Tengok tau! Kalau nak order lagi bagus! Heee Happy Shopping~

Shideidoo Mask adalah produk baik untuk menanggalkan blackhead & white head di muka anda! >,<
Kalau nak lebih penerangan boleh PM atau email aku. Thanks:))

Segmen: Bloglist 2013 Belog Cik Kumbang


Ini adalah segmen pertama dari Belog Cik Kumbang.Tujuan Cik Kumbang buat segmen ini adalah untuk memudahkan Cik Kumbang blogwalking & terjah update terkini blog korang yang join segmen nie.Segmen nie inspired by Mia Liana & Cik Farah,sebab Cik Kumbang menggunakan konsep copy&paste coding HTML sahaja untuk join.Mudah kan?

KENAPA KORANG PERLU JOIN?

SEMUA blogger yang join segmen nie akan dimasukkan ke dalam Blog Khas,Bloglist Cik Kumbang di [SINI] untuk sepanjang tahun 2013 ini.Best kan :) Dan yang paling best, Cik Kumbang akan pilih sekurang-kurangnya 10 blog untuk direview di facebook page Belog Cik Kumbang dan 5 blog untuk direview di Belog Cik Kumbang dengan menggunakan random.org !!! Menarik tak? JOM JOIN !!!

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1.Follow Belog Cik Kumbang untuk mengetahui update terkini segmen ini.Klik
2.LIKE Fanpage Belog Cik Kumbang.Klik
3.Buat satu entry dengan tajuk Segmen: Bloglist 2013 Belog Cik Kumbang.
4.Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish. Untuk copy sila klik di bahagian coding, kemudian tekan Ctrl+C serentak untuk copy dan akhir sekali paste kan ke ruangan HTML korang.
5. Make sure korang tinggalkan link entri korang tu kat ruangan komen NIE & nyatakan kategori blog korang untuk memudahkan Cik Kumbang letak di Bloglist Cik Kumbang nanti.

TARIKH TAMAT: 20 April 2013.

1 April~

Assalamualaikum.

Hari ini dah masuk bulan baru. April. Ha 1 April kan hari ni? Mungkin most of us dah tau kan ramai yang akan terkena hari ni. April Fool la konon kan? Heee~

Dan mungkin ramai yang tau sejarah April Fool ni dimana orang Islam yang jadi mangsa. Kalau tak tau sila lah Google. Sejarah yang menyayat hati bagi orang Islam. Sepatutnya tak perlu la nak fool bagai. Haha~ Takde faedah pun, buat orang menyampah je. Islam pun tak ajar untuk kita kenakan orang kan? So, tak payah la nak plan idea nak kenakan  orang sampai pecah kepala. Silap hari bulan kena makan penumbuk je. Kan? Yang suami isteri pulak konon la sweet gurau-gurau main cakap je nak cerai talak 3. Ha kan tak giler namanya bila talak betul-betul jatuh. Konon nak gurau tak pasal-pasal meraung kan? Oh mintak simpang~

Sebab tu lah kena fikir buruk baik sesuatu. Jangan main buat jangan main cakap tanpa fikir dulu. Huhu ni peringatan untuk aku dan kita semua. Tau! Buruk dari aku la baik dari Allah. Huhu terasa ilmiah pulak entry aku ni. :D