Sunday 27 July 2014

Salam Aidilfitri 2014!

Ramadhan pergi
Berganti Syawal
Buka lembaran baru
Salah silap harap di maafkan
Jangan simpan dendam di hati
Bulan meraikan kemenangan
Se-purnama melawan nafsu

Salam Aidilfitri
Buat kalian yang sudi singgah di sini
Ucapan di sini pengganti diri
Selamat Hari Raya Aidilfitri



Mesti dengar!

Friday 25 July 2014

Kad raya :)



Zaman sekarang kalau dapat kad raya rasa lain macam. Seronok je. Yelah sebab zaman teknologi canggih macam sekarang ni nak wish apa-apa pakai SMS, whatsapp, wechat je. Kan? Hehe.

So gambar tu actually bos kat ofis ni yang kasi. Haha. Excited kekokon dapat kad raya. Dah lama takda orang hantar kad raya. Aku dulu antara budak yang paling rajin hantar kad raya kat kawan-kawan. Padahal duduk 1 daerah je. Tapi gigih gak hantar.

Paling excited hantar raya kat Sultan Kedah. Yakni Agong kita sekarang la. Hantar kat Istana Anak Bukit kalau tak salah. Dapat balasan uolls. Cantik-cantik kad raya dari istana. Yang semestinya berwarna kuning la. Sekarang taktau la mana aku letak. Simpan sebagai kenangan la tapi sampai hilang. Tak ingat letak mana.

p/s: Tengok ramai blogger dapat kad raya lawa-lawa. Mantap!!
posted from Bloggeroid

Thursday 24 July 2014

Lagu raya~


Minggu ni rasa lemau je nak masuk kerja. Haha dah kenapa kan? Sebab dah fe-feeling macam nak raya. Cuti seminggu! Wohoo! Haha. Pergi balik kerja kat radio pun dah dengar lagu-lagu raya tengah main. Haishh rasa berbunga je hati. Senyum sensorang je dalam kereta.

Dari Isnin lagi asyik counting days je. Dan akhirnya Jumaat akan tiba jugak. Memang rasa malas je nak buat keja bagai tapi bila company aku pasang lagu raya rasa semangat la pulak! Pehh semangat mari la!! Best sikit layan lagu raya sambil buat kerja kan. Takdalah aku nak baloq tak tentu hala. *Baloq maksudnya malas dalam loghat Kedah.

Rasa macam berkobar-kobar pulak nak beraya. Hehe tak lama dah. Hari menyambut kemenangan melawan nafsu. Tinggal beberapa hari je lagi kita nak berpuasa. Umur masih panjang harapnya berjumpa lagi Ramadhan tahun hadapan.

Banyak-banyak lagu raya yang paling best aku suka layan lagu dari Dayang Ku Intan. Tajuknya Senandung Hari Raya Untukmu. 





p/s: Apa lagu raya favorite korang?

CPUV 2014: #7


Ramai dah yang dapat CPUV baru. Rakuten! Sedap plak nama bila sebut banyak kali. Rakuten, rakuten, rakuten. Haha. Alhamdulillah. CPUV bergolek lagi. Murah rezeki. Nak bagi duit raya kot. Sankyuu Nuffnang!! 


Beb! Nak tau Rakuten tu apa? Tengok sini ye (LINK)
 
Jadi siapa yang sengaja masuk blog aku, kalau nampak iklan Rakuten berlegar-legar ajak sedara mara click sekali ok? Haha ini paksaan. Ngeee~ ;p

Ikhlas


Ikhlas.
Sebutannya senang.
Tapi nak mengikhlaskan itu susah.
Hati mahu memberi.
Tapi............
Mulut mengungkit-ungkit.
Tangan menarik-narik.

Allah...
Tetapkanlah hati aku.
Aku buat keranaMu.
Ikhlaskan hatiku.
Tetapkan hatiku.
Kau terimalah ibadah aku.

^^
source: we heart it

Wednesday 23 July 2014

Istimewa Ramadhan #3: Bubur Lambuk


Hari-hari terakhir di bulan Ramadhan. Macam mana? Ok ke korang? Hehe hopefully kita dah buat yang terbaik untuk Ramadhan tahun ini.

Ok istimewa Ramadhan untuk entry kali ni adalah bubur lambuk! Yeayyy..... !! Sebelum ni cerita pasal Kurma & Bazar Ramadhan. Aku memang suka sangat bubur lambuk. Tambah-tambah kalau ada banyak daging. Pehhh sedap. Jarang tau nak dapat bubur lambuk kalau bukan dalam bulan Ramadhan. Takda surau atau masjid yang sediakan bubur lambuk free untuk diagihkan dalam bulan  lain. Bulan Ramadhan semestinya sangat istimewa bagi aku. 

Bubur lambuk yang femes amous selalu orang duk cerita adalah bubur lambuk kampung baru. Sedap ke? Tak pernah try lagi. Hehe. Kat TV aku tengok kat Terengganu kot bubur lambuk taruk budu. Haihhh macam sedap je. 

Ni bubur lambuk yang masjid dekat kawasan rumah aku. Boleh tahan sedap gak! >.<

#65 Wordless Wednesday


Elsa and Anna / frozen - cartoon
Source: We Heart It

Hey, do you want to build a snowman??:face2:

p/s: Tadi dengar kat radio ERA, ada orang tukar nama kuih makmur sebagai biskut Olaf! Haha comelnyeee >,<

Tuesday 22 July 2014

Iftar bersama Blogger Utara di Park Avenue Hotel, Sungai Petani


Sabtu yang lepas bersamaan 19 July 2014, atas jemputan blogger kak Farah Wahyda untuk beriftar bersama di Park Avenue Hotel, Sungai Petani Kedah. Thanks kak Farah! Hehe. First time dapat jemputan macam ni so aku pun decided untuk join. Ada jugak blogger lain yang join beriftar bersama ni. Nanti aku tunjuk siapa ye. Hehe aku pun first time kenal. Baru jumpa face to face. So macam blur sikit ah. Kehkeh;p

Sampai je Park Avenue Hotel macam perghhh! Ada event apa-apa ke yang ramai sangat orang ni? Haha cuak gak sebab aku pakai selekeh je. Tapi rupa-rupanya ini adalah "permandangan" biasa ye. Ramai jugak yang datang berbuka puasa di hotel ni. Aku je yang "terjakun" sikit. Haha-_- Memang ramai sangat. Yang aku nampak la geng bikers ada, malay, chinese, indian semua ada. Memang 1 Malaysia sangat uolls. So dalam hati terdetik, sedap ke makanan kalau dah ramai cenggini ha?

Ok, kalau nak tahu masa bulan puasa ni Park Avenue Hotel menawarkan buffet untuk berbuka puasa. Harga pun affordable. Untuk dewasa cuma RM55 dan untuk kanak-kanak cuma RM35. So, dah kata nak berbuka puasa kan? Mestilah menu yang jadi bualan utama. Best ke tak? Ha meh nak kasi story.

Buffet di Park Avenue Hotel ini berkonsepkan stall dekat sini ada 25 jenis stalls makanan yang berbeza! Menurut Ketua Chef, Encik Azmi di sini terdapat lebih daripada 300 jenis menu! Dan menurut chef yang menyediakan makanan di sini setiap hari menu adalah berbeza! Awesome?? Gilerr awesome kan. Boleh la layan gambar yang bakal aku sajikan.
Dan apa yang aku tahu juga, bahan-bahan untuk dimasukkan dalam ABC (ais batu campur) je dah ada lebih kurang 100 jenis. Banyak! So pilihlah ikut selera kita.

Nak makan ABC? Pilih brader, pilih nak bubuh apa...
Aku ni boleh dikatakan agak cerewet mengenai makanan. Kalau lapar makan kat kedai yang makanannya rasa hampeh memang spoil mood 1 hari. Bengang je kan sebab makanan tak sedap. Tapi dekat Park Avenue Hotel ni aku keluar dengan muka yang ceria di samping perut yang cekang sebab makan banyak. So pandai-pandailah korang agak. Haruslah makanan mereka sedap kan. Memang tip top! 

First time aku makan kat sini, so aku katakan makanan di sini sedap. Boleh layan~ Yang paling best aku makan Laksa Kedah. Kuah dia pehhh! Menangis. 300 jenis menu mau tak rambang mata aku nak memilih. Haha tak tertelan semuanya. Tapi yang aku nampak paling laris adalah kambing panggang! Must try menu! Beratur panjang benorrr. Daripada minuman, kuih muih, buah-buahan, ais kacang, pelbagai jenis nasi, laksa, mee, pasta & spageti, seafood, kambing panggang, otak-otak, kebab dan macam-macam lagilah yang lenguh tangan nak menaip. Kata kak Farah, teh tarik kat sini sedap. Jadi aku pun try dan yes!! Memang sedap pun. Kasi A++.







Yang best sambil makan boleh layan live band. Haha betul ke panggil live band? Ha layan lagu raya gitu. Terasa hati ni tak sabiaq nak beraya. Suara emphhh! Sedap di dengar. Terbaik uolls! Hehe.

Dah nak balik tu bergambar la bersama General Manager Park Avenue Hotel, Encik Azmi (berbaju batik). Thanks for invite us! Next time boleh jemput lagi. Kehkeh. 

 Yeahh ni antara blogger yang terlibat. 

Kesimpulannya, aku memang puas hati dan InsyaAllah mungkin akan datang lagi. So siapa yang teringin nak beriftar di Sungai Petani next time, this is the place that I highly recommend. 

Wednesday 16 July 2014

CPUV 2014: #5 & #6


Rezeki lagi. Syukur Allah. So jangan lupa click sampai lebam kalau jumpa iklan ni dalam blog aku.



1. Fashion Pitch/Writers Unleashed
Nak tau kan Fashion Pitch & Writers Unleashed ni apa? Klik sini untuk info (LINK)

2. Waku Doki Campaign 
Aku try meng-Google tadi pasal Waku Doki ni amenda. Ni iklan dari Toyota. So korang boleh try check disini (LINK)

Jadi as usual, mari click berjemaah. Haha thanks Nuffnang! Awesome uollss!!

Tuesday 15 July 2014

Istimewa Ramadhan #2: Bazar Ramadhan


Apa yang best pasal Ramadhan mengikur persepsi aku? Ha sebelum ni kurma kan? Kali ni pasal Bazar Ramadhan atau PARAM (Pasar Ramadhan). Kehkeh. Yela special apa sebab bulan lain tak panggil Bazar Ramadhan. Kalau bulan lain panggil Pasar Malam tak pun Pekan Hari. Kan? 

Lagi pun pergi PARAM rasa macam syorgaaa makanan pulak. Haha nafsu semua tu. Perut berkeroncong di tambah pulak dengan bau makanan yang menyelerakan. Perghhh sapa tak tahan nafsu baik jangan pergi. Haha kalau tak membazir je beli itu ini. Nak makannya sikit je. Tak pun aku suggest bawak RM5 je. Jangan bawak duit banyak-banyak. Hehe.

Gigih lukis=_=

Monday 14 July 2014

Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas...


http://www.bubblynotes.com/2014/07/segmen-raya-2014-bubblynotes-dengan.html
Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas ini dibawakan khas untuk uolss bersempena dengan Syawal yang bakal menjelma beberapa minggu jer lagi ni. ^_^... Dalam masa yang sama kira2 macam Blog E-Card dari Bubblynotes.Com kepada uolss jugaklah... Tak dapat or tak sempat nak hantar Kad Raya pakai pos, pakai Blog E-Card pun boleh juga ye tak??? Janji ucapan sampai... Sebab kalau nak diikut2kan iolss nak ajer hantar Kad Raya pada semua readers Bubblynotes yang selama ini sudi datang menjenguk dan membaca entri2 Bubblynotes.Com selama ini... Dalam masa yang sama segmen ini bertujuan nak rapatkan lagi silaturahim sesama weolss semua, follow memfollow serta blogwalking. Semua blogger tak kira baru atau lama, famous atau tak, retis atau tak, glam atau tak adalah dijemput untuk memeriahkan segmen ini. 10 pemenang akan dipilih oleh Pakcik Random.Org dan kesemua pemenang yang terpilih akan disenaraikan di dalam Bloglist Segmen Bubblynotes.Com bagi menggantikan Bloglist Segmen yang terdahulu. 

"Tarikh Segmen: 12/7/2014 sehingga 19/7/2014"

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com dan ADD TO CIRCLE G+ Farah Waheda Wahid
2. Buat entri bertajuk Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas... 
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT/KLIK semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.
Credit to MiaLiana.Com
4. Tinggalkan URL entry uolss ke dalam ruangan komen entri ini. 

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Random.Org. 
2. Pemenang akan diumumkan pada 23/7/2014 yang mana kemudiannya akan dimasukkan terus ke dalam senarai bloglist pemenang segmen. 

Sunday 13 July 2014

Istimewa Ramadhan: Kurma


Dah hampir masuk 3 minggu kan kita berpuasa. Kejap je rasa. Bulan paling istimewa berbanding bulan-bulan lain. So tetiba rasa nak buat entry istimewa Ramadhan menurut pandangan aku sendiri. Haha semua orang teruja setiap kali muncul bulan Ramadhan. Bagi aku apa yang ada di bulan Ramadhan tiada di bulan yang lain. Faham? Ok ni contoh nak bagi.

Kurma. 
Bulan selain Ramadhan, jarang sekali aku nak makan kurma. Hampir tak pernah. Tapi bila masuk bulan Ramadhan, hari-hari makan kurma. Haha setiap kali berbuka mesti minum air then ambil kurma dulu. Pada pandangan aku, bulan Ramadhan kurma la yang paling aku cari. Orang lain aku tak tahu. Haha.


Apa yang istimewa lagi menurut pandangan aku? Ha nanti aku story lagi. Kahkah.

Gaza Under Attack



Karya penuh emosi.

Keep praying for them!

Sumber: Facebook Aqsa Syarif
Karya: OReN

Friday 11 July 2014

Salam Jumaat: Pray for Gaza



Kalau kita tak mampu turun berjuang bersama mereka, aku rasa mungkin kita mampu beri pelbagai pertolongan walaupun dari jauh. Doa, sumbangan dan macam-macam lagi. Sedih aku tengok anak-anak kecil tak berdosa menjadi mangsa kekejaman Israel. 

Marilah membantu mengurangkan penderitaan rakyat Gaza dengan sumbangan kecil melalui sistem sms. Sumbangan anda akan disalurkan ke tabung Aman Palestin.

Taip PALESTIN<jarak>10/3/5 dan hantar ke 39111. Semoga sumbangan anda dapat membantu mereka yang dalam kesusahan.

Thursday 10 July 2014

Sabar itu indah


Kebelakangan ini muncul banyak statement yang menghina Islam daripada orang-orang tertentu. Seriously, aku juga rasa marah seperti orang lain. Apa salah Islam sehingga mereka mencaci maki Tuhan kami? Apa salah Islam sampaikan kau mempersendakan agama kami? Apakah Islam itu telah menghancurkan hidup mereka? Kadang-kadang aku keliru juga, sampai ada yang tergamak sebut benda yang aku sendiri tak sanggup nak sebut dilontarkan kepada Nabi kita. Apa yang orang-orang macam ni nak sebenarnya?

Berbalik kepada mempertahankan Islam, memang patut kita pertahankan kesucian Islam. Tapi bila terbaca komen-komen yang agak melampau dan lansung tak membayangkan kesucian Islam dari umat Islam sendiri aku terfikir. Tak salah pertahankan Islam tapi cara kita yang salah. Caci maki, ugut, mencarut, cakap melalut and etc. Tak best lansung. Menaikkan lagi api dan kebencian pihak sana. Kan? 

Kita sendiri. Cara kita kena betul. Kena seiring dengan agama. Nabi dulu berdakwah, ada ke baginda pakai cara maki? Mencarut? Tentu sekali TIDAK. Tapi elok je Islam tu berkembang. Ramai je yang terima Islam. That's why aku terfikir mungkin cara kita salah. Aku sendiri pun ada salah. Kadang-kala marah lebih menguasai akal fikiran aku. Kita ni takda benda yang dinamakan SABAR. Nipis sangat tahap kesabaran kita ni. Aku tak cakap aku ni penyabar. Aku akui aku agak baran orangnya. Tapi tak salah kita cuba berubah ke arah kebaikan. Kadang-kadang kata-kata yang lembut tapi penuh makna tu lagi berkesan dari kata-kata yang lantang, maki hamun tapi takda makna. Betul tak? Sebab tu la orang cakap fikir dulu sebelum bercakap.

Aku bukan nak berdakwah bagai. Aku pun tak bagus pun hal agama. Tapi yang mana tak bagus tu kita baguskanlah, mana yang terlopong tu kita kambuskan. Ilmu kena cari. Ini just pendapat aku yang takleh dibuat rujukan sama sekali dalam thesis. Hehe. Dan entry ni pun tak tuju pada mana-mana pihak. Tapi kalau sedar diri, Alhamdulillah.

Bak kata senior aku "tepuk dada tanya iman". Sekian.

Monday 7 July 2014

CPUV 2014: #4


Alhamdulillah, rezeki Ramadhan lagi. Dah masuk CPUV ke-4. Tak sangka! Blogging main-main je pun boleh dapat duit kan. Hehe. Ni yang semangat nak update blog hari-hari ni!! Wahaha :D


Kali ni dari Oldtown True White Coffee. Tengok tu baru start hari ni. Macam biasalah, kalau nampak iklan Oldtown menari-nari sila klik berjemaah. Atau nampak iklan Ikea pun boleh ajak sedara mara klik ye. Haha. Trimas Nuffnang! :D


Friday 4 July 2014

Spam Anonymous





Saja buka comments spam. Berlambak penuh rupanya. Selama ni tak tengok. Huhu semuanya dari anon. Banyak sampai muntah.

18 pages of spam!!!

Minion :3 | via Tumblr