Showing posts with label istimewa Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label istimewa Ramadhan. Show all posts

Sunday, 5 July 2015

Entry Ramadhan #3: Iklan Raya









Masa 1 Ramadhan, masa OTW balik kerja. Dalam kereta selalunya aku akan dengar radio. Apa yang aku nak bagitau kat sini iklan pada 1 Ramadhan kebanyakkannya asyik sebut pasal raya. 

Raya..raya..raya...!!

Beb, masa tu baru 1st day puasa tapi iklan/promotion macam esok nak sambut hari raya. MasyaAllah, kelakar pun ada geram pun ada. Tak patut betul.

Kalau sekarang ini nak beriklan pasal raya bagai logik la. Tak patut la bagi aku benda macam ni berlaku pada 1st Ramadhan.

Jumpa ini kat Facebook:1:

p/s: Doodle ini rasa macam kureng sikit la. HAHA

Monday, 29 June 2015

Entry Ramadhan #2: Dugaan


Datang lagi dengan entry special Ramadhan. *HAHA poyo:face15: 

Ok nak habaq la kan. Surau tempat kerja aku bersebelahan dengan kantin tau. So, bila masuk waktu Zohor marilah kita menuju kejayaan ye kawan-kawan. Tapi kan, start dari 1st day puasa aku macam perasan benda ni tau. Asal je nak angkat takbir bau masakan dari kantin sebelah macam asyik membelai-belai lubang hidungku. Dah tu mulalah solat tak kusyuk. Kejap-kejap bau gulai, pastu bau ikan bakar, tak lama pulak bau ayam percik. HAHA dan FYI, kantin tempat kerja aku ni memang tak beroperasi pun waktu pagi. Cumanya bila masuk tengahari mereka akan prepared la semua makanan untuk dijual masa berbuka nanti. Jadi, janganlah hampa aneh kenapalah kantin ni masak awal sangat. 

Dugaan la tu. Dah la bau makanan sedap ya ampun.... Pastu solat pun tak kusyuk sebab asyik meneka bau apakah itu. Hehe ntah pape la perempuan ni kan?:face4:




p/s: Puasa kali ni aku sekeluarga makan bersederhana saja. Alhamdulillah, harap berterusan sampai akhir Ramadhan:17:

Saturday, 27 June 2015

Entry Ramadhan #1: Syukur




Setelah lama tak men-doodle, tetiba weekend ni rajin pulak nak lukis. Sampai dah lupa cara nak pakai photoshop bagai. HAHA. Ok entry khas Ramadhan. Ala untuk suka-suka je. Pengalaman sendiri. Aku rasa semua orang pun ada mengalami situasi macam dalam doodle tu kan? Pukul 1.00PM belum lagi tapi perut dah berdangdut semacam. Ehhh.. Kadang-kadang bunyi kuat sampai aku takut colleagues aku dengar. HAHA teruk betul perangai kan?

Baru berpuasa sehari dah tak boleh tahan. Orang lain kadang-kadang sampai 2-3 hari tak makan tak kecoh pun. Huhu actually bulan Ramadhan memang betul-betul mengajar aku erti syukur. Yela, kita di Malaysia sedap sungguh berbuka macam-macam juadah, hidangan. Belum masuk part air berjenis-jenis. Akhirnya bila dah terlampau kenyang, makanan yang tak habis dibuang begitu sahaja. Sedihnya...

Baru-baru ni ada tengok video kanak-kanak kecil yang 2 hari tak makan di Syria. Kesian sangat!:face22: (Nah aku share video tu pada yang belum tengok)


:face29: :face29: :face29:
Tersentuh hati ni bila tengok mata dia. Syukurlah kita kat sini makanan lebih! Jadi jangan membazir, jangan turutkan nafsu. Bersederhana dan bersyukur. Itu lebih berkat.

Ok taknak membebel panjang. Just sharing pendapat buang sebaris dua. Hehe.

p/s: Berharap ada entry seterusnya:face44:

Wednesday, 17 June 2015

Salam Ramadhan 1436H


Alhamdulillah, masih berkesempatan lagi tahun ini kita menyambut Ramadhan. 
Jadi, jika ada salah dan silap sepanjang kita ber-blog ini, aku nak mintak maaf banyak-banyak ye kalau ada yang terasa, tersentap, terguris. Tak payah tunggu raya la baru nak mintak maaf. 

Moganya, tahun ini Ramadhan kita akan lebih baik dari tahun sebelumnya. Siapa nak tambah tick dekat buku kanan, inilah peluangnya. Sama-sama kita manfaatkan peluang yang tak selalu datang.

Ahlan was ahlan ya Ramadhan!

Tetiba excited nak bersahur, nak berbuka, terawih, PARAM...Macam-macam la excited. 

Source: Google

p/s: Plan nak buat entry special Ramadhan. Cewah! Berjaya atau tak? Kita tengok nanti...Hehe

Wednesday, 23 July 2014

Istimewa Ramadhan #3: Bubur Lambuk


Hari-hari terakhir di bulan Ramadhan. Macam mana? Ok ke korang? Hehe hopefully kita dah buat yang terbaik untuk Ramadhan tahun ini.

Ok istimewa Ramadhan untuk entry kali ni adalah bubur lambuk! Yeayyy..... !! Sebelum ni cerita pasal Kurma & Bazar Ramadhan. Aku memang suka sangat bubur lambuk. Tambah-tambah kalau ada banyak daging. Pehhh sedap. Jarang tau nak dapat bubur lambuk kalau bukan dalam bulan Ramadhan. Takda surau atau masjid yang sediakan bubur lambuk free untuk diagihkan dalam bulan  lain. Bulan Ramadhan semestinya sangat istimewa bagi aku. 

Bubur lambuk yang femes amous selalu orang duk cerita adalah bubur lambuk kampung baru. Sedap ke? Tak pernah try lagi. Hehe. Kat TV aku tengok kat Terengganu kot bubur lambuk taruk budu. Haihhh macam sedap je. 

Ni bubur lambuk yang masjid dekat kawasan rumah aku. Boleh tahan sedap gak! >.<

Tuesday, 15 July 2014

Istimewa Ramadhan #2: Bazar Ramadhan


Apa yang best pasal Ramadhan mengikur persepsi aku? Ha sebelum ni kurma kan? Kali ni pasal Bazar Ramadhan atau PARAM (Pasar Ramadhan). Kehkeh. Yela special apa sebab bulan lain tak panggil Bazar Ramadhan. Kalau bulan lain panggil Pasar Malam tak pun Pekan Hari. Kan? 

Lagi pun pergi PARAM rasa macam syorgaaa makanan pulak. Haha nafsu semua tu. Perut berkeroncong di tambah pulak dengan bau makanan yang menyelerakan. Perghhh sapa tak tahan nafsu baik jangan pergi. Haha kalau tak membazir je beli itu ini. Nak makannya sikit je. Tak pun aku suggest bawak RM5 je. Jangan bawak duit banyak-banyak. Hehe.

Gigih lukis=_=

Sunday, 13 July 2014

Istimewa Ramadhan: Kurma


Dah hampir masuk 3 minggu kan kita berpuasa. Kejap je rasa. Bulan paling istimewa berbanding bulan-bulan lain. So tetiba rasa nak buat entry istimewa Ramadhan menurut pandangan aku sendiri. Haha semua orang teruja setiap kali muncul bulan Ramadhan. Bagi aku apa yang ada di bulan Ramadhan tiada di bulan yang lain. Faham? Ok ni contoh nak bagi.

Kurma. 
Bulan selain Ramadhan, jarang sekali aku nak makan kurma. Hampir tak pernah. Tapi bila masuk bulan Ramadhan, hari-hari makan kurma. Haha setiap kali berbuka mesti minum air then ambil kurma dulu. Pada pandangan aku, bulan Ramadhan kurma la yang paling aku cari. Orang lain aku tak tahu. Haha.


Apa yang istimewa lagi menurut pandangan aku? Ha nanti aku story lagi. Kahkah.