Thursday 9 July 2015

Bodoh atau bijak, siapa kita untuk menilai?



Hanya untuk peringatan. Apa pun dalam dunia ini hanya pinjaman. Jangan pandang orang lain macam dia takda masa depan. Perancangan Allah itu lebih baik. Kalau kita rasa diri kita hebat, jangan lupa ada Pencipta yang MAHA HEBAT. Kejayaan apa pun yang kita nikmati sekarang adalah nikmat & ujian dari Dia. Sejauh mana kita berpaling lupakan Dia atau sedekat mana kita mensyukuri rezekiNya.

Monday 6 July 2015

Alhamdulillah...Hujan :)


Setelah lama tak hujan. 
Akhirnya Allah turunkan titis rahmat ini kat kita. Alhamdulillah.
Sejuk rasa, lagi pun aku memang suka hujan. 
Dua hari lepas hujan turun lebat.

Tengok cuaca hari ni pun macam dah mula redup. 
Nampak awan hitam tu.
Mungkin nak hujan lagi :)


p/s: Apsal lengan doodle tu nampak gemuk sebelah, kurus sebelah? HAHA ampunkan aku. Doodle level kindergarten je aku mampu.

Sunday 5 July 2015

Entry Ramadhan #3: Iklan Raya









Masa 1 Ramadhan, masa OTW balik kerja. Dalam kereta selalunya aku akan dengar radio. Apa yang aku nak bagitau kat sini iklan pada 1 Ramadhan kebanyakkannya asyik sebut pasal raya. 

Raya..raya..raya...!!

Beb, masa tu baru 1st day puasa tapi iklan/promotion macam esok nak sambut hari raya. MasyaAllah, kelakar pun ada geram pun ada. Tak patut betul.

Kalau sekarang ini nak beriklan pasal raya bagai logik la. Tak patut la bagi aku benda macam ni berlaku pada 1st Ramadhan.

Jumpa ini kat Facebook:1:

p/s: Doodle ini rasa macam kureng sikit la. HAHA

Saturday 4 July 2015

Cerita di Kedah: Belon Buih di Pantai Merdeka



Sekarang ini muncul hilang muncul hilang je dekat blog. Alasan biasa, sibuk & kering idea. Sekarang aku nak share pasal aktiviti yang aku buat beberapa minggu lepas. I mean minggu sebelum kita berpuasa. See.....cerita pun dah berpuluh minggu lepas. Dah basi tumbuh kulat-kulat pun:face10:

Ok, back to the story. Lepas je attend majlis perkahwinan kawan-kawan aku, taktau nak melepak mana. Tetiba teringat dah lama tak pergi Pantai Merdeka. Last pergi tahun 2000 masa darjah 6. Hambik punya la lama kan tak jejak ke sana.

Bila dah sampai, tengok keadaan banyak sangat berbeza. Banyak pembaharuan & penambahbaikan. It's good. Barulah best nak lepak tenang-tenang jiwa, spend time dengan family bila hujung minggu. Selain boleh rileks sambil menikmati view pantai, ada jugak aktiviti lain yang menarik perhatian aku untuk mencuba iaitu belon buih. Bukan setakat budak-budak je teruja, orang dewasa pun sama naik seronoknya. *Aku la tu ;p

Dengan bayaran RM3, kita akan dapat sebekas sabun dan gelung (alat yang menghasilkan buih). Yang lagi awesome, gelung terdapat dalam pelbagai saiz dan boleh menghasilkan buih yang besar mengikut saiz gelung. So, kalau dah bosan main gelung kecil kita boleh tukar dengan gelung besar tanpa apa-apa cas. Aku ada upload video kat IG aku masa tengah hasilkan belon buih besarrrrrr..... Haha boleh la nak cekidout *Promote IG sendiri ke?

Nampak jelas keterujaan aku di situ:face71:


Malu konon. Siap pakai baju kurung tak menahan tu....:face12:
Mula-mula macam segan jugak sebab aku je orang dewasa yang main buih ni. Tapi lama-lama tengok ramai pulak yang join sekaki. Teruja sangat tau. Bila buih terhasil penuh padang dengan buih-buih. Tambah pula ada angin yang sepoi-sepoi bahasa, nampak cantik je view dengan belon buih yang terapung terbang. Budak-budak bukan main excited lagi. Bila aku buat belon buih tu ada je yang lari datang nak pecahkan. HAHA

Oh wait.....hey kid...!! Seriously?
*Budak baju hijau yang tak sabar nak pecahkan belon aku..:face14:
Jadi, pada sesiapa yang teringin nak release stress ke, nak jadi kanak-kanak balik boleh la ke sini. Aku pun kalau ada kesempatan lagi pasti akan ke sana lagi. Nak main belon buih lagi!!

p/s: Gambar tak banyak. Tak rancang pun nak up entry kat blog pasal benda ni. Hihiblogger-emoticon.blogspot.com

Wednesday 1 July 2015

Kad Raya GA by Nina



Dah lama tak dapat kad raya. Dulu masa sekolah rendah rajin la pos mengepos kad raya ni. Hehe Ok hope ada luck dapat kad raya dari Nina

Well, siapa nak join boleh la click banner comel tu. Syarat-syarat semua ada dekat sana. Jom support kawan kita ni. Hihi:face2:

p/s: Aku sebenarnya #bloggerutara :16: