Monday 30 September 2013

Kontrol Histeria

Assalamualaikum.


Ha nampak komenggg saudara di atas. Ok komen kat entry ini. Sebabkan komen  ini aku try la mencari² buku Kontrol Histeria ni kat MPH. Dan sangatlah membanggakan kembang kempis lubang hidung bila aku jumpa juga buku tu. Nindiaaaa!!


Kalau dilihat cetakan pertama buku ni pada Disember 2011. So maknanya dah lama la buku ni dipasaran cuma aku je yang baru beli & baca. Adoiyaiii. Takpe² it's not a big deal. Janji boleh baca.

Ye² bak komen saudara kita, kejam lagi 'Kontrol Histeria'. Memang pun. Rasa nak guling² bila aku baca setiap cerita. Dalam 1 buku terdapat banyak cerita berbeza kekejamannya ditulis oleh beberapa orang penulis. Memang transgresif habis la. Boleh mengingau malam kalau tak kuat semangat bila baca buku ni. Haha *over kan? -_-

Siapa yang minat untuk baca genre ngeri, bunuh, darah boleh la dapatkan buku ni di kedai berhampiran anda. Ada gaya tengah promote tak? Huhu:P

Okey² ni ayat aku cilok belakang buku ni. Aku memang takde kebolehan nak cipta ayat awesome so copy je la. Mihmih :3
Menyediakan alternatif perahan otak dalam fiksyen transgresif yang mampu menjentik emosi pembaca yang menggemarkan genre sebegini. Manusia pada asalnya kejam dan tidak berperikemanusiaan, yang menggariskan terhadap tindak tanduk manusia itu akal & pengetahuan.

Kan? Memang buku ni berjaya menjentik emosi aku pun. Fall in love la dengan hasil karya mereka ni! Hehe.

Rating:

Saturday 28 September 2013

Online shopping

Assalamualaikum.

Nak cerita ni, semenjak dua menjak ni kerap betul aku shopping online. Aisehh macam addicted pun hado. Waa bahaya². Yela, bila terlibat dalam online business ni secara tak lansung mata aku jugak terlibat untuk melihat barang² yang dijual dalam internet. Bukan setakat aku yang menjual, aku juga turut membeli. Nafsu². 

Tapi kena pandai la nak pilih. Ada online shop ni harga berpatutan, ada yang mahal sikit, ada yang sangat mahal! Kena  pandai compare dan yang penting jangan malas nak buat research sikit barang yang nak di beli tu. Baru lah berbaloi².

Tapi selalunya aku akan beli barang melalui online ni sekiranya barang tu susah nak cari kat luar. Maklumlah sekarang ni memang banyak product atau barang² yang kawaiii yang dijual secara online sahaja!! >.<

Tambah pulak ada online banking, lagi senang lah. Semuanya di hujung jari. Tak perlu nak beratur panjang² kat CDM lagi. Tapi perlu ingat, berbelanjalah secara bijak. Jangan membazir. Pilih keperluan dulu daripada kehendak. Ceh kira ni tips la untuk mengawal perbelanjaan melalui online shopping. Kan?

Apa pun, happy shopping!! Hehe :)


Friday 27 September 2013

Apa jawapan?

Assalamualaikum.

Aku ada satu soalan nak tanya korang semua. Kira macam mintak pendapat la kan. Jawapan takde betul takde salah. Semua boleh diambil kira. Hehe OK macam ni soalannya:

Katakanlah anda bekerja di sebuah syarikat. Kemudian department tempat anda bekerja pula selalu ada meeting terutama sekali dengan pelanggan. Tapi selalunya pelanggan akan memilih untuk meeting pada sebelha petang berbanding waktu pagi. So, macam biasa lah. Bila dah meeting kena la hidangkan minuman, makan² sikit. Tapi takpe, bab menghidang ni pihak pengurusan akan uruskan untuk anda. Cumanya bila bab mengemas bilik meeting, cuci cawan/pinggan semua cleaner akan kemaskan untuk anda. Masalahnya sekarang, waktu bekerja untuk cleaner bermula 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Bayangkan kadang² meeting boleh berlanjutan sampai 6.00 petang. Maknanya tiada siapa lah akan uruskan untuk mengemas bilik meeting tersebut selepas 4.30 petang. So, bila boss minta kemaskan bilik meeting tersebut dan anda dapati semua cleaner dah balik apa yang anda patut lakukan bila anda berada dalam situasi macam ni? 

Jawapan aku adalah aku kemaskan jelah. Bukan masalah besar pun setakat nak tutup aircond bilik meeting, basuh cawan/pinggan sikit² tu. Benda macam tu kita selalu buat kan? So memang bukan masalah besar pun bagi aku. TAPI, ada jawapan lain yang mengatakan sesetengah orang tak mahu buat macam tu. Sebab bagi dia itu bukan kerja dia. Makanya kalau dah taknak buat apa yang dia patut buat untuk selesaikan bilik meeting tu? Takkan nak tinggal bilik tu kotor macam tu je kan?

Aku tanya ni sebab aku pernah diajukan soalan macam ni masa interview. Then aku jawab jela macam jawapan kat atas tu. Aku memang takde pengalaman lansung kerja office ni. So memang blur terus taktau nak jawab apa. Memang takde la kan aku nk think out of the box time ketaq² camtu. Itu je jawapan yang lintas kat kepala hotak aku time tu. Hahaha. 

Hampa rasa apa jawapan yang releven? Kawan² yang kerja office tu, apa yang korang buat? Jangan lupa tinggal komen. Hehe thanks! :)


Tuesday 24 September 2013

After 3 years~

Assalamualaikum.

Selama 3 tahun,
Bergelumang dengan buku, test, quiz, assignment, tutorial, final exam.
Perah tenaga, guna masa, habiskan wang ringgit
Demi segulung ijazah.

Perit kadang² rasa bila masalah bertimpa.
Bukan saja masalah nak belajar.
Faktor² lain juga boleh menjadi masalah.
Persekitaran, kawan², lecturers, wang, masa.

Tapi itu kisah 3 tahun lepas.
Hari ni aku tahu erti susah dulu senang kemudian.
Bila impian kita tercapai.
Itu la pengorbanan yang paling berbaloi untuk aku.
Boleh jadi aku la manusia paling GEMBIRA dalam DUNIA.
Dalam DUNIA hokeyy.

Syukran Ya ALLAH.
Terima kasih mak ayah.
Thanks my family.
To him, thanks because you be my companion.
Love my supportive friends.
People who doesn't like me?
You make me stronger. Realize my weaknesses.

Alhamdulillah. 
Semoga rezeki  aku ada dimana².
Semoga aku menjadi manusia berjaya.
Dunia dan akhirat. InsyaAllah:)


Monday 23 September 2013

Cik Anon

Assalamualaikum.

Cik Anon tetiba emo pasal entry sini.


Sorry Cik Anon. Aku harap hang dapat cari maid tau. Yang baik². Mihmih :3
Aku memang suka melawak ni. Tak sangka hang nak marah. Haha terkejut aku.

Chillex hokeyyy!! :)

Wednesday 18 September 2013

#36 Wordless Wednesday

Assalamualaikum.




Itu yang berlaku & yang aku rasa saat ini. Yang aku tahu, Allah ada dengan aku walau apa atau macam mana pun berlaku.

Tuesday 17 September 2013

Saat itu~

Assalamualaikum.

Dalam hidup ni mesti kita semua akan punya moment² yang berharga untuk dikenang kan? Macam tu jugak lah aku. Hehe. Tambah² bila moment tu lah yang paling kita tunggu². Penantian tu satu penyeksaan tau tak? Haha Sebab tu aku tak suka tunggu orang. Orang tunggu aku takpa. Wakaka :P

Ini antara moment yang aku tunggu² sepanjang pengajian aku. Tunggu terus menunggu~ Lalala -_-

Just counting the days!! 

Can't wait for this precious moment in my life. Yang akhirnya cita² dan impian aku jadi nyata. Alhamdulillah:)




Pssst... Jom like page aku. Thanks :)

Friday 13 September 2013

Salam Jumaat:)

Assalamualaikum.


Put your trust on Allah, InsyaAllah.

Apa pun yang berlaku, kita kena percaya yang Allah telah merencanakan perkara yang terbaik untuk kita kerana Dia adalah sebaik² perancang. 

Tuesday 10 September 2013

Officially 24 years old! ^^

Assalamualaikum.

Genap 24 tahun umur aku hari ni.
24 tahun bernafas di bumi Allah.
Mengumpul amalan dan saham untuk akhirat kelak.
Entah cukup atau tak.
Dan menempuhi kehidupan di dunia yang boleh tahan jugak la challenging-nya.

Terima kasih atas doa kalian.
Doa untuk kejayaan aku.
Doa untuk murahkan rezeki aku.
Serta doa dimudahkan segala urusan dunia & akhirat.

Angka yang akan menaik saban hari.
Adakah sempat atau tidak aku tempuhi angka² seterusnya.
Hanya Dia yang mengetahui segalanya.

Happy Birthday to me! *wish sendiri:P
And thanks kepada yang wishes birthday aku.
Moga doa kalian dimakbulkan Allah.


*Tetiba perasan Google wish birthday aku. Mihmih;3

Scarf Perfume

Assalamualaikum.

Actually aku ada la buat business kecil-kecilan semenjak free takda buat apa ni. Mencari side income orang kata. Hehe.

Saper yang tahu sebelum ni aku ada jual mask, barang² kecantikan. Ada la sikit². Jom la like page aku ramai². Haha cewah promote pulak kan? >.<

Yang terbaru aku ada jual wangian. Scarf Perfume. Wangi sangat. Sebab aku confident nak jual perfume adalah aku sendiri yang guna perfume ni. Ada 5 pilihan wangian yang berbeza. Wangi sangat. Lagi 1 bebas alkohol tau. So, tak ragu² nak guna masa solat. Harga? Afforedable sangat. Even student pun mampu beli. Hehe ada 3 jenis packaging yang boleh dijadikan pilihan tau! Mini pack, Single pack & Premium pack. Awesome sangat:D



Ok kat sini aku letak price siap². Memudahkan untuk saper yang berminat boleh la PM Facebook page aku or SMS 0174605902. Ni number untuk business² je tau. Untuk mengorat² tak layan. Haha *poyo kan budak ni-_-

Mini pack: RM43
Single pack: RM53
Premium pack: RM173

Nak tau lebih lagi pasal Scarf Perfume ni? Jom LIKE page ni! :)

Sila click teddy bear cute kat bawah ni!! Thanks :)

Sunday 8 September 2013

Mandarin punya hal

Assalamualaikum.

Muncul kembali. Rasa macam ahli magic je. Kejap muncul pastu lesap. Huhu. Maaf² sibuk sikit. Tak dapat nak tumpukan perhatian pada blog tercinta ni. Huhu>.<

Ok macam sebelum² ni aku masih lagi seorang job hunter. Hehe *sedih betul budak ni. Ok pasal cari keja tu memang lah. Tapi ada satu requirement yang merunsingkan aku. Stress pun hado. Requirements lain dah cantik dah, tiba tang last tu buat spoil mood. 

Apa dia? Preferred language - Mandarin. Berdesup-desup ayat manis keluar dari mulut aku. Haha. Aku bukan nak racist ka apa tapi aku kecewa. Kenapalah awal² tak ambik kursus mandarin kan? At least ada basic dari taktau lansung. Teringat dulu cikgu aku pernah cakap, better ambik kursus mandarin. Itu macam satu bonus untuk kita cari kerja kalau pandai bahasa mandarin. Tapi dulu, dasar otak budak² mana ambik kisah cikgu cakap apa. Memang tak nampak kepentingannya di situ. Adesss.

Dah sekarang tua bangka baru nak menyesal bagai. Tapi rasa macam belum terlambat lagi aku nak ambik kursus bahasa ni. Haha. Apa salahnya belajar bahasa mandarin ni. Aku cuba positifkan diri aku ni. Takmau la berfikiran negatif walaupun kadang² mai juga anasir² jahat tu dalam kepala hotak suci ku ni. Huhu.

Takpe lah, mungkin belum rezeki aku lagi. Sekarang yang penting akau usaha, doa dan tawakal. Kalau dah rezeki nanti sampai lah. Cepat atau lambat je. Allah kan sentiasa dengar doa kita. Aku percaya tu. InsyaAllah:) 



p/s: Wo ai ni. *Boleh tera tu? Hehe.

Tuesday 3 September 2013

Trending words tonight~

Assalamualaikum.

Tak payah panjang lebar membebel, sekarang timeline FB, twitter serta rangkaian sosial lain semestinya tengak cerita pasal 2 perkara. #Minyak dan #2kupang. Mak aih. Memang trending betul perkataan² tu malam ni. Semua cerita pasal minyak. Ada yang naik minyak, nak jadi orang minyak, nak buka cawangan minyak, nak jadi saudagar minyak. Macam² la kira. Huhu.

Aku? Entah, taktau nak cakap apa. Mungkin sebab sekarang ni aku still lagi bergantungan dengan parents aku untuk hidup so tak la rasa sangat nak keluarkan duit dalam 'pelaburan' minyak ni. Mungkin bila aku dah pegang duit sendiri nanti, dah merasa bubuh minyak kereta sendiri nanti, mungkin masa tu aku juga akan jadi seperti orang lain. Membuka hujah dan memberi pendapat. Menyatakan ketidakpuasan hati. Might be one day. Hehe.

Minyak naik? Fikirkan :)