Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Saturday, 24 May 2014

Saturday: Kerja ganti


Happy weekend!! Siapa yang cuti tu bergembiralah ye. Rehat spend time dengan yang tersayang.

Tapi tidak bagi diriku ini. Sabtu kali ni kena kerja. Syiokkk habiaq hianggg!!:face22:Over kan? Hari ni kerja sebagai ganti sebab bulan Ramadhan nanti apply balik sejam awal. Ni lah sebabnya aku di office hari ni. Tapi takpe demi bulan puasa yang bakal menjelang tiba aku rela.


Apa pun have fun everybody!! Eh nak tanya dah habis ganti puasa ke belum? Hehe:131:

Monday, 16 December 2013

Malu bertanya sesat jalan. Tapi....................


Selalu duk dengar pepatah "Malu bertanya sesat jalan". Jangan malu bertanya jika kita tak tahu atau kita ragu-ragu tentang sesuatu. Tambah-tambah kita budak baru, mesti la banyak yang kita tak tahu so kenalah banyak bertanya. Lagi better dari terus buat pandai, berlagak macam tahu semua padahal kosong kan? Betul kan?

Tapi permasalahan disini adalah, kadang-kadang bila kita tanya kita pulak kena sembur balik. Faham maksud aku? Kita tak tahu, kita tanya tapi lastly kita pulak kena marah sebab tak tahu. Omaigaddd!!
Menyirap je darah kan? Sebab aku tak tahu la aku tanya kan. Kalau aku tahu tak perlu susah-susah aku nak buka mulut membazir air liur tanya.

Hishh tak faham dengan orang macam ni. Ikut mood depa saja. Mood aku ni sapa nak ambil tau? Tau dak kita kalau asyik marah-marah orang akan benci kat kita. "Eh peduli apa orang nak benci ke tak? Bukan depa yang bagi aku makan!!" Betul! Bukan depa yang kasi hang makan. Tapi hang kena ingat, bila orang marah kat kita, orang akan cakap yang bukan-bukan pasal kita. Maki kita, menyumpah kita. Dan percakapan itu satu doa. Cuba fikir la, orang doa yang tak baik untuk kita. Suka ke?

Moral of story, apa salahnya cakap elok-elok. Takda lagi dalam sejarah manusia orang tu akan mati bila dia cakap baik-baik. Takda! Bila orang tanya tu, jelaskan baik-baik. Susah sangat ke? Tak payah nak sindir bagai, nak perli bagai. Orang tu budak baru, memang la zero experience. Mana ada orang takda experience kerja-kerja terus pandai genius tahap CEO. Takda. Jangan ingat kita expert dalam sesuatu bidang kita dah terror giler. Jangan perasan sebab ada lagi makhluk Allah yang lebih hebat dari kita. Sekian.

Source: Google

p/s:Panjang berjela entry aku. Kahkah. Budak baru tu aku. Perghhh!!-_-

Thursday, 28 November 2013

Tak kisah la kau siapa....!


Lama betul rasanya tak menaip dalam blog ni. Kuikui. Apa nak buat, konon busy mengalahkan menteri. Pejam celik dah masuk sebulan aku kerja. So far sepanjang sebulan ni ok lagi la. Tak masuk zon stress lagi. Tekanan kecil-kecilan tu ada la. Biasalah budak baru belajaq. Mana ada orang baru kerja terus expert tahap Einstein. Mustahil sungguh! Huhu

Tapi mana ada kerja yang perfect kan? Macam aku ni, work environment semua ok je. Tapi kan....................... Ha panjang tapi aku tu. Aku bengang betul dengan orang yang suka membebankan kepala hotak orang lain. Masalah dia yang buat tapi akhirnya kita yang kena fikir masalah yang dia buat tu. Ok kat sini masalah attendance tu yang paling buat aku marah! 

Bila masuk ke tempat kerja orang dah tetapkan pukul 8AM maka pukul 8AM la. Jangan lewat. Kalau lewat mengaku dan bagi alasan lewat. Ni tak, dah la lewat pastu lagi nak menipu kata hang mai awal! Buat muka tak bersalah. Aisehh tak boleh blah. Alasan yang tak logik pun ada, duduk jauh la, nak hantar anak pi sekolah la. Ada aku kisah?! Jangan ingat sebab kita ada jawatan besar dalam pejabat kita boleh buat rules sendiri sesuka suki seperti office tu kita yang punya. Salah sama sekali tu! That's wwhy la aku ada mention kat title tak kisah la kau siapa pun masa tetap kena follow. Orang lain ada anak boleh je datang awal. Duduk jauh? Sedar diri la dah duduk jauh keluar la rumah awal. Solution yang senang pun tak boleh nak fikir. 

Semua bergantung pada diri kita sebenarnya. Kalau kita plan nak datang awal maka awal la kita datang. Kalau  nak lewat maka lewat lah jadinya. Easy right? Aku sebenarnya bab masa ni memang pantang betul. Haha lagi-lagi aku pulak yang kena pulak lepas tu. Grrr -_-

So, time management tu penting sebenarnya. Be punctual. Macam mana nak sukses kalau kita abaikan masa. Berjaya atau gagal seseorang pun kerana masa. Sekian sesi luahan rasa aku. Trimas sudi baca! Wakaka:P

Jumpa GIF ni kat 9gag dengan quote:

'Having breakfast, When I am late for work'


Gelak sorang-sorang. Kbai.

Wednesday, 9 October 2013

#38 Wordless Wednesday



Berita yang menggembirakan diri ku ini sejak sekian lama menunggu. Alhamdulillah, terima kasih Allah:)

Sunday, 8 September 2013

Mandarin punya hal

Assalamualaikum.

Muncul kembali. Rasa macam ahli magic je. Kejap muncul pastu lesap. Huhu. Maaf² sibuk sikit. Tak dapat nak tumpukan perhatian pada blog tercinta ni. Huhu>.<

Ok macam sebelum² ni aku masih lagi seorang job hunter. Hehe *sedih betul budak ni. Ok pasal cari keja tu memang lah. Tapi ada satu requirement yang merunsingkan aku. Stress pun hado. Requirements lain dah cantik dah, tiba tang last tu buat spoil mood. 

Apa dia? Preferred language - Mandarin. Berdesup-desup ayat manis keluar dari mulut aku. Haha. Aku bukan nak racist ka apa tapi aku kecewa. Kenapalah awal² tak ambik kursus mandarin kan? At least ada basic dari taktau lansung. Teringat dulu cikgu aku pernah cakap, better ambik kursus mandarin. Itu macam satu bonus untuk kita cari kerja kalau pandai bahasa mandarin. Tapi dulu, dasar otak budak² mana ambik kisah cikgu cakap apa. Memang tak nampak kepentingannya di situ. Adesss.

Dah sekarang tua bangka baru nak menyesal bagai. Tapi rasa macam belum terlambat lagi aku nak ambik kursus bahasa ni. Haha. Apa salahnya belajar bahasa mandarin ni. Aku cuba positifkan diri aku ni. Takmau la berfikiran negatif walaupun kadang² mai juga anasir² jahat tu dalam kepala hotak suci ku ni. Huhu.

Takpe lah, mungkin belum rezeki aku lagi. Sekarang yang penting akau usaha, doa dan tawakal. Kalau dah rezeki nanti sampai lah. Cepat atau lambat je. Allah kan sentiasa dengar doa kita. Aku percaya tu. InsyaAllah:) 



p/s: Wo ai ni. *Boleh tera tu? Hehe.

Thursday, 28 February 2013

Teguran, terima atau tak?

Assalamualaikum.

Jadi ketua ni tak mudah kan? Tak boleh nak puaskan hati semua yang ada di bawah tanggungjawab kita. Dan jadi ketua juga tak bermaksud kita boleh gunakan kuasa yang kita ada sesuka hati. Be fair & square. Tak bermakna juga bila kita jadi ketua, we're always right. As human being, we always do mistakes. Memang tak boleh lari tapi yes sebab hang leader hang anggap semua hang buat betul. Sampaikan orang yang tegur kesalahan kita pun ditengking. Seriously, I have no respect to this kind of people.

Apa yang buat aku rasa nak membebel ni sebab depan mata aku sendiri jadi benda macam ni. Yela, staff biasa cuma tegur mistake ketua dia. Then, apa yang buat aku terkejut biawak, depan-depan tu juga si boss yang konon terror tu tengking staff tuh. Oh shittt~ In front of other staffs. Malu tak agak-agak staff yang kena tengking? OF COURSE la!! Kesian dia. Berubah muka malu, Kalau aku jadi dia confirm nangis. Hukhuk. Well, boss kan. Mana boleh lawan. Kan kena gantung kerja plak. Pfttsss-.-

Memang aku tak nafikan kita kadang-kadang susah nak terima teguran orang lain. Tapi ni cakap bajet hang open minded sangat tapi baru kena tegur sikit dah menengking menggelabah bewak. Itu baru ada pangkat sikit, esok-esok jadi YB kawasan mana-mana tak tau la macam mana cara. Bhaha. Senang cerita nak terima atau tak teguran, itu hak kita. Tapi cara kita terima atau menolak teguran tu. Tak payah la sampai menengking. Cool~ Konon boss yang "open minded" habis.

Sedangkan Imam Abu Hanifah menangis teresak-esak bila ada budak kecil tegur dia ni kan pula kita manusia banyak kekurangan ni. Hadoii. Susah. Ada pengajaran dalam setiap apa yang berlaku setiap hari. Aku assume dia stress kot. Taknak la berburuk sangka sangat. Nanti hati tak bersih. Huhu:P