Showing posts with label luahan rasa. Show all posts
Showing posts with label luahan rasa. Show all posts

Monday, 23 December 2013

Bodoh sombong.




Sentap kalau orang gelar kau 'BODOH SOMBONG'?
Kasar kan bahasa? Maaf.
Tapi mungkin ayat sentap ni la yang sesuai untuk kau.

Kau berlagak.
Kau cakap macam semua benda kau tahu.
Kau taknak terima pendapat orang.
Kau cakap main serbu.
Kau buat tak fikir.
Kau rasa kau saja yang betul, orang lain semua salah.
Kau takdak budi bahasa.
Kau kurang ajar.
Kau sentap lagi?
Biar.

Hakikatnya,
Kau taktau apa-apa.
Kau cuma pura-pura tau segala.
Dan aku rasa tanpa bantuan orang-orang macam kami,
Aku rasa kau takkan boleh berdiri ditahap kau sekarang.
Sebab kau taktau apa-apa.

Tolonglah. 
Cakap berdegar-degar.
Kau hebat, kau awesome.
Padahal di mata kami.
Kau hanya tin kosong.
Bunyi je kuat tapi takda apa-apa.

Kesian kan?
Aku kesian orang macam kau.

Monday, 16 December 2013

Malu bertanya sesat jalan. Tapi....................


Selalu duk dengar pepatah "Malu bertanya sesat jalan". Jangan malu bertanya jika kita tak tahu atau kita ragu-ragu tentang sesuatu. Tambah-tambah kita budak baru, mesti la banyak yang kita tak tahu so kenalah banyak bertanya. Lagi better dari terus buat pandai, berlagak macam tahu semua padahal kosong kan? Betul kan?

Tapi permasalahan disini adalah, kadang-kadang bila kita tanya kita pulak kena sembur balik. Faham maksud aku? Kita tak tahu, kita tanya tapi lastly kita pulak kena marah sebab tak tahu. Omaigaddd!!
Menyirap je darah kan? Sebab aku tak tahu la aku tanya kan. Kalau aku tahu tak perlu susah-susah aku nak buka mulut membazir air liur tanya.

Hishh tak faham dengan orang macam ni. Ikut mood depa saja. Mood aku ni sapa nak ambil tau? Tau dak kita kalau asyik marah-marah orang akan benci kat kita. "Eh peduli apa orang nak benci ke tak? Bukan depa yang bagi aku makan!!" Betul! Bukan depa yang kasi hang makan. Tapi hang kena ingat, bila orang marah kat kita, orang akan cakap yang bukan-bukan pasal kita. Maki kita, menyumpah kita. Dan percakapan itu satu doa. Cuba fikir la, orang doa yang tak baik untuk kita. Suka ke?

Moral of story, apa salahnya cakap elok-elok. Takda lagi dalam sejarah manusia orang tu akan mati bila dia cakap baik-baik. Takda! Bila orang tanya tu, jelaskan baik-baik. Susah sangat ke? Tak payah nak sindir bagai, nak perli bagai. Orang tu budak baru, memang la zero experience. Mana ada orang takda experience kerja-kerja terus pandai genius tahap CEO. Takda. Jangan ingat kita expert dalam sesuatu bidang kita dah terror giler. Jangan perasan sebab ada lagi makhluk Allah yang lebih hebat dari kita. Sekian.

Source: Google

p/s:Panjang berjela entry aku. Kahkah. Budak baru tu aku. Perghhh!!-_-

Tuesday, 23 April 2013

Semuanya bukan milik kita~

Assalamualaikum.

Sedikit kata,

Bukan semua perkara yang kita berkehendak atau inginkan seharusnya kita miliki. Kerana perancangan Allah itu lebih sempurna. Dan sentiasa ingat semua yang kita miliki bukan hak mutlak kita. Ia hanya pinjaman. Pinjaman dari Pencipta. 

Tetiba rasa nak marah dan geram bila someone paksa kita untuk benda yang kita tak suka hanya semata-mata nak memenuhi kehendak dia. Sorry, I'm not your puppet. If you think you must fulfill all of your desire, just do by your own efforts. TQ.