Sunday 30 December 2012

ZyraRoxx's Blogbuster

Assalamualaikum.


Ni kali kedua aku join segmen by ZyraRoxx~ Huhu  Aku suka giler blog beliau ni. Terbaik!
Jom join. Barulah ohsemm. Nak join? Klik banner yoww~

Friday 28 December 2012

Burung marah~ (=.=')

Assalamualaikum.

Aku baru saja habis bunuh babi kat semua level. Sekian. 



Ye, ye aku tau aku agak ketinggalan main menatang burung marah ni. Angry bird space. Haha ni lah aktiviti masa cuti aku yang terluang. Bunuh babi. Dan aku taktau pasaipa babi yang jadi mangsa dalam hal ni. K bai.

#Babi selalu jadi mangsa keadaan. Haha~
psstt~ *Aku tak mencarut hokeyy!! Kahkah :D

Thursday 27 December 2012

First Giveaway by Shekechik

Assalamualaikum.



Join GA by Shekechik. Nak join? Sila kelik banner atas ni ye. >,<

Monday 24 December 2012

Pandai tapi kalau tak usaha.....................

Assalamualaikum.

Sejuk betul hari ni. Hujan dari pagi lagi. Hehe sedap tidoq ni:p
Tetiba rindu masa study. Sebelum ni sibuk sangat nak abiskan study, tapi bila dah abis ni rindu pulak saat tuh. Last minutes assignment, test, quiz. Woahh~ start tahun depan mulalah dunia kerja aku.  Even praktikal je tapi aku anggap tu sebagai langkah pertama permulaan masuk alam pekerjaan. Pheww~

Alhamdulillah, syukur Allah berikan rezeki aku sampai tahap sekarang. Yang aku lansung tak expect akan sampai tahap ni. Dulu ingat lepas SPM terus keje ke tapi dapat la sambung study. Berkat doa parents aku juga. Teringat masa sekolah, aku bukanlah bijak pandai pun. Usaha pun takdelah bertungkus lumus macam orang lain. Result periksa pun tak lah gempak. Semuanya biasa saja. And I remember one of my classmates said to me "Hang ni nasib baik je dapat lompat masuk kelas elok. Hang bukan pandai pun. Nasib baik ja tuh". Sentap masa tuh but yes! Thanks to her. Mungkin sebab kata-kata dia aku berada di tempat aku sekarang. And her? I don't know mana kebijaksanaan dia sekarang.

Dia pandai but like people say kalau pandai tapi tak berusaha memang tak kemana. Sama la macam pisau yang tajam kalau tak diasah tumpul jugak. Don't we expect kawan yang "tak bijak" dulu akan "tak bijak" sampai bila-bila. Don't judge people and kena ingat Allah takkan ubah nasib kita kalau kita sendiri tak berusaha untuk berubah. Dulu aku mungkin bodoh tapi InsyaAllah sekarang aku berusaha untuk tambah ilmu. Banyak aku tengok kawan-kawan aku yang low profile dulu sekarang dah berjaya. It's inspire me to become like them!

Bukan nak bangga diri or berlagak dengan diri aku sekarang. Cuma terkenang cakap orang. Really wish to meet her one day. Just to show that I'm not stupid like she said. Kalau berusaha sapa-sapa pun boleh berjaya and I want to prove that she wrong at all!! Apa pun doakan aku supaya boleh tempuh dunia baru ni. Lebih mencabar! Hehe~


#Nak masuk tahun baru. 2013!! New resolution?

Wednesday 19 December 2012

Tuesday 18 December 2012

Don't lose your 60 seconds of happiness!!

Assalamualaikum.

Fhewitt tajuk omputih gitu. Fehh=.=' Saja kasik curlasss gitu. Huhu. Actually, aku nak share beberapa tips untuk menghilangkan rasa marah. Saper rasa dia tak pernah marah dalam duniawi ni sememangnya beliau spesis baru di muka bumi ni. Kena jadi bahan uji kaji gitu~

Bila rasa marah apa perlu buat? Jerit sampai terkeluaq anak tekak? Makan berkoyan-koyan? Tembak rambang di sekolah? Mari aku lempang pergi balik laju-laju jika hang follow cara di atas. Untuk yang beragama Islam, dah ada pun cara atau tips nak hilangkan or redakan perasaan marah cara Islam. Yang hang gatai dok p ikut cara tak ketahuan hala tu buat apa? Hewhew~

Nah baca ni. Simple tips tapi mungkin berkesan pada kita.

1. Ubah posisi.
Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang daripada kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring" (Riwayat Muslim) 

2. Berwuduk.
Rasulullah SAW bersabda: "Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk" (Hadis Riwayat Abi Daud)

3. Senyum.
Kerana senyuman mampu meredakan tekanan.

4. Sentiasa berfikiran positif.


5. Bawa bertenang.
Bukan bawak bertendang ye kawan-kawan. Haha. Kena cool je. Ingat lah perkara yang best macam hutan hujan tropika yang hijau segar ke, awan yang comel berarak ke, cita dragon ball ke takpun tarik nafas in~~~ out~~~. Mudah cerita, ingat benda yang kita suka. Yang boleh turunkan balik temperature badan hang tuh! Hehe~


*belajar lukis awan comel dari blog cik azzahsaid

6. Mendiamkan diri bila marah.
Kalau hang tak diam time marah mulalah mulut mencarut yang bukan-bukan. Nenek dia la, tokwan dia lah, jiran dia lah semua hang p sebut. So better diam dari bercakap time marah. Bukan bertambah elok keadaan, lagi buruk ada lah. Potensi melukakan hati & perasaan orang masa marah adalah lebih tinggi. Hipotesis tu aku reka sendiri=.=

7. Meluahkan perasaan marah dan masalah di tempat dan masa yang sesuai.
Jangan time makan hang dok melalak marah. Confirm tersedak kawan-kawan. Takpun hang kena penampaq jepun dengan kawan hang sedaih dua. Baru ada akai. Kahkah~ Pilihlah masa sesuai. Nak marah pun beragak. Jangan sampai orang naik meluat. Sikit-sikit muka hang je yang timbul bila nak marah.

8. Belajar sampaikan perasaan marah dengan cara positif dan terhormat. 
Maksud dia, janganlah terpekik terlolong macam tarzan. Terkejut badak gajah kat hutan nun. Cuba kawal kalau boleh. Jangan guling 360 darjah kat tempat awan. Malu kat orang haihh-.-

9. Minum air.
Minum air 2 liter sehari. Err. Air ni kan ejen penyejuk. So aku syak kalau kita marah ini cara yang boleh turunkan kemarahan kita. Minum air. Cubalah!

10. Berlindung kepada Allah SWT daripada syaitan.
Doa lah banyak-banyak agar kita berada dalam golongan yang sabar. Kan sabar tu separuh daripada iman. Kan?:) Jangan biarkan syaitooonnn bersorak gembira dengan kemarahan kita. 



Tu je untuk kali ni. Panjang berjela bukan larat baca pun. Haha aku memang suka mengarang. Sebab tu time SPM tak cukup time buat karangan-.-

Golden word: "For every minutes you are angry, you lose sixty seconds of happiness"

Friday 14 December 2012

Malam tadi~

Assalamualaikum.

Aku agak malam ni mesti diantara kita di Malaysia tidoq tak nyenyak, mimpi ngeri, panas membara pasang kipas 2-3 bijik, pepak katoi ais bergelas-gelas. Bukan apa, pasai bola tadi. Malaysia vs Thailand. Mak aihh buka je FB, mostly status semua pasal referee.

Makan rasuah la, mata kecik tak nampak la macam lah depa dok bagi kat 
K-pop tu. Haha. Aku je yang tak tau apa sebab tak tengok pun bola. Cuma aku tengok sikit jela sedutan yang jadi isunya. Hukhuk~

Taktau nak kata apa, tapi nak buat macam mana. Dah setakat tu je rezeki kita. Takpe, nanti pulun lagi. Gagal kali ni tak semestinya gagal selamanya. Bukti dah ada kan. Pemain kita pun hebat gak apa. 

Pasal referee tuh~ Tak tau aihh. Macam kawan aku kata, mata dia kecik. Visual kurang jelas. =.=



#Bukan senang nak sampai tahap macam ni. Okeylah. Yang dok kutuk teruskan, yang dok sokong pun teruskan. Haha aku tak campur~ :p

Wednesday 12 December 2012

#11 Wordless Wednesday

Assalamualaikum.

Quotes yang remind aku tentang beberapa perkara:)











source: tumblr/we heart it

p/s: Cantik tarikh hari ni~ 12/12/12 gitu. Ouch!!>,< 

Friday 7 December 2012

Everyone got their foods.

Assalamualaikum.

Tadi masa 'berfacebook' jumpa gambar-gambar ni. Tersentuh hati tengok. Betapa aku seharusnya mensyukuri nikmat yang Allah dah bagi. 

Everyone got their foods.







But us.

 

Source: Aman Palestin (FACEBOOK)

Let's picture tell the stories. 1 gambar 1000 cerita. 
#Pray for Gaza & Syria.

Thursday 6 December 2012

Busy body ¬_¬

Assalamualaikum.

Cakap pasal busy body. Memang memeningkan bila dikelilingi orang macam ni. Serious semak. Wahaha semua hal orang dia nak ambik tau. Dari hal peribadi, cara urus rumah semua lah. Dah macam warden asrama buat spot check!! Fheww~ Giler penyibuk.

Maaflah ye makcik-makcik. Mind your own business. Aku tak kacau hampa. Jangan nak sibuk jaga tepi kain orang sangat. Cuba check kain sendiri dulu, ntah-ntah terkoyak besar. Kalau busy hal baik aku consider gak, ni tak habis cerita buruk orang hang dok gosip. Aishh malas aku nak layan tau~ -.-
Pastu dok pandang slack kat aku. Phuii! Marah den. Takpe lah makcik, aku pun dah nak blah. Pasni gosip pasal orang lain lak key. 

Cuba fikir macam mana aku nak tegur sapa dengan hampa dah kalau hampa tak dapat nak terima penyewa? Nak aku jadi owner flat ni baru nak tegur aku? APTB!!

 #Hati tak tenang kalau sehari tak bergosip kot. Err=.=

Tolong bantu mereka~

Assalamualaikum.

Disebabkan aku dah habis belajar & akan pulang semula ke kampung, sedih aku katakan bahawa aku kena tinggal tempat ni. Sobs.

Satu lagi masalah adalah KUCING!! Ada tak saper tau mana nak tinggalkan kucing terbiar atau adoption center area KL/Cheras?? Dan prosedur nak berurusan dengan mana-mana adoption centre? Kesian anak-anak kucing yang dekat rumah sewa aku ni. Kesian!! TT__TT

Please. Anybody can help me!! Please.

#Tolong~ Wuuuu