Showing posts with label syukur. Show all posts
Showing posts with label syukur. Show all posts

Friday, 7 December 2012

Everyone got their foods.

Assalamualaikum.

Tadi masa 'berfacebook' jumpa gambar-gambar ni. Tersentuh hati tengok. Betapa aku seharusnya mensyukuri nikmat yang Allah dah bagi. 

Everyone got their foods.







But us.

 

Source: Aman Palestin (FACEBOOK)

Let's picture tell the stories. 1 gambar 1000 cerita. 
#Pray for Gaza & Syria.

Friday, 31 August 2012

Merdeka!!

Assalamualaikum.


Tanggal 31 bulan lapan lima puluh tujuh, Merdeka! Merdeka! Tetaplah Merdeka, Ia pasti menjadi sejarah
Hari ni merdeka kan? Bangga tak boleh hidup aman damai dalam Malaysia ni?
Makan cukup, minum cukup, tempat tinggal selesa. Apa lagi nikmat yang diberikan? Macam-macam ada!!
Hehe itu pun ada sesetengah dari kita masih lagi merungut. Cuba kita di tempat saudara-saudara kita.
Di Syria, di Burma? Macam mana eh kalau kita kat sana. 
Sentiasa kena berjaga. Nak pergi mana pun kena bawak senjata. Hidup dalam ketakutan. Hilang tempat tinggal, hilang keluarga, hilang anggota badan!! Sentiasa dihujani dengan peluru dan darah. Sedih kan?

Apa yang yang kita nak minta kalau Allah dah beri nikmat yang sempurna untuk kita?
Kalau dah aman, kenapa nak cari yang kucar-kacir? Kalau dah selesa, kenapa nak pilih menderita?
Alhamdulillah, syukur atas limpahan nikmatNya:)

Apa pun, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-55. Jangan lupa titik peluh nenek moyang kita untuk mendapatkan kebebasan. Sesuatu yang sukar untuk dapat masa dulu.

 Malaysia & I'm proud to be Malaysian!!^^



p/s: Plan nak pergi Dataran Merdeka pagi tadi hancussss bila terlewat bangun!!Pfttsss-,-

Monday, 6 August 2012

Bersyukurlah~

Assalamualaikum.


Salam Ramadhan:) Wah dah hampir 2 minggu berpuasa kan? Hehe tak lambat dah tu. *raya lettewww~ Takde lah, tengok shopping mall, pekan rabu, masjid jamek & segala lagi kedai penuh je orang membeli-belah!! Nak pijak kaki pun tak sanggup. Ramai sangat!! TT__TT Apa pun, Alhamdulillah. Kita dimurahkan rezeki oleh Allah. Boleh shopping, berbuka bersama family lagi. 
Seronok kan?^^ Tapi yang kesusahan? Jangan kita lupakan tau;)


Tajuk bersyukur pulak. Hehe. Bukan apa, I just read a story from Facebook. Posted by one of my friends. The story that touch my heart and make me realize how perfect my life. Given by Him:') Aku ada keluarga yang sempurna, tak kaya tak miskin tapi sederhana, parents yang mengambil berat. Biasa saja tapi itu sangat perfect di mata aku!! Hehe.


Reality. Bukan kejam tapi itu makna kehidupan. Kan? Macam mana seorang kanak-kanak boleh bertahan cukup kuat bila kehilangan bapa, hidup miskin makan minum hanya bergantung pada duit kebajikan masyarakat, ibu yang tak bekerja dan mempunyai 7 adik beradik. Kehidupan jadikan kita tabah. Bila ditanya, berbuka dengan apa? Jawabnya, minum air saja. Sedihnya, padahal yang berkemampuan tu siap membazir lagi. Lain pula cerita dengan yang berpuasa dalam keadaan ketakutan, peperangan, pembunuhan umat Islam. Kita, air berkarat sikit pun dah merungut. Mereka? Minum air dari lopak. Itu pun kalau jumpa air.


Kadang-kadang, bila aku rasa susah, aku lupa ada lagi orang yang lebih susah dari aku. Bila aku sedih, ada lagi orang yang lebih sedih dari aku. Bila aku takut, ada lagi orang yang lebih takut dari aku. Bersyukur lah. Apa yang diberikan kita sekarang olehNya adalah pemberian yang sangat sempurna untuk kita. Sekurang-kurangnya kita ada apa yang kita mahu dari mereka yang hilang segalanya.




p/s: Fibox ada problem ke? Takleh view pun:( Ke aku yang problem?Hahaha