Aku memang dah lama teringin nak pergi tengok hot air ballon dekat Putrajaya. Tapi itulah, jauh sangat. Last year, ada hot air ballon dekat Alor Star. Sampai je dekat situ, hot air ballon dah bungkus. Alasannya angin kuat sangat masa tu takut bahaya. OK kuciwa
Takpelah, mungkin takda rezeki. Tup-tup masa breakfast laki aku tunjuk gambar hot air ballon. Dekat Penang je! Last day festival ni. Tak fikir banyak terus kami decided nak pergi jugak macam mana sekalipun, HAHA nampak betapa gigihnya aku. Kami pergi naik komuter ke Butterworth, ambil feri ke Penang dan rupanya ada shuttle bas direct ke Padang Polo, Penang free of charge OK! Sangat save perbelanjaan pengangkutan kali ini.
Naik komuter je pergi Penang Lepas tu gigih naik feri pulak.
Lebih kurang pukul 1.30pm kami sampai dan terus laki bini terpa ke padang cari belon udara yang terapung. Malangnya hanya nampak padang kosong dengan panas terik sampai burn kulit muka aku! Kuciwa lagi kah kali ini? Ada la hiasan belon udara kertas berwarna-warni di letakkan di hujung padang sebagai daya tarikan untuk bergambar. Kami pun takkan nak lepas peluang ni tambahan pulak orang tak ramai waktu ini. Sempat la ambil gambar walaupun hati kuciwa Tuhan saja yang tahu.
Yeayyy dah sampai! Memula excited kemain
Acah-acah sweet konon
Dah boring ambil gambar kami pun dah lapar tahap pelarian. Dan nasib baik la laki aku ni ada tanya penganjur kat situ. Rupanya belon akan dinaikkan semula pada pukul 6pm. Yahoooo!! Kami ada 4 jam sebelum pukul 6. Sebenarnya pada sesi pagi belon dah dinaikkan pada pkul 7-10am. Lepas tu disebabkan cuaca terlalu panas mereka kena la "simpan" belon udara tu dan dinaikkan semula pada pukul 6pm. Jadi moral of the story kat sini malu bertanya sesat jalan. Maka silalah tanya kepada orang yang lebih tahu dan jangan buat spekulasi sendiri macam aku, HAHA.
Aku pun dah lama teringin nak makan nasi kandar. Teringat nasi kandar Restoran Deen di Jelutong. Kawan aku pernah bawa aku ke sana masa aku bujang-bujang dulu. HAHA Dapat jugaklah aku merasa makan nasi kandar ni. Wuuu menangis bila dapat makan! Sedap aku habaq hang. Dan kami ada la buat aktiviti lain.
Nak makan pun kena beratur oii!
Aku dah tahap menangis teresak-esak bila dapat makan nasi kandar ni. Terbaik!
Pukul 6 je kami dah terpacak dekat Padang Polo. Time ni mereka baru nak naikkan belon. Lebih kurang setengah jam juga la nak tunggu belon naik sepenuhnya. Satu persatu belon udara dinaikkan.
Time ni baru nak bubuh angin dalam belon dan ambil masa juga la untuk kembang sepenuhnya.
Dan akhirnya..................!!!
Masa untuk feeling seperti di Capadocia!
Happy-nya perempuan ni hanya Tuhan saja yang tahu!
Untuk pengetahuan hampa, kita boleh naik belon yang diterbangkan dalam 5 kaki tinggi tak silap aku. Ahh janji diterbangkan. Boleh dapatkan tiket RM50 seorang tapi kena cepat sebab jumlah tiket sangat terhad. Lebih kurang dalam 150 tiket saja yang dijual. Itu pun sold out dengan lajunya! Aku? Tengok dari bawah saja. Lagi pun bajet akan lari kalau aku naik menda alah ni. HAHA
Kebetulan kawan aku pun ada ikut sama. Kami plan jumpa dekat sini. Meriah sangat dengan ramai pengunjung. Lagi best kalau hang bawak tikar duduk berkelah-kelah di tengah padang, Layan jugak!
Kena halau dari sini sebab dorang perlu tarik tali untuk naikkan belon.
Kawan gila-gila aku. Thanks temankan kami laki bini!
Sempoi kan gambar ni! Jangan dekat dengan api tu kalau takmau hangus.
Seronok nampak? ツ
Secara totalnya, aku amat berpuas hati. So berbaloi la muka aku sedikit burn, penat jalan kaki, turun naik public transport sebab akhirnya boleh jugak tengok hot air ballon ni. Kahkahkah dia punya teringin boleh kalah orang mengandung mengidam mempelam tau!
Masa cuti New Year awal bulan ni, aku berpeluang menjejakkan kaki ke Bukit Bendera. Tengok dekat Facebook, kawan² ramai yang dah ke sana. Ramai dah cakap Bukit Bendera dah cantik. Aku sebenarnya belum pernah ke sana, jadi aku taktau keadaan sebelum renovation macam mana. Sebelum tu maafkan aku kerana peram entry ni begitu lama. Bukan apa, masa memang sangat mencemburui aku saat ini. Kahkahkah!
Masa sampai tu, punyalah ramai manusia. Nak beratur beli tiket boleh tahan panjang barisannya. HAHA Mau tak mau kena beratur jugaklah. Untuk harga tiket murah sangat ye kawan². Hanya RM10 seorang untuk tiket pergi balik. Tapi nak dapatkan harga ini kenalah tunjuk MyKad hampa dekat kaunter. 1 MyKad untuk 1 tiket. So kalau hampa tolong wakil belikan tiket untuk ibu ayah nenek jiran laki bini hampa silalah bawa bersama MyKad mereka. Ada fahammm?
Dapat tiket dah! Sekarang tunggu la tren secara berjemaah
Lepas dapat tiket, kena beratur lagi. Kali ini beratur untuk naik tren pulak. Tunggu di sini agak menyeksakan sikit. Lama jugak la beratur sementara nak dapat turn naik tren. Jadi kesabaran yang tinggi amatlah diperlukan di kala ini. HAHA Tapi bila dah dapat naik, teruja sungguh kawan.... Yela, tak pernah lagi aku naik bukit menggunakan tren. Cable car pernah la. Seronok jugak, boleh nampak permandangan di kiri dan kanan. Dan sesungguhnya aku teramat kagum dengan pekerja² yang terlibat dalam pembinaan landasan tren ini. Clap clap clap!!
Bila dah sampai di atas, angin yang sejuk mula terasa. Sejuk je, segar je hirup udara bersih. Dan bermulalah acara menikmati panorama indah & memukau. Boleh nampak seluruh Pulau Pinang yang terbentang luas habaq hang. Semuanya nampak kecil² je. Terasa kerdil sekali ye diri ini.
Nah aku belanja view cantik dari atas bukit..!! Suka tak?
Speechless...
Apa lagi, masa untuk bergambar la. Dah ambil gambar boleh la rileks mata tengok keindahan yang jarang² boleh dapat. Lepas tu kami berjalan ² la sekitar kawasan ini. Actually, masa kami sampai dekat atas rupanya ramai jugak yang beratur untuk turun ke bawah. Panjang barisannya oiii! Takpelah abaikan yang tu. Enjoy permandangan lawa dulu. Ada lif yang akan membawa kita turun ke bawah. Turun pakai tangga pun boleh. Tak silap aku macam ada 3 level la untuk kita enjoy panorama Pulau Pinang ni. So kami decided nak pakai tangga je. Boleh la cuci mata kan.
Gambar ni aku ambil masa di level bawah. Still nampak view yang cantik dan takda la crowded sangat dengan orang macam level atas sekali tu.
Sepanjang jalan hang akan jumpa bunga berjenis-jenis. Segar bugar pulak!
Dah bosan di bawah, kami naik semula ke atas. Ikut je trek yang mereka sediakan. Sampailah nanti di atas. Rupanya kat atas ni lagi best. They called it Astaka Bukit Bendera. Ada cafe, owl museum, tempat "mengunci cinta", masjid, balai polis, rumah lawa dan macam-macam la. Layan gambar hokey! HAHA
Padlock berbentuk hati ni boleh dibeli dengan harga RM45 kalau tak silap dan percuma tiket masuk ke Owl Museum. Dan FYI padlock ni takda kunci. So kekononnya once hampa dah lock menda alah ni, ia takkan boleh dibuka sampai bila-bilalah. Kami perati jelah. Dari membazir duit tu baik kami pi makan. Kunci cinta dalam hati masing-masing sudahlah. Kahkahkah tolong jangan muntah.
Ini jelah yang kami mampu. HAHA Panas oiii atas ni. Terbakaq biji mata T__T
Kat atas ni siap ada replika LOVE lagi. Nak ambik gambar pun macam ramai sangat. Perati jelah dari kejauhan.
So dah puas jalan, jangan lupakan ibadah kita. Hampa jangan risau, dekat atas bukit ni ada masjid. Selesa lagi. Jadi lakukanlah tanggungjawab kita. Sorry takdak gambar pulak. Jadi selesai semua kami jalan lagi naik atas. Rupanya ada rumah kat atas sekali. Tapi takleh masuk pun sebab berkunci.
Ni lah rumah besar lawa dekat atas sekali tu. Taktau rumah apa. Main redah je ambil gambar. Aku taknak hampa mengigau bila pandang muka aku tu!
Dah habis melawat setiap inci kawasan, apa lagi balik la! Ha azab siksa sikit la sebab nak balik pun still kena beratur. Jadi janganlah potong barisan ye. Boleh bawak gaduh oii! Masa turun lagi best. Bayangkanlah hampa dalam tren turun bukit. Menjunam je rasa. Gayat pun hadooo. Kira ok lah, jadi best experience la untuk aku. Siapa yang suka enjoy permandangan lawa-lawa boleh la datang. Seronok jugak. Selalu tengok hutan batu je, apa kata ubah sikit angin. Tengok hutan yang betul-betul hutan. Hirup udara fresh lagi. InsyaAllah mungkin aku akan datang lagi bila-bila