Tuesday 30 June 2015

Apa salah dia?


Saat anak-anak lain sebaya dengannya dibelai manja ibu bapa
Anak kecil ini pula diseksa hampir hilang nyawa
Saat dia sepatutnya bersuka ria
Malangnya dia terpaksa menanggung sakit derita
Allahu, apa salah anak kecil ini?
Mana belas ihsan kau sebagai manusia?
Mana kasih ayah?
Mana kelembutan ibu?
Tergamak kau perlakukan darah dagingmu sebegitu.
Oh, barangkali kau mahu tegakkan egomu.
Anakmu gembira bersama isteri baru mu.
Kau keji tahu?

Ya, mungkin balasan untuk kau sedang menunggu sekarang.
Tapi berbaloikah dengan kesan yang anak ini terpaksa hadap seumur hidupnya.
Trauma, kecacatan kekal.
Kerana tangan kau dia terpaksa menanggung semua ini.
Moga Allah sahaja yang akan membalas perbuatan kau.

p/s: Aku ingatkan zaman mak tiri jahat macam bawang putih bawang merah dah takda. Tapi nampaknya makin dahsyat, sebab mak sendiri pun boleh bunuh anak dia apatah lagi mak tiri. Akhir zaman.......:face29:

Monday 29 June 2015

Entry Ramadhan #2: Dugaan


Datang lagi dengan entry special Ramadhan. *HAHA poyo:face15: 

Ok nak habaq la kan. Surau tempat kerja aku bersebelahan dengan kantin tau. So, bila masuk waktu Zohor marilah kita menuju kejayaan ye kawan-kawan. Tapi kan, start dari 1st day puasa aku macam perasan benda ni tau. Asal je nak angkat takbir bau masakan dari kantin sebelah macam asyik membelai-belai lubang hidungku. Dah tu mulalah solat tak kusyuk. Kejap-kejap bau gulai, pastu bau ikan bakar, tak lama pulak bau ayam percik. HAHA dan FYI, kantin tempat kerja aku ni memang tak beroperasi pun waktu pagi. Cumanya bila masuk tengahari mereka akan prepared la semua makanan untuk dijual masa berbuka nanti. Jadi, janganlah hampa aneh kenapalah kantin ni masak awal sangat. 

Dugaan la tu. Dah la bau makanan sedap ya ampun.... Pastu solat pun tak kusyuk sebab asyik meneka bau apakah itu. Hehe ntah pape la perempuan ni kan?:face4:




p/s: Puasa kali ni aku sekeluarga makan bersederhana saja. Alhamdulillah, harap berterusan sampai akhir Ramadhan:17:

Sunday 28 June 2015

Aku cuba mejadi kuat...........!


Lately, ada beberapa perkara yang sering mengganggu fikiran. Fikir banyak sangat sampai kadang-kadang hilang mood nak bekerja. Masalah dah lama tapi makin hari makin membebankan.

InsyaAllah, aku cuba cari penyelesaian yang terbaik. Ikutkan hati takmau susahkan siapa-siapa dengan hal aku ni. Fighting!! I know I can solve this problem!!
:face32::face32::face32::face32::face32:
:
p/s: Allah, mudahkan urusanku dunia akhirat....

Saturday 27 June 2015

Entry Ramadhan #1: Syukur




Setelah lama tak men-doodle, tetiba weekend ni rajin pulak nak lukis. Sampai dah lupa cara nak pakai photoshop bagai. HAHA. Ok entry khas Ramadhan. Ala untuk suka-suka je. Pengalaman sendiri. Aku rasa semua orang pun ada mengalami situasi macam dalam doodle tu kan? Pukul 1.00PM belum lagi tapi perut dah berdangdut semacam. Ehhh.. Kadang-kadang bunyi kuat sampai aku takut colleagues aku dengar. HAHA teruk betul perangai kan?

Baru berpuasa sehari dah tak boleh tahan. Orang lain kadang-kadang sampai 2-3 hari tak makan tak kecoh pun. Huhu actually bulan Ramadhan memang betul-betul mengajar aku erti syukur. Yela, kita di Malaysia sedap sungguh berbuka macam-macam juadah, hidangan. Belum masuk part air berjenis-jenis. Akhirnya bila dah terlampau kenyang, makanan yang tak habis dibuang begitu sahaja. Sedihnya...

Baru-baru ni ada tengok video kanak-kanak kecil yang 2 hari tak makan di Syria. Kesian sangat!:face22: (Nah aku share video tu pada yang belum tengok)


:face29: :face29: :face29:
Tersentuh hati ni bila tengok mata dia. Syukurlah kita kat sini makanan lebih! Jadi jangan membazir, jangan turutkan nafsu. Bersederhana dan bersyukur. Itu lebih berkat.

Ok taknak membebel panjang. Just sharing pendapat buang sebaris dua. Hehe.

p/s: Berharap ada entry seterusnya:face44:

Wednesday 17 June 2015

Salam Ramadhan 1436H


Alhamdulillah, masih berkesempatan lagi tahun ini kita menyambut Ramadhan. 
Jadi, jika ada salah dan silap sepanjang kita ber-blog ini, aku nak mintak maaf banyak-banyak ye kalau ada yang terasa, tersentap, terguris. Tak payah tunggu raya la baru nak mintak maaf. 

Moganya, tahun ini Ramadhan kita akan lebih baik dari tahun sebelumnya. Siapa nak tambah tick dekat buku kanan, inilah peluangnya. Sama-sama kita manfaatkan peluang yang tak selalu datang.

Ahlan was ahlan ya Ramadhan!

Tetiba excited nak bersahur, nak berbuka, terawih, PARAM...Macam-macam la excited. 

Source: Google

p/s: Plan nak buat entry special Ramadhan. Cewah! Berjaya atau tak? Kita tengok nanti...Hehe

Saturday 13 June 2015

My Bucket List: Travel


Source: We Heart It

Impian yang dah lama aku simpan. Ada beberapa kekangan tapi tak bermakna itu menghalang impian aku. Mungkin ter-inpirasi dari seorang rakan yang membuatkan impian ini makin membuak-buak. InsyaAllah, one fine day it will become true!

p/s: Now, focus on my big day. Moga dipermudahkan Happy weekends!!