Setelah lama tak men-doodle, tetiba weekend ni rajin pulak nak lukis. Sampai dah lupa cara nak pakai photoshop bagai. HAHA. Ok entry khas Ramadhan. Ala untuk suka-suka je. Pengalaman sendiri. Aku rasa semua orang pun ada mengalami situasi macam dalam doodle tu kan? Pukul 1.00PM belum lagi tapi perut dah berdangdut semacam. Ehhh.. Kadang-kadang bunyi kuat sampai aku takut colleagues aku dengar. HAHA teruk betul perangai kan?
Baru berpuasa sehari dah tak boleh tahan. Orang lain kadang-kadang sampai 2-3 hari tak makan tak kecoh pun. Huhu actually bulan Ramadhan memang betul-betul mengajar aku erti syukur. Yela, kita di Malaysia sedap sungguh berbuka macam-macam juadah, hidangan. Belum masuk part air berjenis-jenis. Akhirnya bila dah terlampau kenyang, makanan yang tak habis dibuang begitu sahaja. Sedihnya...
Baru-baru ni ada tengok video kanak-kanak kecil yang 2 hari tak makan di Syria. Kesian sangat! (Nah aku share video tu pada yang belum tengok)
Tersentuh hati ni bila tengok mata dia. Syukurlah kita kat sini makanan lebih! Jadi jangan membazir, jangan turutkan nafsu. Bersederhana dan bersyukur. Itu lebih berkat.
Ok taknak membebel panjang. Just sharing pendapat buang sebaris dua. Hehe.
time bulan Ramadhan ni la kena berjimat sebenar nyer. tapi yg sebalik nyer pulak yg berlaku.
ReplyDeletekita kat sini makanan sampai kena buang bertan-tan :3
ReplyDeletepukul 11 pukul 1 tu mmg saat2 genting tu.. belum smpai pukul 5-6 lg, sampai rumah terus terbaring..
ReplyDeletetak sampai hati nk tgk video tu. kesiann. huhu
alahai,sedihnya video tu walaupun pendek.itulah hikmah puasa, dapat merasai derita orang lain
ReplyDeletekt malaysia makanan smpai kena buang dlm tong.. tu pun xreti bersyukur
ReplyDelete