Sunday 31 December 2017

Syukur.....


Bila musim panas kita membebel-bebel.
"Panaslah"
"Tidur semalam berpeluh-peluh"
"Sekarang ini panas sangat"
"Habis burn kulit aku jalan tengah panas"
"Kalau hujan kan best"

Bila musim hujan pun kita masih membebel-bebel.
"Basuh baju tak kering-kering"
"Susahlah nak lepak luar musim hujan ni"
"Air naik pulak la dalam rumah aku lepas ni"
"Hujan pulak...baru nak keluar dating"
"Bagusnya kalau panas time-time ni"

Bersyukurlah.
Allah tak pernah marah pada rungutan kita.
Dia tetap juga memberi apa yang kita minta.
Kan?

*Aku juga begitu(⌣̩̩́_⌣̩̩̀)

♥ps: Kalau kita rasa kita susah, cuba buka mata tengok kesusahan orang lain. Pasti kita rasa bersyukur lepas tu. Cubalah!

Saturday 30 December 2017

Kecewa



Dari sini aku belajar,

1. Kalau buat something, jangan mengharapkan penghargaan dari orang lain. Anggap saja apa yang kita buat sebagai amanah/tanggungjawab yang diberikan kepada kita.

2. Dunia kerja mungkin dah tak setelus dunia universiti atau sekolah. Politik syarikat di mana-mana.

3. Kalau kerja mengharapkan pujian, kita akan kecewa.

4. Workaholic biarlah berbaloi dan kena pada tempatnya.

5. Cari rezeki kerana Allah.

6. Kerja macam mana sekalipun, family tetap #1.

Kalau hampa ada apa lagi nak tambah, sila-sila. Jangan malu-malu.

♥ps: Kalau letak harapan dekat manusia kita mungkin akan kecewa, tapi kalau letak harapan dan minta dekat Allah aku yakin Dia takkan pernah kecewakan hambaNya.

Friday 29 December 2017

Dulu dan kini


Zaman dulu:
Note RM10 dalam dompet.
Gaji Isnin depan. 

Cukup untuk minggu ini!


Zaman sekarang:
Note RM50 dalam dompet.
Gaji Isnin depan.

Cukup untuk hari ini!

Kasihan(˘_˘٥)

♥ps: Contoh saja tau. Jangan kecam aku plak kata perbandingan aku tak logik la bagai. CONTOH..... HAHA

Thursday 28 December 2017

Makin kurang

Tadi saja godek-godek post lama. Haaa inilah salah satu sebab aku buat blog. Boleh baca post aku yang lama. Pastu teringat kejadian satu persatu. Lepas tu berangan. HAHA

Tetiba perasan sesuatu.


Dari tahun 2012 (Actually aku ada blog lama tapi dah delete) berblogging. Makin lama makin sikit aku pun post. HAHA 

Sibuk sangat. Biasalah makin lama makin tinggi komitmen. Masa pun tak banyak macam zaman remaja dulu. Eceh!

Tapi salah satu resolution aku untuk tahun depan
----- 1 hari 1 post

Doakan aku berjaya! HAHA

♥ps: Dari sekarang kena plan nak post apa ke? >,<

Wednesday 27 December 2017

Exchange Gift


Minggu lepas ada join dengan colleagues untuk Christmas Exchange Gift. Syaratnya kena beli hadiah minimum RM30 je. Biasa la bila colleagues ramai perempuan macam-macam la benda nak buat. HAHA.



Aku beli set mandian dekat Guardian dalam packaging khas untuk Christmas Gift. Cute packaging. Bertuah siapa dapat hadiah aku. *Mampu puji diri sendiri je

Aku dapat apa?
Multi purpose boxes. 
I guess.........㋛



I is tak happy dengan hadiah tu.
Sebabnya:
1. Tak patuh syarat hadiah minimum RM30.
-- I even can sure yang kotak ni semua lebih kurang RM10
2. Spoiled my mood.
-- Orang lain happy je dapat hadiah best tapi I buka je pembalut tengok hadiah terus menangis T_T
3. Not fair.
-- I know 'pemberi hadiah' dapat hadiah best and totally not worth dengan apa yang dia bagi.

And maybe aku tak join dah. HAHA orang mesti cakap alah macam budak-budak tapi bagi aku bila aku bagi 100% komitmen untuk cari hadiah macam syarat yang ditetapkan bila benda macam ni berlaku aku jadi kecewa. Aku pusing satu shopping mall tau sambil fikir nak cari hadiah yang best mengikut bajet.

So nasihat aku, kalau rasa kedekut jangan join. Kesian orang yang jadi mangsa. Aku anggap bukan rezeki aku. Takpelah, I is redha.

♥ps: Kalau nak diri sendiri gembira, kita kena belajar gembirakan orang dahulu.

Thursday 21 December 2017

2017 best nine


Sekejap je masa berlalu. Dah nak masuk tahun baru kan? ♥

Alhamdulillah, banyak perkara suka dan duka berlaku dalam tahun 2017.
Best part bila dapat travel la! Wishlist dah bertanda satu persatu.
And more wishlist to go in 2018, InsyaAllah!

Untuk tahun 2018, aku ada misi dan azam yang sedikit berbeza.
Nanti la aku share kalau berkesempatan. HAHA.
Hampa macam mana? Ada resolution yang tercapai untuk 2017?

Tadi godek² blog ternampak blogger Azhafizah post pasal #2017bestnine
Kita pun nak join sekaki jugak lah! :p

 Hampa nak try jugak? 
Boleh click gambar kat bawah!


p/s: Jom la share azam 2018 hampa! ♥

Tuesday 5 December 2017

Monday 4 December 2017

Pergi

Sudah lama tak menaip di sini. Rindu macam dulu-dulu bila ada banyak masa dan idea nak menaip dalam blog.

Minta maaf kalau ada siapa-siapa tanya di komen tak berbalas. Sesungguhnya aku dah lama tak buka blog! InsyaAllah aku cuba reply satu-satu *even dah sebulan berlalu ;p

Coretan hari ini adalah sebangai peringatan untuk diri sendiri dan kawan².

Last Friday, dapat khabar berita saudara telah dijemput Allah. Dan hari ini sekali lagi mendapat perkabaran yang sama.

Allah.
Sedih.
Takut.
Jalan mereka di dunia dah tamat. Macam mana dengan jalan kita?

Moga semuanya dipermudahkan.
Al-Fatihah ♥


Thursday 3 August 2017

Endometriosis


Entry selepas berbulan menyepi. Maklumlah sibuk kalah menteri. HAHA

Just want to share something happened to me last month.

Endometriosis.

Itu yang doktor bagitau lepas aku buat checkup. Aku punyalah susah hati. Alhamdulillah, Allah jadikan aku seorang yang jarang sakit, setakat demam biasa dan tak pernah admitted in ward. Boleh bayangkan tak tiba-tiba doktor cakap aku kena jalani pembedahan untuk buang cyst yang ada berdekatan uterus. Seram beb!

One of the factor that I can't get pregnant. HAHA Aku percaya rezeki itu dari Allah tapi kenalah kita berusaha. Terima kasih juga dekat kawan aku yang cadangkan aku ke klinik untuk scan rahim just to make sure rahim sihat atau tak. Dan result yang aku dapat sungguh tak ku jangka! TT__TT

Alhamdulillah, 24 Julai 2017 pembedahan membuang cyst berjaya dilakukan. Sakit? Hanya Allah yang tahu tapi mak aku cakap ini baru suku dari sakit nak bersalin. Omaigaddd! >o< Sekarang masih dalam stage pemulihan but I really hope this is my first & last experience become endometriosis patient. Dan kenalah makan berpantang sikit. FYI, ada kebarangkalian cyst ini "tumbuh" semula. Jadi, aku kenalah start train diri aku makan makanan yang berkhasiat. No fast food, no ice, no process food, less sugar. Ayam dengan daging pun aku kena kurangkan pengambilan.





First time kena cucuk kat tangan, first time kena tidur wad, first time kena masuk air. T_T

Just my advice, wanita-wanita dekat luar sana tu kalau rasa lain macam jangan lengah-lengah buat check up. Pasangan-pasangan yang baru berkahwin (range dalam 1-3 tahun) yang masih "tak lekat" macam aku ni boleh la usya mana-mana klinik. Orang kata jangan kalut, enjoy dulu tapi kita tahu apa yang kita nak. Jadi janganlah malas berusaha dan hanya dengar cakap-cakap orang! HAHA

Aku taknak explain panjang-panjang hal perubatan dalam entry ni. Sure hampa boleh Google sendiri. Doktor pun suruh aku Google sendiri woi! Dia cuma explain sikit je dekat aku tapi terima kasih jugaklah dekat dia sepanjang merawat aku, layanan yang bagus dekat hospital, cik misi-misi pun baik. InsyaAllah, aku doakan lepas ni semua akan OK sahaja. 

Trimas sebab baca entry aku. Rasa macam skill penulisan makin tumpul. HAHA

Thursday 6 April 2017

Heartbreak



"SERANGAN SENJATA KIMIA DI SYRIA MEMBUNUH......"

Tak sanggup nak tonton video di Facebook sampai habis. Air mata mengalir sendiri melihat bapa yang meratap kematian anak, kanak² yang mati dengan cara yang menyeksakan dan menyakitkan. Allah!

Tak dapat bayangkan jika aku ada di tempat mereka.

100000005025632
Credit Google

Terbaca info di The Vocket (link), boleh baca bagi sesiapa yang tak tahu apa jenis serangan ini.
Pada yang mahu menghulurkan sumbangan, korang boleh klik http://www.billplz.com/ambulanceforsyria

Tuesday 4 April 2017

Don't too much!



Tak salah ada target.
Kadang-kala kau achieved.
Tapi jarang sekali kau failed.
Kau kata kau boleh buat dengan sempurna.
But don't forget that nobody perfect.

Bagi ruang sikit untuk diri sendiri.
Don't push yourself too hard.
Sekali sekala ada terkurang.
Bukan bermakna kau lemah.
Kan?:face15:

Monday 3 April 2017

#sembangpagi: Blog tak semeriah dahulu?

Saja tertiba aku terdetik nak tulis pasal ni.
Dulu, bila sign in blog bukan main excited aku nak post entry, nak blogwalking, nak komen-komen.

Tapi sekarang aku dah tak rasa kemeriahan tu.
Kawan-kawan yang aktif berblogging dulu pun rasa macam dah kurang.
Ke sebab aku pause terlalu lama sampaikan aku sebenarnya yang tertinggal di belakang?
Atau orang dah beralih ke platform media sosial yang lain macam Facebook atau Twitter di mana lebih cepat berbanding blog?

Korang rasa macam mana?
Sharelah dengan aku.
Anyway, aku masih lagi suka berblogging.
Sebab aku rasa bila aku tua nanti *InsyaAllah jika dipanjangkan umur aku nak tayang blog aku dekat anak cucu cicit aku. HAHAHA
Cuma buat masa sekarang aku terlalu sibuk dan kering idea.


Sunday 2 April 2017

Makan angin di Berjaya Hills Bukit Tinggi dengan BFF!


Bukan senang nak plan bercuti bersama-sama dengan kawan kita lagi bila masing-masing ada komitmen sendiri dan berkeluarga. Tapi Alhamdulillah, plan makan angin yang dirancang sejak berkurun lamanya akhirnya tercapai! Aku dengan kawan baik aku, Nadia dah berkawan sejak kami di sekolah lagi. Dan kami memang nak sangat travel sama-sama even kami dah berumah tangga. Paling best pasangan kami pun sporting. Bonus pada kami. Jadi perancangan kami berjalan lancar. 

Untuk pertama kali travel with BFF ni kami memilih dalam untuk ke Berjaya Hills Bukit Tinggi. Pilih dekat-dekat dulu untuk dapatkan keserasian. Cewah ayat! Sebelum pergi tu aku dah research dan buat simple itinerary bagai untuk ke Berjaya Hills. Dan dari research aku tu barulah aku tahu yang Bukit Tinggi ni boleh habis dilawati dalam sehari saja. Kami pun decide untuk pergi balik hari saja tanpa bermalam.

Apa yang best dekat Berjaya Hills Bukit Tinggi ni?
Ok mari aku listkan tempat best untuk korang!

1. Colmar Tropicale
Pukul 8 pagi kami dah tercongok dekat depan kawasan hotel ini. Awalkan? HAHA selalunya pukul 8 pagi aku masih dalam selimut. Untuk pengetahuan korang, Colmar Tropicale ini adalah kawasan hotel yang bercirikan bagunan-bagunan di Perancis. Jadi bolehla feeling macam duduk overseas kejap. Kawasan ini agak sejuk & nyaman tapi tidaklah sesejuk Cameron Highland. Nak masuk bergambar dalam kawasan hotel ini dikenakan fees sebanyak RM15 seorang. Agak mahal tapi alang-alang kami dah sampai bayar sajalah. Entah bila lagi kami akan datang ke sini. Ada juga pengunjung yang mengatakan harga itu tak berbaloi kalau hanya sekadar mahu bergambar. Jadi bila dah bayar kami boleh la merayap sesuka hati dalam kawasan hotel ini. 
Terdapat cafe ala Perancis dalam kawasan hotel ini. Boleh pilih mana yang korang teringin nak makan. Tapi bab harga faham-faham sajalah. Tambah pulak berada di atas kawasan bukit. Kalau nak jimat sila bawa bekal dari rumah! Di sini juga ada stage performance Tarian Perancis + tarian² lain pada masa-masa tertentu tapi kami tak tengok pun sebab persembahan tu bermula pada pukul 12PM.









#jangankecam





2. Botanical Garden
Next place adalah Japanese Village & Botanical Garden yang terletak di kawasan lebih tinggi dari Colmar Tropicale. Korang boleh tunggu bas dari Colmar Tropicale yang akan membawa ke sini. Tapi kami memilih untuk naik menggunakan kereta sendiri. Make sure kereta servis baik-baik tau sebelum naik ke Berjaya Hill ni:face69:

Left or right?
Untuk pengetahuan hampa, Japanese Village ini merupakan taman Jepun yang pertama di dunia di dalam kawasan Hutan Tropika, Fehh kagum tak? Sila kagum dari jauh. Dekat sini hampa boleh pilih mahu ke Botanical Garden dahulu atau ke Japanese Village. Kami pulak memilih untuk ke souvenir shop yang ada di sini. Comel je kedai souvenir ni tau. Ada jual pelbagai barang ala-ala Jepun macam keychain, t-shirt, koinobori & Japanese tradisional doll. Dah habis shopping, kami masuk ke Botanical Garden. Macam biasa, mestilah banyak tumbuh-tumbuhan kat sini. Kawasan ini sangat besar ye kawan-kawan. Aku hanya mampu melawat sekerat je dan keadaan laluan jalan yang berbukit membuatkan aku semputttt! Oh ya dalam Botanical Garden ni ada sebijik restoran makanan Jepun tapi aku tak pasti halal ke tidak.



View dari luar kedai souvenir


Banyak pilihan patung comel ni. Kawan aku ada hadiahkan aku 1 set. Thanks yayangg!!

Dekat atas tu la restoran Jepun tapi tak buka pun.


Aku suka betul dengan pokok-pokok yang menjalar dekat kayu ni.


Aku tertarik dengan nama pokok ni! HAHA



3. Japanese Village
Seterusnya kami terus masuk ke Japanese Village. Dan sememangnya kawasan ini lawa sangat. Memang akan terasa betul² di Jepun cuma panas je. Maklumlah Malaysia:face20: HAHA Kawasan taman ini dihiasi dengan kolam dari sungai kecil yang mengalir dari bahagian atas bukit. Ada rumah ala-ala Jepun dan yang lagi best hampa boleh sewa kimono dengan harga RM20 dalam masa lebih kurang 10 minit. Jadi bolehlah melawat kawasan sambil bergambar sekejap. Ada satu kisah berlaku masa kami sewa, owner kimono tak bagitau berapa lama boleh sewa jadi kami pusing 1 taman. Lepas sejam baru return dan owner dah bising² sebab takut kimono dia hilang!:face8:Dalam taman Jepun ini ada spa & suite tapi closed.


View sebelum pintu masuk Japanese Village









Ambil feeling macam dekat Jepun 




Tetiba rasa comel ber-kimono. KAHKAH

4. Animal Park/Rabbit Park
Tempat ini kecil je. Entry fee RM5 per person. Panggil pun rabbit park, mestilah dipenuhi rabbit. Takkan dipenuhi tapir pulak kan. Hampa boleh je beli sebungkus makanan arnab berharga RM3. Kami tak beli pun mengenangkan perut kami pun belum terisi tapi sibuk nak kenyangkan arnab. HAHA banyak juga arnab kat sini. Semua bulu gebu gebas gitu. Aku memang sukalah sangat dengan binatang comel macam ni. Boleh kejar² dengan rabbit pun dah sangat bahagia.

Comelnya kau tidur nakkkkk!! <3




Then sebelah kandang arnab ada playground. Binatang tak banyak tapi hang boleh sentuh rusa kat sini siap boleh belai bergambar lagi. Rusa² di sini dibiarkan berkeliaran bebas dan agak jinak. Jadi hang jangan la takutkan depa. Approach them with love, for sure rusa tu bagi hang belai dia. Tak percaya sila cuba. Aku taip berdasarkan pengalaman:132: 

Kan aku cakap yang boleh belai menantang ni dengan kasih sayang

5. Horse Trails
Ini tempat untuk kau merasai pengalaman menunggang kuda. Entry fee RM2 per person. Untuk ride kuda ada harga berbeza mengikut pakej. Kalau kau saja nak naik pusing² dalam 10 minit harganya cuma RM35. Tapi aku hanya memandang dan melawat kuda² yang ada. Nak naik rasa macam mahal sangat. HAHA akak bukan kedekut dikkk:face4: Lagi pun kuda di sini tak banyak. Lebih kurang 10 ekor je.


Ada bas tau yang akan bawa kau untuk jalan-jalan dalam ni. Berapa tambangnya aku tak pasti pulak.








So kalau kau merancang untuk short vacation bolehlah pilih Berjaya Hills ini tempat bercuti korang. Kalau nak best lagi boleh sewa hotel di Colmar Tropicale. Dengar kata, waktu malam di Colmar Tropicale agak cantik. Betul ke tak aku tak pasti la. Korang kena datang sendiri untuk mendapatkan jawapan tu.

Apa pun, ini saja pengalaman aku di Berjaya Hills ini. Next time InsyaAllah kalau ada rezeki boleh datang lagi. Teringin juga nak menginap di hotel ala-ala Perancis ini. Yang pasti percutian ini memberi banyak memori yang best kepada kami.

To my BFF, thanks for everything. You are the best! I love you:face2: Nanti boleh plan our next trip!

Nota: Dah lama peram entry. Aku pergi ni sebelum CNY tau. KAHKAHKAH