Showing posts with label Alhamdulillah. Show all posts
Showing posts with label Alhamdulillah. Show all posts

Monday, 6 August 2012

Bersyukurlah~

Assalamualaikum.


Salam Ramadhan:) Wah dah hampir 2 minggu berpuasa kan? Hehe tak lambat dah tu. *raya lettewww~ Takde lah, tengok shopping mall, pekan rabu, masjid jamek & segala lagi kedai penuh je orang membeli-belah!! Nak pijak kaki pun tak sanggup. Ramai sangat!! TT__TT Apa pun, Alhamdulillah. Kita dimurahkan rezeki oleh Allah. Boleh shopping, berbuka bersama family lagi. 
Seronok kan?^^ Tapi yang kesusahan? Jangan kita lupakan tau;)


Tajuk bersyukur pulak. Hehe. Bukan apa, I just read a story from Facebook. Posted by one of my friends. The story that touch my heart and make me realize how perfect my life. Given by Him:') Aku ada keluarga yang sempurna, tak kaya tak miskin tapi sederhana, parents yang mengambil berat. Biasa saja tapi itu sangat perfect di mata aku!! Hehe.


Reality. Bukan kejam tapi itu makna kehidupan. Kan? Macam mana seorang kanak-kanak boleh bertahan cukup kuat bila kehilangan bapa, hidup miskin makan minum hanya bergantung pada duit kebajikan masyarakat, ibu yang tak bekerja dan mempunyai 7 adik beradik. Kehidupan jadikan kita tabah. Bila ditanya, berbuka dengan apa? Jawabnya, minum air saja. Sedihnya, padahal yang berkemampuan tu siap membazir lagi. Lain pula cerita dengan yang berpuasa dalam keadaan ketakutan, peperangan, pembunuhan umat Islam. Kita, air berkarat sikit pun dah merungut. Mereka? Minum air dari lopak. Itu pun kalau jumpa air.


Kadang-kadang, bila aku rasa susah, aku lupa ada lagi orang yang lebih susah dari aku. Bila aku sedih, ada lagi orang yang lebih sedih dari aku. Bila aku takut, ada lagi orang yang lebih takut dari aku. Bersyukur lah. Apa yang diberikan kita sekarang olehNya adalah pemberian yang sangat sempurna untuk kita. Sekurang-kurangnya kita ada apa yang kita mahu dari mereka yang hilang segalanya.




p/s: Fibox ada problem ke? Takleh view pun:( Ke aku yang problem?Hahaha