Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Thursday, 17 March 2016

BoBoiBoy The Movie


Ceritanya semalam bawa cousin tengok BoBoiBoy. Yela, gatai berjanji kan. Padahnya asyik mengungkit je bila nak p tengok. Patutlah orang cakap kalau hang berjanji benda lain takpa, tapi kalau hang berjanji nak tengok BoBoiBoy dia akan minta sampai dapat tengok-_-


Dah seminggu ditayangkan khabarnya kutipan mencecah 8 juta. Fuyohhh best sangat ke? Kena la pi tengok sendiri. Pada pandangan aku BoBoiBoy The Movie memang  awesome habaq hang!! Terbaik! Tak rugi pun kalau bawak budak² kecik pi menonton. Penuh dengan humor! Yang lagi padu, BoBoiBoy sudah ada Kuasa 5. Menatang apa Kuasa 5 tu hang pi la tengok sendiri!:face14:


Watak favorite aku Papa Zola Kebenaran.......-_- Aku rasa watak ni kot yang  buat aku gelak tak berenti². Bukan aku gelak syok sendiri je satu panggung gelak. Haaa memang terbaik! Bila tanya cousin aku best tak, dia jawab best!  Budak² tak pandai menipu oiii! HAHA:face18:


Aku story sikit la jalan cerita dia OK. Geng Tengkotak nak rampas kuasa Teleportasi dari Klamkabot untuk menakluki planet² yang ada. Jadi Klamkabot datang ke Bumi nak transfer power dia tu ke Ochobot. Bila Geng Tengkotak dah berjaya ambil Ochobot dari BoBoiBoy dan kawan² masa ni lah banyak part best²! Berjayakah Geng Tengkotak merampas kuasa Teleportasi tu? Apa akan jadi kepada Ochobot? Hampa kena tonton sendirilah. Kang aku cerita spoil pulak kan...HAHA:face15:

Cuti sekolah ni kan? Spend la sikit masa dengan anak-anak, adik-adik, budak kecik, toyol semua pi menonton ye. Promote tak berbayar. Apa salahnya benda syok kita share la! Kehkehkeh♥

Friday, 8 January 2016

Star Wars: The Force Awaken


Gelombang  Star Wars nampaknya masih belum berakhir. Laku keras betul cerita ni. Dengarnya dapat kutipan mencecah berbillion sejak di tayangkan. Fuhh kayooo²! HAHA

Source: Google

Suami aku pun dah tak sabar sangat nak p tengok. Cuma masa yang terhad membuatkan kami baru menontonnya Ahad lepas. Aku sebenarnya tau la cerita Star Wars ni. Tapi jalan ceritanya memang aku taktau lansung. Yang aku kenal Darth Vaders saja. Tu pun sebab topeng dia yang menakutkan selain aku juga ada seluar tidur bercorak kepala Darth Vaders. HAHAHA

Jadi inilah pertama kalinya aku menonton Star Wars ni. Sebelum ni ada siar juga Star Wars musim lepas dekat TV3 (entah yang mana) tapi aku tak sempat nak tengok pun. Entah rasa macam nak bagi konklusi terus. Syok jugak cerita ni oiii!! HAHA tak berkelip aku tengok. Sebab kalau terlepas mana² scene aku akan rasa macam lost. Yelah mestilah nak kenal watak² takut satgi aku keliru pulak. HAHA nasib baik suami aku penah tengok cerita sebelum ini. Jadi dia tau la sikit² walaupun ingat² lupa. 

Kisahnya perebutan peta berlaku antara geng jahat (geng² Darth Vaders, Stormtrooper) dengan Pihak Penentang. Peta tu adalah info penting untuk tahu dimana Jedi terakhir, Luke Skywalker. Segala pertempuran dan serangan yang dilakukan adalah semata² nak dapatkan cebisan peta terakhir untuk melengkapkan peta sebenar kedudukan tempat persembunyian Skywalker. Pendapat aku, cerita ni ada jugak scene humor. Kiranya terhibur jugak la. Takda la serious asyik nak perang² setiap masa. Hihihi. Ada juga watak yang "dimatikan" dalam cerita ini. 

Source: Google

Tapi setiap kematian mesti ada pengganti baru. Kalau nak tau siapa pengganti baru itu, silalah berarak beramai-ramai ke pawagam berdekatan. Aku bukan malas nak taip tapi kang spoil pulak. Tak pasal² panjang berjela aku menulis jalan cerita Star Wars tu. HAHA Yang pastinya pertempuran kali ini dimenangi oleh Puak Penentang. Horeyy!! Oh ya..nak tau watak favorite aku tak? HAHA si comel BB-8 sejenis robot droid. Dia ni lah yang bawa peta tu untuk diberikan kepada orang yang tepat dan elakkan dari terlepas ke tangan geng jahat.Aku suka dia sebab dia comel oiii!! Tak caya hampa try tengok nanti. Hehe.

loop bb8
Source: Google

Tuesday, 18 August 2015

PIXELS


Semalam lepas kerja, teringin pulak rasa nak tengok movie. Lama rasanya tak masuk cinema ni. Tambah pulak ada orang mai duk kata cerita PIXELS best. Disebabkan kawan-kawan aku semua dah ber-laki, jadi tengok la movie sorang-sorang. HAHA ini bukan forever alone ok


Nak review secara ringkasnya pasal filem PIXELS ini. Korang yang lahir tahun 80-an mesti tau kan pasal arcade game macam PACMAN, Mario, Donkey Kong, Galaga dan etc. Aku bukan kaki game sangat tapi ada la certain game klasik ni yang aku tahu main kat PC je. Permulaan cerita berkisar pasal arcade game ni la.  Dimana Breener (Adam Sandler) berjaya memasuki peringkat akhir dalam perlawanan game  peringkat dunia melawan Eddie or "Fire Blaster" (Peter Dinklage).  Dan perlawanan mereka ini dirakam dan dihantar oleh NASA ke angkasa lepas.
Arcade Game.

Bila mereka dewasa, dunia diserang makhluk asing dengan menukarkan semua benda yang ada atas bumi ini menjadi pixels seperti dalam arcade game. Rupanya rakaman yang dihantar di angkasa lepas sudah diterima oleh makhluk asing. Setiap kali bumi diserang  orang di  bumi juga kena lawan makhluk asing  seolah-olah seperti sedang bermain game secara realiti. So segala PACMAN, Mario, Q*bert, cendawan semua muncul secara life. Pada pandangan aku filem ini sangat menarik untuk ditonton. Macam mengembalikan nostalgia lama. HAHA. Ditambah dengan scene berbentuk humor buat aku  tergelak saja setiap masa.

Hero-hero dalam PIXELS.
Kalau nak tahu kesudahannya macam mana, sila ke cinema terdekat dan beli tiket wayang sendiri. Kang cerita lebih-lebih tak syok pulak. Hehe.

Rating: 

p/s: Tapi yang spoil semalam adalah ada budak-budak muda yang mungkin baru keluar dari Gua Tempurung menjerit-jerit, melalak-lalak dalam wayang macam tengah tengok konsert. Jadah apa? 

Friday, 15 August 2014

KFC Green Curry



Salam Jumaat wahai bloggers sekalian. Haha disebabkan esok cuti, malam ini aku rajin online. Punya semangat nak story pasal KFC Green Curry yang asyik duk iklan kat TV dan radio tu. Hehe. Kisahnya lepas dengar iklan Green Curry tu hati aku meronta-ronta mahu merasa. Sedap ke tak? Tak dapat rasa Green Curry original kat Thailand pun takpe lah. Merasa yang KFC punya pun jadilah! 

So, bila dah rasa tu bagi aku OK lah. Rasa macam masak lemak pun hado. Haha pedas² sikit, lemak² sikit. Bagi penggemar pedas tahap 10 macam aku ni aku bagi 4 per 10 jer tahap kepedasan tu. Maknanya tak berjayalah buat mata aku berair. Kehkeh. Yang suka pedas sedang² atau tak suka pedas boleh jela makan. 


Yang lainnya semua rasa macam biasa ye cuma special ada sebekas kecil Green Curry. Ada curry ada kacang hijau. Tu je. 


Kalau tanya aku berapa bintang aku bagi?
3.5/5

Sekian:face2:

Tuesday, 5 August 2014

Baju Kurung Moden 2014 @ ZALORA


Baju kurung memang sinonim dengan pakaian masyarakat Melayu. Malahan pada masa kini baju kurung juga turut digemari oleh bangsa lain seperti Cina dan India. Nampak manis dan sopan dilihat apabila seseorang wanita itu mengenakan busana ini.


Sebut sahaja baju kurung, di fikiran ini mulalah terbayang pelbagai warna, corak dan rekaan yang cantik. Kini, pengayaan baju kurung boleh dipelbagaikan dan tidak terhad seperti dahulu. 

Baju kurung boleh digayakan dengan pelbagai jenis aksesori yang sesuai untuk tampil lebih menawan. Kalau dulunya, bila pakai baju kurung saja mesti dikatakan mahu menghadiri majlis formal. Tak pun pergi kenduri. Tetapi kini persepsi sebegitu telah berubah. Tidak hanya tertumpu di dalam majlis formal, kenduri kendara mahupun di hari perayaan malah baju kurung boleh dipakai ke mana-mana sahaja. Tambahan pula, kombinasi warna seperti ‘color block’ membuatkan padanan baju kurung semakin menarik dan mampu menyerlahkan keanggunan si pemakainya. 



Selain itu, rekaan baju kurung juga memainkan peranan yang penting. Contoh yang dapat kita lihat masa kini, rekaan baju kurung moden nampak lebih anggun dan direka mengikut kehendak dan pilihan pelanggan. Rekaan dengan sentuhan moden juga mampu menarik minat wanita untuk memiliki dan memakainya.

Jika anda tercari-cari baju kurung dengan rekaan yang terkini, Zalora Malaysia ada menawarkan baju kurung yang mungkin akan membuatkan anda jatuh hati. Dengan rekaan yang terbaru dari pereka-pereka fashion yang cukup terkenal semestinya anda menjangkakan harganya sangat mahal bukan? Tetapi di Zalora anda boleh dapatkan baju kurung jenama terkenal ini dengan harga yang istimewa dan berpatutan malahan mampu dimiliki oleh setiap orang. Jadi kepada yang mahu mencari baju kurung yang bersesuain dengan anda, jangan tunggu lagi. Layari Zalora untuk mencari rekaan baju kurung yang anda minati dengan harga yang berpatutan!



Fesyen baju kurung moden 2014 ternyata lebih menarik berbanding dahulu. Lihat sahaja gambar-gambar baju kurung moden diatas. Rekaannya yang menarik telah mendapat sentuhan rekaan yang lebih moden. Ini ternyata memberikan nilai yang lebih stylish ke atas baju kurung moden 2014 terbabit. Bukan itu sahaja malah baju kurung wanita tersebut mempunyai potongan yang cukup fashionable, sesuai dengan kehendak para wanita sekarang ini.Ini bermakna selepas ini anda akan kelihatan lebih anggun dan ayu dalam masa yang sama ketika mengenakan baju kurung kegemaran anda.

Jadi, tunggu apa lagi. Bolehlah mula memilih dan ’shopping’ baju kurung kesukaan anda di Zalora Malaysia! 

Saturday, 8 February 2014

Review: Desaturasi Merah Jambu


Nak buat review sikit pasal buku Desaturasi Merah Jambu. Kehkeh takdak modal nak update blog so main review² buku la pulak ye. Baru beli dalam 2 minggu lepas tapi baru sempat nak baca. Konon busy tak ingat dunia. :132:

Desaturasi Merah Jambu (Ladynoe Mohamed)

"Dari ambang pintu aku nampak Pakcik Dit baru bali dari entah mana. Yang kau ingat dia bawa Saga biru metallic. Perlahan setelah kereta diberhentikan, Makcik Lily keluar dari tempat duduk penumpang. Mengendong bayi. Mesuk ke rumah. Anak lelaki mereka, Andy yang selalu menjadi yeman sepermainan aku, melompat terkinja-kinja macam seronok betul gayanya. 
"Andy dapat adik baru tu.." sekali mak aku berbunyi.
Aku terkebil kebil memanding mak aku. Kemudian oleh kerana pada saat umur yang penuh perasaan ingin tahu lalu aku bertanya,
"Macam mana baby dijadikan?"
*Sedikit penceritaan daripada Pendidikan Awal Seks.


Tajuk buku pun dah menarik tapi tau apa maksud "desaturasi" tu? Sebelum ni aku pun taktau tapi mari aku kasi tau la apa maksudnya.

Desaturasi: proses penepuan warna yang mengalami tindak balas kimia lalu merubah sifat darpda jelas ke pudar dan hitam gelap.

Ok faham? Buku ni bagi aku best jugak. Ada cerita² yang buat aku tergelak². Perjalanan hidup penulis aku agak. Banyak cerita pendek dan cerita²nya pasti membuatkan aku banyak terfikir di pengakhirannya. Antara favorite tajuk dalam buku ni Pendidikan Awal Seks, Gemuk bukan Sumpahan, Cermin Mengejek, Seni Menerima. Haha hampa kena baca la kira buku ni. Nak explain banyak² tak best la pulak rasa.


Rate: 



* Tak silap aku, author buku ni blogger gak. Tak silap la. Hehe.

Thursday, 24 October 2013

Bina website bersama Amidanial


Sebut pasal website aku teringat masa study dulu. Final Year Project (FYP) memerlukan group kami untuk membina website dilengkapi dengan sistem tertentu yang aku sendiri pun blur nak jelaskan kat sini. Aisshh!!
Pecah otak group kami nak fikir macam mana la nak buat website ni. Bukan apa semua buta IT. Memang tak reti betul. Makanya terpaksalah mengupah orang lain untuk buat website. Kos nak buat pun agak mahal. Ketaqqq lutut la nak bayar bagi student macam kami ni. Itu pun setelah dealing mati-matian dengan pembuat website tu.

Tapi sekarang ni mudah je. Ada kawan, Amidanial kita ni willing nak ajar cara nak buat website. Ishh mudahnya!! Tak perlu nak pening² fikir pasal kos lagi. Ok let me describe more pasal website Amidanial ni. 

So first thing korang boleh lawat official website beliau di http://www.amidanial.com/. Apa yang bestnyer pasal website beliau ni beliau ada buat video tutorial berkualiti HD samapi 1080p dimana setiap langkah demi langkah untuk membina website akan ditunjukkkan dalam video beliau. Means, siapa² yang takde knowledge lansung pasal nak bina website akan diajar dari segala aspek seperti domain, hosting, buat logo, cari icon sampailah terbinanya website yang diinginkan. Awesome kan!!





Another video dari website http://www.amidanial.com/


Habis tu nak download video semua mesti kena bayar kan? NO!! It's for free. Tak payah bayar pun nak tengok video beliau. Nak download ke apa ke boleh pergi ke website beliau http://www.amidanial.com/. Dan ianya PERCUMA! Ini serious hokeyy!! :)

Satu yang aku suka pasal Amidanial ni cakap:
Why am I doing this? Because educating people is Jihad for me, bak kata Imam Al Ghazali, "Menyampaikan ilmu adalah ibadah dan mencari ilmu adalah Jihad." 

So what you waiting for people, ada rakan yang nak share ilmu dia dengan kita. Apa lagi jom pi serbu website http://www.amidanial.com/  ramai² ok!!

Hampa juga boleh lawat official account sosial network beliau yang lain jugak ok. Nak tengok video lagi? Just visit his Youtube account dude! ;)

Official Website  :  www.amidanial.com
                           www.thickpocketmoney.com
Facebook           :  www.facebook.com/thickpocketmoney
Youtube            :  www.youtube.com/amigoldenmaya

Monday, 30 September 2013

Kontrol Histeria

Assalamualaikum.


Ha nampak komenggg saudara di atas. Ok komen kat entry ini. Sebabkan komen  ini aku try la mencari² buku Kontrol Histeria ni kat MPH. Dan sangatlah membanggakan kembang kempis lubang hidung bila aku jumpa juga buku tu. Nindiaaaa!!


Kalau dilihat cetakan pertama buku ni pada Disember 2011. So maknanya dah lama la buku ni dipasaran cuma aku je yang baru beli & baca. Adoiyaiii. Takpe² it's not a big deal. Janji boleh baca.

Ye² bak komen saudara kita, kejam lagi 'Kontrol Histeria'. Memang pun. Rasa nak guling² bila aku baca setiap cerita. Dalam 1 buku terdapat banyak cerita berbeza kekejamannya ditulis oleh beberapa orang penulis. Memang transgresif habis la. Boleh mengingau malam kalau tak kuat semangat bila baca buku ni. Haha *over kan? -_-

Siapa yang minat untuk baca genre ngeri, bunuh, darah boleh la dapatkan buku ni di kedai berhampiran anda. Ada gaya tengah promote tak? Huhu:P

Okey² ni ayat aku cilok belakang buku ni. Aku memang takde kebolehan nak cipta ayat awesome so copy je la. Mihmih :3
Menyediakan alternatif perahan otak dalam fiksyen transgresif yang mampu menjentik emosi pembaca yang menggemarkan genre sebegini. Manusia pada asalnya kejam dan tidak berperikemanusiaan, yang menggariskan terhadap tindak tanduk manusia itu akal & pengetahuan.

Kan? Memang buku ni berjaya menjentik emosi aku pun. Fall in love la dengan hasil karya mereka ni! Hehe.

Rating: