Review: Desaturasi Merah Jambu | miss fluffy


Saturday 8 February 2014

Review: Desaturasi Merah Jambu


Nak buat review sikit pasal buku Desaturasi Merah Jambu. Kehkeh takdak modal nak update blog so main review² buku la pulak ye. Baru beli dalam 2 minggu lepas tapi baru sempat nak baca. Konon busy tak ingat dunia. :132:

Desaturasi Merah Jambu (Ladynoe Mohamed)

"Dari ambang pintu aku nampak Pakcik Dit baru bali dari entah mana. Yang kau ingat dia bawa Saga biru metallic. Perlahan setelah kereta diberhentikan, Makcik Lily keluar dari tempat duduk penumpang. Mengendong bayi. Mesuk ke rumah. Anak lelaki mereka, Andy yang selalu menjadi yeman sepermainan aku, melompat terkinja-kinja macam seronok betul gayanya. 
"Andy dapat adik baru tu.." sekali mak aku berbunyi.
Aku terkebil kebil memanding mak aku. Kemudian oleh kerana pada saat umur yang penuh perasaan ingin tahu lalu aku bertanya,
"Macam mana baby dijadikan?"
*Sedikit penceritaan daripada Pendidikan Awal Seks.


Tajuk buku pun dah menarik tapi tau apa maksud "desaturasi" tu? Sebelum ni aku pun taktau tapi mari aku kasi tau la apa maksudnya.

Desaturasi: proses penepuan warna yang mengalami tindak balas kimia lalu merubah sifat darpda jelas ke pudar dan hitam gelap.

Ok faham? Buku ni bagi aku best jugak. Ada cerita² yang buat aku tergelak². Perjalanan hidup penulis aku agak. Banyak cerita pendek dan cerita²nya pasti membuatkan aku banyak terfikir di pengakhirannya. Antara favorite tajuk dalam buku ni Pendidikan Awal Seks, Gemuk bukan Sumpahan, Cermin Mengejek, Seni Menerima. Haha hampa kena baca la kira buku ni. Nak explain banyak² tak best la pulak rasa.


Rate: 



* Tak silap aku, author buku ni blogger gak. Tak silap la. Hehe.

4 comments:

  1. nice review ^_^ berapa harganya ?

    Luangkan sedikit masa untuk vote blog acik yang tercalon bagi favorite lifestyle blog Cara vote di sini

    ReplyDelete
  2. ade perkataan merah jambu tu tetibe macam memberi semangat fiza nak suka baca novel.hehe

    ReplyDelete
  3. Baca tajuk cerita pendek dia pun dah macam mengancam je. Kena cari ni.. >.<

    ReplyDelete
  4. eh eh blogger yang ladynoe tu kan? tak perasan pun dah ada buku!

    ReplyDelete

Komen dari anda sangat berharga. Terima kasih atas kesudian anda memberikan respon dan pandangan❤️