What goes around comes around~~ | miss fluffy


Tuesday 4 February 2014

What goes around comes around~~


Karma. Mesti pernah dengar kan? Pada aku apa yang kita buat atas muka bumi ni semua ada pembalasan. Kalau buat baik dapat balasan baik tapi kalau buat jahat semestinya dapat pembalasan yang setimpal juga kan.

Contoh mudah lagi easy bertambah simple la aku bagi. Hari ini hang duk kutuk anak orang kata jahat la, hawaq la, pemalas la, menyusahkan orang la. Tunggu. Kalau esok lusa tak jadi kat kita mungkin masa hadapan nanti akan jadi kat adik kita, anak kita, nenek kita. Ha tengok. Mana kita tau kan? Bukannya kita ni fortune teller boleh nak tilik nasib kita baik ke tak. So, jaga lidah. Sebab tu dalam Islam lidah ni kena jaga. Banyak bad effects boleh jadi kalau tak jaga lidah.

Lagi, kita ni manusia. Semua tak lari dari buat silap. Aku pun!! Tapi yang aku hairan, ada sesetengah orang ni mereka suka sangat cari salah orang lain. Pantang silap, siap la cerita dijaja. Pantang salah nampak saja salah orang. Actually aku pernah berada dalam situasi macam ni. Orang asyik cari salah kita & takmau terima lansung pendapat kita. Pada dia, semua yang dia buat BETUL!! Orang lain buat semua SALAH!! Ohmaiii~ Serious aku takleh tahan dengan manusia macam ni. Tension dibuatnya. Huhu. So, aku buat keputusan untuk biarkan dia dengan dunianya yang benar belaka. Muahaha!!:face6:
Ya Allah, jauhkan lah sifat macam ni dari aku. Amin
Kalau asyik cari salah orang bila masa kita nak perbetul diri sendiri? Last orang pulak nampak kita yang salah. Ha, situasi macam ni lah yang orang dok cakap karma tu. Apa yang kita kata/buat jadi balik atas batang hidung kita. See?

Hidup macam putaran roda. Kalau hari ini kita bermegah sebab duduk diatas jangan lupa nanti kita akan duduk dibawah pulak. Renung-renungkan!! *Peringatan untuk aku jugak yang selalu leka dan lalai~:face40:

13 comments:

  1. Assalamualaikum.. Betul tu.. Nasuha pn bersepndapat begitu juga...

    ReplyDelete
  2. yup... betulkan diri yang tak berapa nak betul ni dulu kan ... ;)

    ReplyDelete
  3. yerp. betul. org yg rase dia betul ni kita x yah layan. lg2 yang potpetpotpet 18belasratusjam ..elakkan jer. bila kena btg hidung dia nnt, kita senyumkan aje.. jahat tak? hihi..akk also org yg really2 believe in karma!! :)

    ReplyDelete
  4. btl tu. karma ttp karma. kite kena sentiasa be positif dgn org dan tk bersifat ngatif agr karma tdk mnjadi boomerang kpd kita. :)

    ReplyDelete
  5. whoa, ni semua ketentuan ilahi. hehe

    ReplyDelete
  6. kadang risau kalau kita nak cakap orang macam-macam takut ia berbalik pada kita

    muhasabah diri

    Luangkan sedikit masa untuk vote blog acik yang tercalon bagi favorite lifestyle blog Cara vote di sini

    ReplyDelete
  7. kadang-2 manusia ni leka akan sifatnya.
    nak ditegur karang kata kita ni menyibuk pula.
    doakanlah yg terbaik utk mereka..

    ReplyDelete
  8. Memang biasa dan senang nk jumpa org mcm tu.biasanya sikit mesti akan terkena dekat kita blik.kerana lidah lah ramai yg ke neraka.nauzubillah.

    ReplyDelete
  9. Yup betul tue.. akak setuju sangat2.. biarlah masa yg tentukan segalanya..

    ReplyDelete
  10. Hehe what goes around comes around right? Thanks a lot for reminding ^^

    ReplyDelete
  11. betul ti mie..sebab tu saya takut nak kutuk orang lebih2...takut one day benda tu balik balik and bite us..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  12. ye.btul..jadi perlu perhati tiap tingkah laku kita, xperlu tgok org sdangkan dri sdri pon tak sempurna..

    ReplyDelete
  13. setiap perbuatan pasti ada balasan..karma! so kita kena sentiasa buat baik kalau kita nak sesuatu yang baik :)

    ReplyDelete

Komen dari anda sangat berharga. Terima kasih atas kesudian anda memberikan respon dan pandangan❤️