Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Thursday, 12 September 2019

3 Series Club


♦10 September 1989-2019♦

Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik. Masih mampu merasa nikmat² yang Dia kurniakan kepada aku.

2019, angka bertukar. Dari 2 ke 3. Ya tak malu mengaku, sudah masuk 30 tahun. HAHA orang kata 30 tahun ni golden age. Wanita nampak berseri-seri, lawa, matang pada usia ini. Fakta ke mitos taktau la. Orang yang kata. HAHA

Tapi birthday kali ni sangat special. Tak perlu hadiah mewah atau besar. Dapat peluk cium Aus Mikael adalah hadiah paling indah dan istimewa aku pernah dapat dalam hidup. Terima kasih Ya Allah.

My little family♥
Sambut birthday in advance.
Birthday cake by my colleagues! Thanks all!♥
Tahun lepas, seminggu sebelum tarikh lahir, aku dapat tahu yang aku pregnant. Happy sangat! 2 tahun berturut Allah berikan hadiah teristimewa.

Last year hadiah birthday pi Singapore. Masa ni Aus dah ada dalam rahim mommy♥
Anyways, thank you so much for all beautiful du'a and wishes. Amin YRA.  I really appreciate it♥ 
And may Allah bless all of you.

Selamat Hari Lahir, Mime♥

Friday, 11 September 2015

Happy Belated Birthday to me!


Alhamdulillah. Masih berkesempatan berjalan di muka bumi Allah pada ketika ini.
Umur tu adalah rezeki. Dan ini rezeki aku masih bernafas sampai ke hari ini.

Moga perjalanan hidup ini makin bertambah baik, 
moga cintanya aku pada Pencipta ku makin mendalam seiring dengan usia aku yang makin meningkat.
Doakan yang baik-baik untuk aku.

Terima kasih kepada yang wishes birthday , thanks to my colleagues yang belanja lunch & buy cake  for me. May Allah bless you dan moga perjalanan hidup kalian juga dipermudahkan olehNya.

Thank you Allah


p/s: Cuba appreciate segala perkara yang muncul dalam hidup aku.

Wednesday, 10 September 2014

Special Wordless Wednesday: Thank You!



Usia makin menginjak. 
Angka makin bertambah.
Life your life.
Love your life.
Appreciated all the things happen in my life.
Thanks Allah.

Terima kasih pada yang memberikan ucapan.

Tuesday, 10 September 2013

Officially 24 years old! ^^

Assalamualaikum.

Genap 24 tahun umur aku hari ni.
24 tahun bernafas di bumi Allah.
Mengumpul amalan dan saham untuk akhirat kelak.
Entah cukup atau tak.
Dan menempuhi kehidupan di dunia yang boleh tahan jugak la challenging-nya.

Terima kasih atas doa kalian.
Doa untuk kejayaan aku.
Doa untuk murahkan rezeki aku.
Serta doa dimudahkan segala urusan dunia & akhirat.

Angka yang akan menaik saban hari.
Adakah sempat atau tidak aku tempuhi angka² seterusnya.
Hanya Dia yang mengetahui segalanya.

Happy Birthday to me! *wish sendiri:P
And thanks kepada yang wishes birthday aku.
Moga doa kalian dimakbulkan Allah.


*Tetiba perasan Google wish birthday aku. Mihmih;3

Wednesday, 12 September 2012

Doa buatku ಥ_ಥ

Assalamualaikum.

Genap 23 tahun, Alhamdulillah. Masih bernafas di bumi Allah. Masih berjuang untuk hidup aku kelak;p
Semoga aku lebih kuat berusaha untuk dunia & akhirat sana. Amin.
Buat yang mendoakan aku, moga dimakbulkan Allah. Moga aku jadi seperti yang didoakan kalian:)

For my beloved mother, thanks for your wishes Mak!! I  you so much!! Because of your love, I will try my best to make you proud of me:) 
For my "love", thanks for sing me Happy Birthday's song. Touch my heart^^
For my friends, May Allah bless you all too.

Situation before 10 September:

"Waiting....waiting..."



Then, yeah!! That's it!!;p



Log in Facebook:

From my best ever friend!!

Dan yang paling dasyat, terkena taburan bedak carry junior atas kepala campur febreez. Bau macam baru keluar dobi. "Nasib baik telur kat rumah dah habis-,-" Angkara housemate aku merangkap teman sebilik. Muehehe~
Malam nak tidoq, harum sebadan hokeyy. Btw, thank you so much. I like it!! Bhaha;p

Bukti kerakusan. "Sila abai komen merapu"
Dan tidak terkecuali;

Taliponku berSMS tanpa henti "bajet retisss, muahaha"



Paling penting dapat call free. Sehari. Bhaha bukan senang nak dapat kan?;p
Cukuplah. Apa pun, aku gembira. Umur makin tua, tapi muka tetap baby face.
Ko hadoo? Caisss-,-

p/s: Thanks kepada semua yang wish & ingat. ^^