Showing posts with label pendapat. Show all posts
Showing posts with label pendapat. Show all posts

Monday, 10 February 2014

Pemandu Malaysia Agresif


Tajuk nak gempak je kan. Ala-ala paper Metro gitu. Kehkeh. Jangan marah ok semua pemandu-pemandu di Malaysia. Bukan aku yang kata. Orang luar yang kata kita memandu secara agresif. Nak marah:face3:? Sat-sat, sabaq lu....

Kisah terjadi bila salah seorang colleague aku ni accident. Dah 2 kali dia accident dalam 4 bulan aku masuk ni. Tengok gambar kereta dia kemek teruk jugak la. 

Then aku tunjuk la gambar kereta kemek tu kat seorang lagi colleague ni. She's from Thailand. Orang sana kerja sini. Hehe dia yang cakap kita ni agak agresif bila memandu. Dia cakap tempat dia taklah agresif macam kita. Dia sendiri pun agak cuak bila memandu di Malaysia. Huhu. Aku taktau la yang tu. Dia la cakap.

Tapi aku agak setuju la dengan dia cakap tu. Memang sepanjang aku di jalan raya macam-macam hal. Bawak macam pelesit, keluar simpang tak tengok kiri kanan, suka-suka hati nak belok, langgar traffic light di jalan yang sibuk. Bahaya woi!! Tapi tak semua la macam tu. Sebahagian je macam tu. Yang lain tip top je. Haishh kadang-kadang rasa trauma je nak drive. Haha.

Bukan boleh jangka. Kadang-kadang kita punyalah berhemah di jalan raya. Tapi jadi jugak accident sebab orang lain pulak tak berhemah. Tak kita langgar orang, orang lain pulak langgar kita. Macam-macam hal.

Aku first time dalam sejarah hidup pergi cium bontot kereta orang. Trauma gak la. Tapi aku cium dengan motor je la. Mujur tak teruk. Pemandu kereta pun ok je. Dan nasib baik kereta dia ok jer. Haishh trauma habaq hang!!

Lepas kejadian tu aku lagi berhati-hati. Takut jadi perkara yang sama. Taknak!!:6:

So, mohon berhati-hati di jalan raya. Pemandu Malaysia~ Jangan agresif sangat nah. Hehe:face44:

What To Do After a Car Accident
Jumpa ni kat We Heart It

Sunday, 6 October 2013

Truth or lies?


Dalam hidup ni kan Allah bagi kita pilihan. Dalam menentukan hala tuju hidup. Mana pilihan kita? Baik atau buruk? Benar atau salah? Semuanya terletak pada diri kita untuk buat pilihan.

Tapi kan, yang aku lihat kebanyakannya sekarang lebih menyokong atau mendengar sesuatu yang salah daripada sesuatu yang benar. Bukan aku cakap kosong tapi dari pemerhatian aku sendiri. Cerita² yang berlaku depan mata aku sendiri. 

Contoh aku bagi la, si A tegur si B supaya jangan suka buat fitnah. Tak elok. Dosa besar habaq hang. Tapi si B takleh terima so dia pun buat la cerita kat si C, D, E sampai Z pasal si A ni. Yang si C sampai Z ni pun terus sokong si B. Depa dok syok hentam si A kaw² punya tanpa soal selidik dari kedua² belah pihak. Maka si B tersenyum bangla sebab dia ada supporters 'ngong' ramai. 

Nampak apa yang aku cuba sampaikan? Orang zaman sekarang lebih suka dengar benda yang tak betul dari benda yang betul. Sebab apa? Ntah sebab sedap kot dengar gosip² liar ni. Dah tu boleh sebar cerita pelosok dunia. Maklumlah kemudahan hujung jari. Memang pffftt habis la kan?-_-

Kadang² aku heran. Dah terang-terangan orang itu betul. Berada di pihak yang benar. Lagi ada orang mau sokong pihak yang dah terserlah kepalsuan dia. Aku pun tak faham la kenapa kan. Mungkin dia ada la reason tertentu yang kita taktau. But please use your brain. Jangan simpan buat pekasam.

Percayalah, walaupun kebenaran tu 1000 juta kali pahit tapi itu lah yang terbaik dari 1 pembohongan. Sebab bila berbohong lama² jadi pencuri. Bila berbohong masalah lain pulak akan timbul.

So pilih, hang suka kebenaran atau kepalsuan?

Gambar takde kena mengena dengan entry -_-

Friday, 27 September 2013

Apa jawapan?

Assalamualaikum.

Aku ada satu soalan nak tanya korang semua. Kira macam mintak pendapat la kan. Jawapan takde betul takde salah. Semua boleh diambil kira. Hehe OK macam ni soalannya:

Katakanlah anda bekerja di sebuah syarikat. Kemudian department tempat anda bekerja pula selalu ada meeting terutama sekali dengan pelanggan. Tapi selalunya pelanggan akan memilih untuk meeting pada sebelha petang berbanding waktu pagi. So, macam biasa lah. Bila dah meeting kena la hidangkan minuman, makan² sikit. Tapi takpe, bab menghidang ni pihak pengurusan akan uruskan untuk anda. Cumanya bila bab mengemas bilik meeting, cuci cawan/pinggan semua cleaner akan kemaskan untuk anda. Masalahnya sekarang, waktu bekerja untuk cleaner bermula 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Bayangkan kadang² meeting boleh berlanjutan sampai 6.00 petang. Maknanya tiada siapa lah akan uruskan untuk mengemas bilik meeting tersebut selepas 4.30 petang. So, bila boss minta kemaskan bilik meeting tersebut dan anda dapati semua cleaner dah balik apa yang anda patut lakukan bila anda berada dalam situasi macam ni? 

Jawapan aku adalah aku kemaskan jelah. Bukan masalah besar pun setakat nak tutup aircond bilik meeting, basuh cawan/pinggan sikit² tu. Benda macam tu kita selalu buat kan? So memang bukan masalah besar pun bagi aku. TAPI, ada jawapan lain yang mengatakan sesetengah orang tak mahu buat macam tu. Sebab bagi dia itu bukan kerja dia. Makanya kalau dah taknak buat apa yang dia patut buat untuk selesaikan bilik meeting tu? Takkan nak tinggal bilik tu kotor macam tu je kan?

Aku tanya ni sebab aku pernah diajukan soalan macam ni masa interview. Then aku jawab jela macam jawapan kat atas tu. Aku memang takde pengalaman lansung kerja office ni. So memang blur terus taktau nak jawab apa. Memang takde la kan aku nk think out of the box time ketaq² camtu. Itu je jawapan yang lintas kat kepala hotak aku time tu. Hahaha. 

Hampa rasa apa jawapan yang releven? Kawan² yang kerja office tu, apa yang korang buat? Jangan lupa tinggal komen. Hehe thanks! :)