Showing posts with label public transport. Show all posts
Showing posts with label public transport. Show all posts

Sunday, 7 April 2013

Don't be selfish~

Assalamualaikum.

Happy weekend!! Tapi esok dah Monday Blues~ Muahaha 

Straight to the point lah. Tadi keluar cari barang sikit. So gunalah pengangkutan awan. Naik bus~ Haha Apa kena mengena selfish dengan guna pengangkutan awam? Okey mai sini aku nak terangkan rakyat Malaysia sekalian. 

Aku bukan nak mengata cuma nak nasihat je. Tolong ingatkan sikit-sikit. Kita ni naik public transportation kan? Jadi semua kena share bersama-sama. Jangan buat macam harta sendirian berhad. Kalau hang nak buat harta sendiri sila apply loan beli bus sendiri. 

Bila naik public transportation ni jangan conquer tempat duduk dengan letak barang-barang peribadi kita. Oh hang shopping sakan pastu naik bus hang main letak je semua barang hang kat tempat duduk sebelah. Letak helmet la, beg la, kaki la *maaf kaki tu over plak~ Bagi lah tempat tu orang lain duduk dari letak barang hang tuh. Aku tak kesah kalau tak dapat duduk, tapi kalau ada nenek kat sebelah hang tapi hang buat taktau ja memang aku rasa macam nak sekeh. Grrr~

Lagi satu, prihatin la. Ada warga emas ke, pregnant women ke, OKU ke bagilah dorang duduk. Kita yang sempurna ni mampu lagi kot nak berdiri. Bukannya luruh isi kulit ni kalau berdiri pun kan? Hehe.

Ada lagi!! Dalam public transportation jangan gatai nak merokok! Pantang betul aku orang merokok dalam aircond ni. Darah naik cepat je. Kalau bau ketiak, bau mulut aku boleh tahan lagi lepas balik kerja or balik shopping tapi bau asap rokok tu aku tak boleh tahan. Kalau dah kemaruk sangat nak smoking sila telan sekali dengan asap. *Nasihat ini untuk yang suka smoking dalam public transportation je tau, yang merokok selain tempat yang dinyatakan aku takmau amik tau. Muahah~

Pesanan ikhlas dari seorang rakyat Malaysia~


Aku bercakap ni bukan main hentam je. Ni jadi depan mata aku tadi. Baru TADI okey! Tu yang aku cakap, jangan selfish!! Benda kalau dah namanya awam memang kena guna bersama-sama. Jangan nak ikut sedap rasa kita je. Sharing is caring. Takmau sharing p pindah duk dalam gua. Sekian, k.bai~

#Lagi satu bukan apa tapi tadi ramai sangat foreigner sampai aku rasakan yang aku pulak duduk kat negara diorang. Serious, rasa macam aku plak foreigner-_-