Gigih pinjam gambar Google & edit pakai MS Excel. K bye.
Tadi usha IG orang, depa buat muka jenih macam mana pun semua comel. Cuba aku yang buat? Mau berbuih mulut rakyat yang melihat. Bahkan boleh jadi mengalami kemurungan.
Kesimpulannya, aku kena buat biasa ja. Renyeh dan snap. Kehkeh
Tea Bag ni nama kedai yang menjual minuman susu berperisa. Aku main agak je. Senang cerita konsepnya macam Chatime, Cool Blog dan etc. Pilih flavor yang mereka sedia + susu + ais. Nak explain panjang lebar pun tak tau. Tapi rasa Tea Bag ni memang terbaik. Menangis dalam kereta first time minum. HAHA
Ada beberapa flavor yang boleh dipilih macam Milk Tea, Green Tea Milk, Cocoa Milk, Coffee Milk dan ada beberapa lagi flavor yang aku tak ingat.
One of my favorite drink sekarang adalah Green Tea. Memang terbaik. HAHA Cara packaging pun comel sangat! Colourful gitu! Ada dua pilihan, hampa nak minum dalam tea bag atau dalam cup. Tapi memang puas hati sangat sebab tea bag & cup depa ni BIG saiz. Harga pun murah sangat! Untuk tea bag tak silap aku RM3.50 dan untuk cup RM4. Boleh share 2 orang minum tak habis. Tapi aku taknak share sebab sedap sangat.
Jual kat mana ye? Orang SP kalau nak tau mereka ada buka gerai di Taman Sejati bertentangan dengan CIMB Bank. Tepi jalan je senang sangat nak jejak gerai tu. Kalau tak silap aku dekat Amanjaya Mall pun ada gerai Tea Bag but aku tak pasti area mana.
So siapa yang mai Sungai Petani boleh la cuba² minuman ni ok!
Ini dalam bag. Tengok bag pun dah tempting. Apatah lagi air tersebut.
Ada 1 lagi kedai nama Border's Tea. Lebih kurang macam Tea Bag juga. Sampai sekarang belum sempat merasa sebab kena beratur panjang. Nanti kena pergi try jugak!
Pastu ada kawan² kita request nak tengok isi dalam macam mana.
Ok aku penuhi permintaan mereka. HAHA
Ini rupa pisang tu. HAHA nampak je hodoh tapi bau macam sushi rasanya macam pisang la
Actually ni first time makan pisang buat kering cenggini. HAHA jakun sangat. Kawan office bawak balik dari Thailand. Seriyau gak nak makan tapi tengok ada tanda halal aku pun ngap la. Hehe.
Ada macam² lagi yang dia bawak balik. Nenas kering, ubi kering, apple kering. Semua buah kering serupa jajan bukan macam buah yang dikeringkan yang kita biasa makan kat sini. *Takda gambar sebab dah habis makan baru teringat nak ambil gambar-_-
Aku taktau la kat Malaysia ada ke tak sebab aku tak pernah jumpa lagi. Kalau hampa tau bagitau aku sat. Nak pi beli
Menghadap laptop dengan entry yang masih kosong. Lama termenung. Perasaan nak menaip mulanya berkobar-kobar. Tapi akhirnya renungan kosong yang mengisi. Idea tiada. Inspirasi entah apa-apa. Masalah pada aku, orang lain aku tak tahu. Akhirnya button Switch Off yang tertera pada screen ditekan.
Siapa punya masalah semacam aku? *Put your hands up!
Kadang-kadang idea mencurah-curah. Ketika sedang melepas hajat, kadang sedang memandu, tengah dok masak lunch, lebih teruk idea datang waktu solat! Tak khusyuk betul solatmu wahai perempuan.
Kadang-kadang melihat perilaku manusia lain boleh menjadi inspirasi, boleh mencipta sebuah cerita. Realiti kehidupan juga boleh dijadikan modal bercerita. Kena kreatif sikit la bro.
Bila idea dan inspirasi itu ada, laptop dibuka.
Jari menari-menari mahu menekan setiap abjad di atas papan kekunci.
Tapi ........(taip)...(taip)....(dan kemudian backspace)...(taip lagi)...(backspace)
Semacam dengki.
Idea sama inspirasi dah lari.
LARI...!!
Nota: Idea entry ini tercetus semasa aku tengah drive dari kampung semalam.
Haipp lama tinggal blog. Busy macam ntah pape. Kerja punya hal, GST lagi, system baru lagi, masalah lagi. Haaaaa tired already...! :(
OK, tapi aku still jalankan misi turunkan jarum penimbang. Kalau balik kerja lewat pun, ambil masa 15 minit buat la apa² senaman ringkas asalkan keluar peluh. Sikit² lama² jadi kurus. Ye dak? HAHA
Aku ni pun memilih juga nak buat exercise apa. Kalau exercise payah² taknak buat, malas. Kehkeh. Aku lebih suka buat senamam yang ada tarian sikit. Music sikit. Baru fun nak keluarkan peluh. Macam zumba ke, aerobics ke. Apa² je lah yang penting aku happy dan bahagia.
Meh nak share. Antara video favorite aku. Dan aku selalu la buat apa yang mereka buat. Mula² tak reti la tapi bila selalu buat akan jadi reti la. Kan?
Aku suka menari ni. Lantaklah buruk benor pun tarian aku. Bukan ada orang nampak pun. Hehe.
Yang ni pulak bagus untuk warm up. Nak lembutkan otot yang keras tu. Sesuai sangat!
Ini pun ok gak. Singkat je video ni jadi kena pandai-pandai la pelbagaikan style exercise kita.
Ada banyak lagi. Kau taip je kat You Tube. Bercambah-cambah video pasal senaman. HAHA. Selalunya aku akan bersenam dalam 15 min hingga 30 min. Bagi aku la, sekejap pun takpe biar konsisten. Hari-hari buat lama-lama kita akan terbiasa la dengan senaman ni.
Sebenarnya kena pasang azam kuat-kuat bila masuk bab bersenam. Macam aku ni azam melangit, tapi akhirnya berakhir dengan dengkuran di bilik tidur