Monday, 1 April 2013

Segmen: Bloglist 2013 Belog Cik Kumbang


Ini adalah segmen pertama dari Belog Cik Kumbang.Tujuan Cik Kumbang buat segmen ini adalah untuk memudahkan Cik Kumbang blogwalking & terjah update terkini blog korang yang join segmen nie.Segmen nie inspired by Mia Liana & Cik Farah,sebab Cik Kumbang menggunakan konsep copy&paste coding HTML sahaja untuk join.Mudah kan?

KENAPA KORANG PERLU JOIN?

SEMUA blogger yang join segmen nie akan dimasukkan ke dalam Blog Khas,Bloglist Cik Kumbang di [SINI] untuk sepanjang tahun 2013 ini.Best kan :) Dan yang paling best, Cik Kumbang akan pilih sekurang-kurangnya 10 blog untuk direview di facebook page Belog Cik Kumbang dan 5 blog untuk direview di Belog Cik Kumbang dengan menggunakan random.org !!! Menarik tak? JOM JOIN !!!

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1.Follow Belog Cik Kumbang untuk mengetahui update terkini segmen ini.Klik
2.LIKE Fanpage Belog Cik Kumbang.Klik
3.Buat satu entry dengan tajuk Segmen: Bloglist 2013 Belog Cik Kumbang.
4.Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish. Untuk copy sila klik di bahagian coding, kemudian tekan Ctrl+C serentak untuk copy dan akhir sekali paste kan ke ruangan HTML korang.
5. Make sure korang tinggalkan link entri korang tu kat ruangan komen NIE & nyatakan kategori blog korang untuk memudahkan Cik Kumbang letak di Bloglist Cik Kumbang nanti.

TARIKH TAMAT: 20 April 2013.

1 April~

Assalamualaikum.

Hari ini dah masuk bulan baru. April. Ha 1 April kan hari ni? Mungkin most of us dah tau kan ramai yang akan terkena hari ni. April Fool la konon kan? Heee~

Dan mungkin ramai yang tau sejarah April Fool ni dimana orang Islam yang jadi mangsa. Kalau tak tau sila lah Google. Sejarah yang menyayat hati bagi orang Islam. Sepatutnya tak perlu la nak fool bagai. Haha~ Takde faedah pun, buat orang menyampah je. Islam pun tak ajar untuk kita kenakan orang kan? So, tak payah la nak plan idea nak kenakan  orang sampai pecah kepala. Silap hari bulan kena makan penumbuk je. Kan? Yang suami isteri pulak konon la sweet gurau-gurau main cakap je nak cerai talak 3. Ha kan tak giler namanya bila talak betul-betul jatuh. Konon nak gurau tak pasal-pasal meraung kan? Oh mintak simpang~

Sebab tu lah kena fikir buruk baik sesuatu. Jangan main buat jangan main cakap tanpa fikir dulu. Huhu ni peringatan untuk aku dan kita semua. Tau! Buruk dari aku la baik dari Allah. Huhu terasa ilmiah pulak entry aku ni. :D


Saturday, 30 March 2013

Jenis air mata~

Assalamualaikum.

Mengalirkan air mata bukan kerana sedih. Apa, ingat sedih je ke air mata keluaq? Bila jadi benda-benda macam ni pun air mata keluaq apa. Huhu tengok la entry merapu aku ni-.-

1. Menguap
Ini memang selalu terjadi dekat aku. After lunch memang kerap mengalir air mata. Makan tak hengat masuk keje mengantuk tapi mana boleh buat macam office sendiri kan main nak tidur je? Maka, menguap la jawabnya tak hengat. Berderai-derai ayaq mata aku nih! Haishh~


2. Makan makanan pedas
Ini kawan aku masa kat hostel dulu. Asal makan makanan pedas je mula lah drama sedih beliau=.= Dah tak tahan pedas tapi ada hati nak makan lagi. Meleleh-leleh aku tengok. Nak kata nangis memang takla. Tambah-tambah bila makan tomyam.  Bukan takat air mata, hingus pun boleh meleleh. Tak senonoh betei. Haha.


3. Masuk habuk
Ini normal lah. Bila time naik motor benda ni memang selalu jadi. Helmet pulak jenis takde cermin depan tuh. *Apa nama tah orang panggil. Memang cepat jela berebut-rebut habuk nak masuk dalam mata comel aku ni!-.- Ntah macam mana la orang bawak motor tak pakai helmet? Mata dia tak masuk habuk ke? Pedih wooo! Teriak-raik aku atas motor cenggitu. Errr.

*Anggap je benda kaler kuning kat biji mata tu habuk ye. Heee=.=

4. Potong bawang
Mak aku kata sapa yang mata pedih-pedih keluar air mata berderai-derai ni kan dia ada resdung. Betoi ka? Bab potong bawang ni lemah gak la aku. Bukan lemah tak reti potong tapi tu lah. Pedih yang amat. Pastu mula lah sesi drama sedih kat dapur. Heee~


Huhu ini la yang terjadi kat akukira macam based on the true story la. Cuma merapu sikit. Err-.- Ha nih, kalau ada lagi nak tambah sila kan? Kot la ada yang air mata meleleh masa cuci pinggan ka or masa tengah sapu sampah. Apa je lah~ Huuu:P

Wednesday, 27 March 2013

Monday, 25 March 2013

MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara

Assalamualaikum.



 Penaja:
SheilaSalim,MrsVelentine,PuanGojes,MasZull,SeneoritaBaharin,Hazmanakaspecies1980,NadiaFarahida,Keyme,mamahannybunny,SiMatatajam,DayangDeno,AimanAziz,SuWaRaEntertainment,BetaKupu,SyidaRasyida,HanaMaroo,DatinTyka,ShimaMazlan,MimeMF,ZamaniAbe,MrsValentine,NormiNieza,SayaSukaGelak,CTCHEERY,ERAY,AYUJEAN,Lynn Si Pipi Merah,Kesuma Angsana,Kyle Kesha,Mohd Ridzwan

Tag:

Teringin nak join. Hadiah yang menggetarkan jantung aku. Hehe~

Dulu-dulu: Final Year Project

Assalamualaikum.

Tadi tetiba rajin godek-godek email lama-lama dulu. Pastu jumpa macam-macam lah. Hehe ni jumpa logo tak menjadi yang aku buat susah payah. Sekali kena reject plak. Konon buat format GIF bagai. Takpe lah. At least aku dah buat yang terbaik. Tengok-tengok balik lawak plak.

Ni la konon logo untuk order makanan online dan penghantaran ke rumah~ Final Project biasa-biasa je, tak gempak macam orang lain. *Malu~ ;p 











Konon mulut sexy sedang lapar disitu...-.- K, bai!

Wednesday, 20 March 2013