Thursday, 12 March 2015

Whateverville March Giveaway



HE WHO LOVES TO MEET ALLAH
ALLAH LOVES TO MEET HIM
-PROPHET MUHAMMAD 

Click banner untuk join! :)
 Berharap menjadi yang bertuah. HAHA!

Wednesday, 11 March 2015

Wordless Wednesday: Ikut kemampuan


Realitinya begini. 
Kalau minta, 1001 alasan dia beri.
Lupa, sibuk, tak sempat.
Tapi bila turn dia.
Jangan sesiapa pun lupa, sibuk mahupun tak sempat.
Mesti ON TIME.

Kalau tak mampu.
Jangan cuba bermain.
Sekali buat hal, sampai bila-bila orang tak percaya.
Lagi-lagi melibatkan hal DUIT.

Random things.
Tak semestinya DUIT sahaja.


p/s: Eh, ni entry Wordless Wednesday kan? Hmmm ;p

Wordlless Wednesday 2015: Mahu bercuti...........!!

Sunday, 8 March 2015

Mengenang MH370: Genap setahun kehilanganmu


Rasa macam baru je berita kehilangan pesawat ini menjadi isu hangat. Tapi hari ini genaplah setahun kehilangan tanpa jejak pesawat malang ini. Setahun juga menunggu khabar berita gembira, setahun keluarga berduka lara.

Ada yang menunggu ibu, bapa, anak, suami, isteri. Menunggu kepulangan insan tersayang tanpa berputus asa. Hanya doa yang mampu dikirim ketika ini. Rindu yang tak terhingga, hanya mampu dipendam begitu sahaja. Kata putus sudah diberikan, mereka pergi tanpa jejak. Tanpa batu nisan untuk dipacak, tanpa kubur untuk dilawati.

Bersabarlah wahai saudara ku, moga satu hari ini Allah memberikan kita petunjuk dan jawapan kepada tanda tanya ini. Doa yang baik-baik. Moga mereka baik-baik. Al-Fatihah.

Semoga mereka berada dalam lindungan-Nya.


#PrayforMH370 #MengenangMH370

Tuesday, 3 March 2015

How to deal with your customer? Mohon masuk training segera!


Panas, membara, hati terbakar, sakit hati. Tediaaa semua api je tu. Bisikan syaitan. HAHA but ini cerita semalam uolls!

Semalam ada cerita sebenarnya. Masuk ke Watson hajatnya nak membeli sesuatu. Bila dah grab barang tu nak bayar di kaunter baru perasan cuma ada note RM50 je dalam purse. Takda duit kecil. Jadinya terpaksa la membayar dengan note RM50 tu. Kedai besar, macam-macam barang jual so aku expect mereka akan ada duit kecil untuk pulangkan baki. 

Memula cashier dah tanya aku takdak duit kecil ke. Memang takdak. Bukan saja-saja taknak bagi. Sekali kena sound 'Eh, akak memang nak tukar duit kecil eh' OMG!! Lancang sekali mulut si cashier tu mengata. Then siap hentak-hentak konon macam nak marah. Excuse me, aku baru hulur RM50 kau dah menggelabah nak sound customer dah kenapa? Seriously takkan kau takdak prepare duit kecil? 

Mungkin kau pemalas nak letak duit kecil dalam cash machine sampai kau kena sound customer supaya prepare duit kecil. Silapnya semalam aku tak letak balik barang, ambil balik duit dan blah! Kojaqqqq sangat! Mungkin dia patut dihantar jalani latihan how to deal with customer. 

Aku boleh terima kalau cakap elok-elok. Takda duit kecil then ok. Just tell me nicely. I won't bite. Ni tak, sedap kau nak sindir, nak perli. Ingat aku bayar dengan daun pisang ke? Tak boleh terima betul. Here I'm not blaming Watson, kang ada pulak manusia suka putar cerita ni. Bukan boleh sangat zaman sekarang ni. HAHA.

Aku bukan nak burukkan bangsa aku dan bukan semuanya teruk tapi sometimes bila aku masuk kedai cina selesa sangat nak membeli. Walau kedai buruk je pun tapi depa ada budi bahasa. Kadang nak support bangsa sendiri but at the end hati sendiri yang sakit. Jadi? Fikirlah sendiri.

Sunday, 1 March 2015

CPUV 2015: Siri 1


Lama tak buka usya CPUV yang dapat. Kihkih kali ni tunjuk semua teruih. Syok-syok.
Alhamdulillah. Mohon klik ramai-ramai vokey?

Kot-kot la boleh beli iPhone pakai duit berblog. Eh eh. Hehehe..