Monday, 6 April 2015

Mencari-cari............


Jauh dalam hati.
Meronta-ronta, menjerit-jerit.
Entah kenapa.
Seolah-olah mahu lepaskan diri.
Dari sesuatu yang menyesakkan.
Yang menyakitkan, yang membebankan.

Sampai pada satu masa.
Dia harus tamatkan rasa pedih ini.
Ya, dia juga punya hak untuk merasa tenang.

Ketenangan.
Ini yang dia dahagakan sekarang.

Saturday, 4 April 2015

Weight Loss Mission: Peluh......peluh......!!


Haipp lama tinggal blog. Busy macam ntah pape. Kerja punya hal, GST lagi, system baru lagi, masalah lagi. Haaaaa tired already...! :(

OK, tapi aku still jalankan misi turunkan jarum penimbang. Kalau balik kerja lewat pun, ambil masa 15 minit buat la apa² senaman ringkas asalkan keluar peluh. Sikit² lama² jadi kurus. Ye dak? HAHA

Aku ni pun memilih juga nak buat exercise apa. Kalau exercise payah² taknak buat, malas. Kehkeh. Aku lebih suka buat senamam yang ada tarian sikit. Music sikit. Baru fun nak keluarkan peluh. Macam zumba ke, aerobics ke. Apa² je lah yang penting aku happy dan bahagia.
Meh nak share. Antara video favorite aku. Dan aku selalu la buat apa yang mereka buat. Mula² tak reti la tapi bila selalu buat akan jadi reti la. Kan?

Aku suka menari ni. Lantaklah buruk benor pun tarian aku. Bukan ada orang nampak pun. Hehe.

Yang ni pulak bagus untuk warm up. Nak lembutkan otot yang keras tu. Sesuai sangat!


Ini pun ok gak. Singkat je video ni jadi kena pandai-pandai la pelbagaikan style exercise kita.

Ada banyak lagi. Kau taip je kat You Tube. Bercambah-cambah video pasal senaman. HAHA. Selalunya aku akan bersenam dalam 15 min hingga 30 min. Bagi aku la, sekejap pun takpe biar konsisten. Hari-hari buat lama-lama kita akan terbiasa la dengan senaman ni. 

Sebenarnya kena pasang azam kuat-kuat bila masuk bab bersenam. Macam aku ni azam melangit, tapi akhirnya berakhir dengan dengkuran di bilik tidur 

Haihh, aku harus berusaha. Chaiyok! Hehe.

Friday, 20 March 2015

Weight Loss Mission: Roti bakar & Telur sayuran


Alah kau. Buat roti bakar dengan goreng telur pun nak kecoh dalam blog. Kahkah suka hati aku la. Cehh! Saja la aku nak share idea dengan hampa semua. Kot la idea kering nak makan apa kan. So kali ni menu ni sesuai untuk sarapan pagi la. Simple & senang nak buat. Janji bukan breakfast jajan sama air coke sudah. Rosak habis program hang! HAHA


Konon nak breakfast macam kat hotel. Muahaha! Takpa gambar lawa penarik minat. Eh, lawa ke? Hikss.

Ok simple je nak buat ni. Bakar roti biar garing sikit (ikut tekak hampa), telur digoreng tanpa minyak, tabur atas telur daun bawang sikit, letak tomato sikit, lada sikit pastu biar la telur tu masak. Ikut hampa la nak separuh masak ke, masak semua ke. Terpulang pada selera. Then siap! Kalau ada cheese boleh je nak tabur. Bergantung pada kreativiti masing-masing. Pastu aku taruk la sos cili sikit, kasi pedas-pedas. 

 

Dah boleh makan dah! Sekejap sangat nak siapkan, simple yet delicious :)


 
Selamat mencuba!

p/s: Aku tahu sekarang dah petang even aku post makanan yang sesuai untuk breakfast. Kehkeh ;p

Thursday, 19 March 2015

Weight Loss Mission: Healthy Lifestyle


OK nampak serious sekali tajuknya. Gerun, sejuk, kecut, takut, ketaq lutuit. Mampu ke nak laksanakan misi turunkan berat badan. Seriously selama ini dah macam-macam cara aku buat untuk maintain atau turunkan berat. Ada yang berjaya tapi tak sampai seminggu jarum penimbang naik dengan jayanya. Ada yang hangat-hangat tahi hayammm! Haishhh sejak bekerjaya ni makin menjadi-jadi pulak pertambahan berat. Bila kelebek *bahasa baku-meneliti balik gambar masa study dulu bahagia tak terkata. Tak kurus tak gemuk. HAHA *perasan!

Jadi untuk kali ini biarlah aku tetapkan pendirian aku sehingga berjaya mencapai berat yang aku impikan. Doakan aku! Tskk! Azam untuk kurus yang sejak dari dulu dalam list tak pernah tercapai. So biarlah tahun ini tercapai. Kahkah sedihhh betoi la hang ni...


Jadi dengan bantuan Google aku nak mencuba Eat Clean. Banyak blog mat salleh la kalau bercerita bab eat clean ni. Blog tempatan ada jugak tapi tak banyak. Apa itu eat clean? That's mean no process food. Kalau hang rasa meggi tu eat clean, mai aku tibai hang laju-laju. Ada jugaklah aku Google beberapa resipi yang kena dengan tekak ke-Melayuan aku ni. Takmau la duk tibai cheese, sayoq 24 jam. Boleh rencat aku kalau tak tibai nasi. Awat pulak tak boleh makan nasi, tapi biarlah mengikut portion yang betul. Janganlah nasi tambah 3 kali, sayoq semangkuk, ayam se-ekoq. Tu bukan Eat Clean sayang. Tu mencekik namanya -_-



Sedikit exercise perlu aku aplikasikan. Hampa jangan duk pikiaq exercise ja kena berlari pusing padang. Exercise ja kena masuk gym angkat berat la, lari atas treadmill la. Salah!! Exercise ni macam-macam boleh. Berjalan, naik tangga turun tangga, basuh kain-jemur kain-kutip kain-lipat kain...semua boleh dikategorikan sebagai exercise. Kena la thinking out of the box sikit. Kehkeh. Ataupun spend la dalam 30 minit untuk bersenam lepas kerja. Buat yang simple pun dah ok. Aku harap aku berjaya buat bab ni! Exercise dalam kamus hidup aku selalunya berakhir dengan mata terpejam berdengkur atas katil. Pfttt sangat!!

Aku suka Google workout apa yang aku mampu buat. Jangan paksa diri kalau tak mampu. Buat apa yang korang mampu


Dan aku jugak ada ambil ini!

Skinny Mint Tea. Ini adalah teh detox. Aku ada baca jika kita detox badan kita ia boleh membantu menurunkan berat badan. So aku jadikan teh ni sebagai bahan sampingan untuk membantu aku menurunkan berat. Hopefully this tea work well to me!! Terpulang pada diri masing-masing. Tak minum teh ni pun takpa. It's your choice. Tapi janganlah mengharapkan teh ni ja, exercise takmau dan makan macam hang bela saka. No..no..no! 


Oh, aku tak makan kucing untuk kurus. K bye -_-



Doakan aku istiqamah dan berjaya melawan nafsu makan dinosour meluap-luap ni. Nak pakai balik baju lama-lama saiz M!! InsyaAllah, kalau sempat aku update apa saja berkaitan eat clean ni. Hopefully boleh jugak membantu korang kat luar sana yang pasang angan-angan macam aku ni. 

Ingat diet tak semestinya hang tak makan berbulan-bulan. Diet tak semestinya hang tak makan favorite food hang. Diet tak semestinya hang kena exercise 24 jam. Aku pun tak sanggup gitu! But for a while, aku cuba elakkan fast food restaurant! Arghhh!! Kepsi, Pizza Hut, Domino's. Tskkk!

All the best to me!


So, are you dare to be gorgeous? :face9:

Thursday, 12 March 2015

Whateverville March Giveaway



HE WHO LOVES TO MEET ALLAH
ALLAH LOVES TO MEET HIM
-PROPHET MUHAMMAD 

Click banner untuk join! :)
 Berharap menjadi yang bertuah. HAHA!

Wednesday, 11 March 2015

Wordless Wednesday: Ikut kemampuan


Realitinya begini. 
Kalau minta, 1001 alasan dia beri.
Lupa, sibuk, tak sempat.
Tapi bila turn dia.
Jangan sesiapa pun lupa, sibuk mahupun tak sempat.
Mesti ON TIME.

Kalau tak mampu.
Jangan cuba bermain.
Sekali buat hal, sampai bila-bila orang tak percaya.
Lagi-lagi melibatkan hal DUIT.

Random things.
Tak semestinya DUIT sahaja.


p/s: Eh, ni entry Wordless Wednesday kan? Hmmm ;p

Wordlless Wednesday 2015: Mahu bercuti...........!!