Friday, 8 May 2015

Google Cultural Institute


Just sharing info yang aku baru dapat tau. Hampa pernah dak buka web ni https://www.google.com/culturalinstitute/home

Aku first time buka pagi tadi. Itu pun sebab aku ternampak Google ada share link pasal history Perang Dunia II. Aku tertarik jadi pergi la klik sana. 



1st impression macam WOW banyaknya info. Bukan pasal WWII je. Banyak lagi info lain. Konsep gallery dengan pelbagai folder dengan pelbagai tajuk. Lagi menarik boleh tengok gambar, video dan info turut disediakan. Feeling macam hang masuk muzium. Tapi dari apa yang aku review sikit-sikit, segala maklumat ini memang Google ambil dan kumpul daripada muzium yang ada dari seluruh dunia. Menarik kan?

Korang jugak boleh create gallery korang sendiri!

So, kalau ada masa boleh la pi tengok web ini https://www.google.com/culturalinstitute/home Bagi aku ini suatu benda yang menarik yang boleh tambah knowledge kita. Takda la boring sangat nak baca text yang berjela-jela. Kan?



Salam Jumaat, bye!

Monday, 4 May 2015

Dilemma



Bila masuk alam pekerjaan ni, semua benda nak buat kena fikir 2-3 kali. Termasuk membuat pertimbangan nak approved rakan sekerja atau tak dalam media sosial.

Hati orang kita tak tahu. Lain la kes kalau close friend. Ni tak close pun. Kawan renggang-renggang, jarang-jarang je.

HAHA, buat macam masalah besar pulak kan perempuan ni.
posted from Bloggeroid

Wednesday, 29 April 2015

Wordless Wednesday 2015: Duck Face? YOU FAILED!


Gigih pinjam gambar Google & edit pakai MS Excel. K bye.

Tadi usha IG orang, depa buat muka jenih macam mana pun semua comel. Cuba aku yang buat? Mau berbuih mulut rakyat yang melihat. Bahkan boleh jadi mengalami kemurungan.

Kesimpulannya, aku kena buat biasa ja. Renyeh dan snap. Kehkeh:face7:

Nota: Renyeh = Sengih

Sunday, 26 April 2015

Cerita di Kedah: Tea Bag Sungai Petani


Tea Bag? Padiaaa tu?

Tea Bag ni nama kedai yang menjual minuman susu berperisa. Aku main agak je. Senang cerita konsepnya macam Chatime, Cool Blog dan etc. Pilih flavor yang mereka sedia + susu + ais. Nak explain panjang lebar pun tak tau. Tapi rasa Tea Bag ni memang terbaik. Menangis dalam kereta first time minum. HAHA

Ada beberapa flavor yang boleh dipilih macam Milk Tea, Green Tea Milk, Cocoa Milk, Coffee Milk dan ada beberapa lagi flavor yang aku tak ingat.

One of my favorite drink sekarang adalah Green Tea. Memang terbaik. HAHA Cara packaging pun comel sangat! Colourful gitu! Ada dua pilihan, hampa nak minum dalam tea bag atau dalam cup. Tapi memang puas hati sangat sebab tea bag & cup depa ni BIG saiz. Harga pun murah sangat! Untuk tea bag tak silap aku RM3.50 dan untuk cup RM4. Boleh share 2 orang minum tak habis. Tapi aku taknak share sebab sedap sangat. 

Jual kat mana ye? Orang SP kalau nak tau mereka ada buka gerai di Taman Sejati bertentangan dengan CIMB Bank. Tepi jalan je senang sangat nak jejak gerai tu. Kalau tak silap aku dekat Amanjaya Mall pun ada gerai Tea Bag but aku tak pasti area mana. 

So siapa yang mai Sungai Petani boleh la cuba² minuman ni ok!

Ini dalam bag. Tengok bag pun dah tempting. Apatah lagi air tersebut.





Ada 1 lagi kedai nama Border's Tea. Lebih kurang macam Tea Bag juga. Sampai sekarang belum sempat merasa sebab kena beratur panjang. Nanti kena pergi try jugak!

Thursday, 23 April 2015

Jadikan membaca sebagai amalan................agar tak tersalah faham.



Selepas 0.003 saat berita ini di-upload, komen-komen pun muncul bak cendawan selepas hujan.

KOMEN DARI PAHLAWAN YANG HANYA MEMBACA TAJUK BERITA
Komen 1: Cilake punya nenek. Takda hati perut.
Komen 2: Ntah pape nenek ni. Perangai budak-budak.
Komen 3: Nenek keji.
Komen 4: Tua pun nak buat hal.

KOMEN DARI MEREKA YANG MEMBACA KESELURUHAN BERITA
Komen 5: Hoiii yang sedap duk keji nenek tu, korang dah baca ke petikan kat tu?
Komen 6: Nenek tu tak sengaja la, buat dosa kering je maki nenek tu.

KOMEN AKU: Rakyat Malaysia malas membaca. Jangan sentap, kalau terasa ambik. HAHAHA!

Nota: Alaaaaaaaa nak gurau pun takleh....

Monday, 20 April 2015

Natural Dried Banana


Rabu lepas ada post WW entry pasal pisang kering. 
Pastu ada kawan² kita request nak tengok isi dalam macam mana.


Ok aku penuhi permintaan mereka. HAHA


Ini rupa pisang tu. HAHA nampak je hodoh tapi bau macam sushi rasanya macam pisang la:face34:


Actually ni first time makan pisang buat kering cenggini. HAHA jakun sangat. Kawan office bawak balik dari Thailand. Seriyau gak nak makan tapi tengok ada tanda halal aku pun ngap la. Hehe.

Ada macam² lagi yang dia bawak balik. Nenas kering, ubi kering, apple kering. Semua buah kering serupa jajan bukan macam buah yang dikeringkan yang kita biasa makan kat sini. *Takda gambar sebab dah habis makan baru teringat nak ambil gambar-_-

Aku taktau la kat Malaysia ada ke tak sebab aku tak pernah jumpa lagi. Kalau hampa tau bagitau aku sat. Nak pi beli:12:

Sunday, 19 April 2015

Kenangan


Bila bercakap pasal kenangan
Semua orang ada kenangan masing²
Sama macam aku, kenangan baik & buruk.

Bila dah dewasa macam ni,
Bila tengok kawan² dah berumah tangga,
Masing² dah berkerjaya,
Jauh dan jarang lagi berjumpa,
Kurang dah berkomunikasi,
Tiba² hati rasa rindu pulak.
Masa bersama dengan kawan² dulu.

Zaman kanak² kendos masa sekolah rendah,
Zaman cinta monyet & gila² masa sekolah menengah,
Zaman mengenali dunia luar masa di kolej & universiti,
Semua ada kenangan tersendiri.

And of course aku lebih suka mengingat kenangan baik dari buruk.
Aku lebih suka bercerita kenangan yang buat aku happy dari kenangan yang buat aku sakit hati.
Dan aku memang tak suka bila ada some of friends ungkit benda yang tak best berlaku dulu.
Just keep it, orang cakap jangan biarkan luka lama berdarah balik.
Dendam lama mungkin dah padam tapi jangan sekarang kita nyala²kan balik.
Am I right? HAHA 
Let's talk about good memory only. Kita tak tahu hati orang kan?

Setiap kenangan beri pengajaran.
Aku belajar untuk hidup berdikari bila sendiri.
Aku belajar untuk tidak bergantung pada seseorang.
Jangan cepat percayakan orang.
Jangan termakan janji manis orang.
Ada rahsia yang kau tak patut share dengan sesiapa even kawan baik kau.
Kawan baik pun mungkin akan jadi musuh ketat.
Segala kemungkinan boleh berlaku.

Yes, semua ini hasil permerhatian aku dari kenangan yang aku lalui.
Jadi bila orang cakap entah aku macam takda kenangan apa².
Mungkin orang itu tak enjoy life yang dia lalui. HAHA

The end.

Dulu sebenarnya sekolah tapi sekarang dah ditukar jadi matrikulasi.
Nota: Jumaat lepas melawat sekolah lama lepas 9 tahun tinggalkan zaman sekolah. Rindu sangat dulu-dulu!