Rajinkan diri taip entry pastu auto publish. Aci tak kawang-kawang? Hehe aci la ye. Tak syiok plak tinggal blog kesayangan kesepian je. Huhu :p
Cakap pasal ikhlas. Zaman sekarang ni memang susah kan nak cari orang yang betul-betul ikhlas nak kawan dengan kita, nak tolong kita, nak bercakap benar dengan kita. Dalam semua benda lah. Serious payah. Aku takde la kata semua orang macam tuh tapi betul tak aku cakap? Susah nak jumpa kan. Kadang-kadang tuh ada yang datang baik-baik dengan kita sebab dia ada agenda lain. Mungkin sebab nak settle kan masalah dia or kita ni "berguna" untuk dia dalam sesuatu hal yang dia uruskan.
Bukan kita tolong orang untuk harapkan balasan ke apa. Just pasang niat tolong kerana Allah. Mudah. Kalau rasa takleh nak tolong blah cepat-cepat. Jangan buat jugak tapi menyakitkan hati dan mata yang tengok. Aku pantang bila aku minta tolong orang pastu dia buat kerja nak hentak-hentak barang. Nak hempas-hempas. Serious rasa nak maki. Dah kalau taknak buat just say it. Tak payah nak menyakitkan hati orang.
Kadang-kadang tengok orang nasihat orang tuh orang ni. Suruh orang buat kebaikan tapi bila kena kat dia? Adakah dia betul-betul ikhlas buatkan sesuatu? Betul ikhlas tak boleh dinilai tapi kalau perasaan tu dah diekpresikan, orang yang buta pun boleh nampak kan. So, think first. Ikhlaskan diri kita pastu baru boleh nak nilai ikhlas orang lain. Bukan aku nak mengata kat sapa-sapa. Ni pun untuk remind aku jugak. Kita sama-sama remind each other ye. Takde sapa sempurna tapi sekurang-kurangnya jadilah yang terbaik untuk diri sendiri.
1 dalam 1000
//Serious pulak entry kali ni. Bhahaha :)